Wednesday, October 31, 2012

Re: RG2011... 10 Anak Bukan Alasan Datin Noor Kartini Abai Penjagaan Diri

 

Allhamdulillah
Sayangkan anak tangan tangankan,sayangkan isteri tinggal tinggalkan tetapi
sayang....................................................................................................!

--- On Wed, 10/31/12, Hussaini Kamal <hussaini.kamal@gmail.com> wrote:

From: Hussaini Kamal <hussaini.kamal@gmail.com>
Subject: RG2011... 10 Anak Bukan Alasan Datin Noor Kartini Abai Penjagaan Diri
To:
Date: Wednesday, October 31, 2012, 6:24 AM

 

Bagi Datin Noor Kartini Binti Noor Mohammed biar sibuk dengan tugas sebagai suri rumah sepenuh masa melayan anak-anak dan suami, namun anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini masih mampu menyediakan ruang dan masa untuk diri sendiri.
Berkahwin dalam usia muda tidak sedikit pun membuatkan dia kekok untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan juga isteri mithali. Mesra disapa dengan panggilan Aunty Tini, isteri Dato' Abdul Halim Khan Bin Lal Khan ini mengakui cukup selesa dan tidak bosan biarpun rutin hariannya lebih banyak tertumpu di rumah selain keluar menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah.
"Saya berkahwin pada usia muda iaitu 18 tahun. Selepas mendirikan rumah tangga saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, menguruskan keperluan rumah tangga, menghantar dan menjemput a n a k - a n a k dari sekolah. Walaupun ada pemandu dan pembantu rumah, namun saya lebih selesa melakukan sendiri semua kerja rumah.
"Dari sebelum mendapat anak sehinggalah yang bongsu kini berusia enam tahun, rutin harian saya tidak banyak berubah terutama dalam hal-hal penjagaan anak-anak. Setiap pagi selepas bangun tidur, saya siapkan kelengkapan anakanak ke sekolah. Kemudian, saya akan ke pasar membeli barang dapur dan siap memasak, saya akan keluar mengambil anak-anak dari sekolah," ujarnya.
Tiada Masalah Urus Anak
Sambungnya mungkin ramai yang berpendapat, mempunyai anak ramai membuatkan seseorang itu tiada masa untuk diri sendiri. Tetapi Datin Noor Kartini pula sebaliknya kerana sejak dahulu lagi dia memang mementingkan penjagaan diri.
"Semuanya bergantung kepada niat masing-masing. Jika mahu penampilan diri kekal maka haruslah untuk berusaha menjaganya. Saya sendiri sejak zaman bujang sehingga berkahwin dan memiliki anak cukup menitikberatkan penjagaan diri terutama dalam hal pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan selain memastikan nutrisi yang diambil cukup lengkap.
"Pada saya anak bukan alasan untuk seseorang itu mengabaikan penampilan diri. Alhamdulillah, saya boleh 'maintain' sehingga kini dan yang lebih menggembirakan saya apabila dikurniakan anak-anak yang tidak banyak kerenah baik dari kecil sehinggalah sudah besar seperti sekarang," ceritanya ramah.
Dalam pada itu katanya walaupun punya ramai anak namun wanita ini tidak pula menghadapi masalah untuk mengatur jadual anak-anak.
"Selepas pulang dari sekolah, mereka akan menyiapkan kerja sekolah sebelum keluar bermain. Waktu malam pula akan ada ustaz yang datang ke rumah untuk mengajar mengaji Al-Quran. Mereka akan solat berjemaah bersama ustaz sebelum ulang kaji pelajaran dan setelah itu barulah mereka tidur. Soal penat tidak timbul kerana apabila mereka mendapat pemakanan yang betul serta vitamin yang cukup, tiada sebarang masalah.
"Dalam mendidik anak, saya tidak suka membiasakan anak-anak menangis. Apabila mereka tidak menangis, automatik mereka tidak merengek. Jika dibiarkan mereka menangis, ini yang menyebabkan mereka menggunakan tangisan untuk menarik perhatian. Memang mudah menjaga mereka semua termasuk yang bongsu. Tiada masalah bila dikejutkan pada waktu pagi dengan mudah dia bangun. Tetapi ada juga yang agak 'liat' untuk bangun,"seloroh Datin Noor Kartini yang berdarah kacukan Pakistan-Arab.
Latih Anak Amal Suplemen

Akui ibu kepada selebriti popular Neelofa ini dia sentiasa menggalakkan anak-anak mengambil makanan tambahan seperti vitamin biarpun ada antara mereka tinggal di asrama. Sedari usia 14 tahun, Datin Noor Kartini sudah melatih anak-anak mengambil makanan tambahan seperti vitamin C dan produk Kidsvita yang dikeluarkan sendiri oleh syarikatnya, BellaVita Health Care International Sdn Bhd yang bergandingan bersama anaknya, Nabila dan Neelofa.

"Masyarakat kita rata-rata masih belum sedar akan kepentingan makanan tambahan dalam diet harian jika dibandingkan dengan masyarakat di luar negara. Sebenarnya ia banyak membantu daya ingatan selain pembelajaran.
"Atas sebab inilah juga saya terfikir idea untuk mengeluarkan produk makanan kesihatan. Ini adalah bisnes famili dengan kerjasama seorang profesor untuk menghasilkan formula yang sesuai. Setelah produk dikeluarkan, kami sekeluarga menggunakannya bagi melihat maklum balas sebelum mengeluarkan di pasaran.
"Alhamdulillah, setakat ini sambutan amat baik. Menjaga penampilan bukan hanya setakat cantik luaran semata-mata. Tambahan pula, saya melihat ada antara saudara yang mempunyai masalah kesihatan seperti obesiti dan sebagainya. Melihatkan mereka sukar bergerak dan melakukan aktiviti seperti orang biasa membuatkan kita tidak mahu mengalami nasib yang sama,"jelas Datin Noor Kartini yang minat memasak selain berkunjung ke spa jika ada masa terluang.
Buat Korban Setiap Tahun
Ditanya persiapan sambutan hari raya Aidiladha, Datin Noor Kartini berkata setiap kali menjelang raya, rumah ibunya paling meriah dengan kehadiran sanak saudara .
"Berbeza dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang cukup meriah dengan pelbagai jenis juadah tetapi raya Aidiladha disambut sederhana. Biasanya kami menyediakan menu yang ringan kerana akan ada korban.
"Selesai membuat korban, barulah memasak daging tersebut sama ada buat daging bakar atau sebagainya. Boleh dikatakan setiap tahun saya dan suami membuat korban dan insya-Allah tahun ini pun kami akan membuat korban.
"Memandangkan keluarga kami besar jadi setiap kali sambutan raya baik Aidifitri mahupun Aidiladha memang sangat meriah. Rumah umi saya menjadi lokasi untuk tumpuan sanak-saudara yang lain tambah-tambah pula air tangan umi menjadi kegemaran selain bergotongroyong memasak beramai-ramai," ujar Datin Noor Kartini.
Terima Tempias Anak Glamor
Punya anak bergelar pelakon terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini mengakui tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
"Waktu awal-awal pembabitan Neelofa dalam bidang seni, ada yang cakap selepas ini kehidupan anak sudah berbeza. Pada awalnya saya anggap itu hanya gurauan tetapi bila sudah merasainya sendiri memang betul apa yang orang cakap. Tidak dinafikan memang susah nak menyesuaikan diri tetapi lama lama okey.
Ditambah pula, ada saudara yang pernah menyertai Dewi Remaja seperti Neelofa, jadi dari situ kita dapat pengalaman serba sedikit. Sebagai public figure, kita tidak dapat lari dari tontonan masyarakat, tetapi sebagai ibu saya tahu siapa Neelofa sebenarnya dan itu sudah cukup membuatkan saya percaya dengan apa yang dilakukan.
"Jika ada masa, saya akan menemani Neelofa ke majlis tertentu tetapi jarang berkesempatan berbuat demikian kerana sibuk dengan urusan adik-adiknya yang masih bersekolah,"ulas Datin Noor Kartini yang turut menerima tempias glamor Neelofa apabila ada yang mahu bergambar dengannya.
Tak reti-reti nak singgah
http://anjunginspirasi.blogspot.com/

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment