Sunday, May 1, 2011

Re: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Asal-Usul Solat

 

Salam Semua,

Rujuklah kitab Munyatul Musoli karangan Syeikh Daud Al-Fatani untuk dapatkan lebih detail berkaitan solat ini sebagai usaha untuk  memahaminya sebagaimana yang dijelaskan oleh ilytrolak ini, syabas tuan. Hentikan menggunakan perkataan "sembahyang", latihkan supaya menggunakan perkataan solat sahaja yang maksud asalnya "doa" dan "puji". Orang kafir tidak melakukan solat, depa hanya sembahyang .. sembah tok pekong dll.

Wassallam.

--- On Sun, 5/1/11, IlyTrolak <ilytrolak@yahoo.com> wrote:

From: IlyTrolak <ilytrolak@yahoo.com>
Subject: RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Asal-Usul Solat
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, May 1, 2011, 6:50 AM

 

Apakah Solat? Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi'liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, maka ia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat adalah satu latihan pembinaan kendiri untuk mendapat keredhaan Allah sebagai membuktikan nilai kehambaan yang bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah Taala kepada kita. Dengan solat yang dijaga, pembinaan potensi insani menjadi lebih berkesan dan berarah, Insyaallah.

Sebenarnya, bagi makhluk bernama manusia, potensi yang ada pada diri kita ialah akal, jasad dan roh. Peningkatan akal dan jasad memerlukan latihan dan bimbingan tertentu, maka untuk peningkatan roh atau hati insan itu, adalah lebih rumit daripada bahagian-bahagian diri yang lain. Oleh itu, untuk meningkatkan roh dan hati, maka ALLAH telah mewajibkan solat 5 waktu sehari semalam yang jika diperhatikan ianya mirip kepada latihan intensif yang komprenhensif dan bersepadu menginjak pada gerakan yang sama supaya tahap penghayatan optimum dapat dikecapi seterusnya memahami hakitat penciptaan kita sebagai makhluk bertaraf Hamba hanyalah untuk beribadat kepada ALLAH Taala.

Firman ALLAH Taala dalam al~Quran yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (al-Baqarah, ayat 021)

Solat adalah rukuk Islam yang ke-2. Sebenarnya solat 5 waktu yang difardhukan kepada Ummat Islam mempunyai sejarahnya yang sendiri. Marilah kita menyusuri sejarah setiap solat 5 kali yang kita dirikan sehari semalam itu.

Subuh:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


Zohor:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
  • Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

  • Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

  • Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

  • Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

  • Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

  • Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

  • Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


Subuh:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
  • Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

  • Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

  • Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


Isyak:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

  • Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

  • Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

  • Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya). (al-A'raf, Ayat 029)



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/01/2011 12:00:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment