Saturday, May 7, 2011

Re: RG2011... Fw: rupa2nya di Malaysia pun ada dah..!

Ya, setuju dengan pendapat Kartina. Perlu ada statistik yang menunjukkan sejumlah pekerja wanita kilang tersebut melahirkan bayi bermasalah fizikal / mental selepas bekerja di sana, baru boleh dibuat andaian kesan radioaktif. Itu pun sekadar andaian, perlu pula dibuktikan secara saintifik. Ada banyak punca bayi dilahirkan kurang sempurna termasuk masalah genetik keturunan dan kekurangan oksigen ke otak semasa dilahirkan.   


From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sat, May 7, 2011 10:30:26 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: rupa2nya di Malaysia pun ada dah..!

 

Bagaimana dengan pekerja-pekerja lain. Adakah mereka juga menghadapi masalah yang sama? Kalau beliau seorang saja yang menghadapi masalah itu kita tidak boleh buat pendapat konklusif ianya disebabkan radioaktif. Kecacatan yang serupa ada juga berlaku dalam masyarakat kita tanpa mengira kaum. Mereka tidak pun terdedah dengan radioaktif.

2011/5/5 :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

Eishh Ingatkan Kat Chernobyl & Jepun sana yg kena 'radioaktif' jadi cacat.. rupa-rupanya di Malaysia pun ada dah..!!

Posted by KedahLaNie
 
Kering sudah air mata

Sudah 30 tahun berlalu selepas Lai Kwan kali pertama menjejakkan kaki di kilang nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Wanita itu sedar dia sedang mengandung anak keenam, sekali gus yang bongsu.

Tetapi kemiskinan tidak memberikannya peluang dan beliau terpaksa menjadi buruh dengan kontraktor tempatan yang dibayar untuk membina struktur tambahan di tempat itu.

Tanpa diketahuinya, keputusan untuk mencari sesuap nasi itu akhirnya berkesudahan dengan sungguh menyedihkan.

Beberapa bulan bertugas di ARE, anak lelakinya, yang hanya diperkenalkannya sebagai Kok Leong dilahirkan cacat.

Budak itu mengalami beberapa masalah pada matanya dan hilang penglihatan di sebelah kiri ketika berumur lima tahun. Anak kecil itu juga menderita penyakit jantung berlubang.

Tetapi yang paling menyentap perasaannya apabila Kok Leong juga mengalami masalah mental.

Kok Leong kini sudah dewasa dan sudah 29 tahun. Tetapi mindanya tidak banyak berkembang dan hanya seperti budak yang baru bertatih.

Dia hampir tidak berupaya bercakap dan masih memakai lampin. Dia hidup terpisah dengan dunia lain di rumah kecil itu.

Di situlah, Lai Kwan, kini 69, menghabiskan masanya selama tiga dekad memerhati zuriatnya.

Dalam masa yang sama, seorang anak perempuannya terpaksa berhenti sekolah lebih awal untuk membantu Lai Kwan -- yang bergelar ibu tunggal -- menyara keluarga.

"Bila kami lihat saya dan anak, boleh kami rasa apa yang saya rasa," katanya dalam Hakka, satu-satunya dialek bahasa Cina yang dikuasainya kerana kurang berpelajaran.
 
 

No comments:

Post a Comment