Sunday, May 22, 2011

Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 

 
Terima kasih atas ayat dari surah yang tuan nyatakan.
Saya cuma katakan bahawa hiburan dapat membantu untuk menghilangkan stress & kemurungan. Percutian juga adalah riadah yang dapat membantu mengurangkan 'stress'. Sambil pergi beriadah dengan bercuti menghilangkan
'stress', kita tidak lupakan ibadah. Kalau perjalanan tu lebih 2 marhalah maka
ibadat solat pun dapat dihimpunkan. Perjalanan tersebut bukan untuk maksiat
tetapi bercuti bersama ahli2 keluarga. Jika memandu dari KL nak bercuti ke
Pulau Pinang, perjalanan akan memakan masa berjam2. Sepanjang perjalanan
tu takkanlah langsung tak pasang radio & dengar lagu2 otai serta celoteh
mereka yang dah berusia lebih 45 tahun?
 
Saya cuma berikan contoh otai2 yang dah berusia lebih 45 tahun.
Tu sebab nyatakan nama Amy Search, Syarifah Aini, Hattan, Awie, Jamal
Abdillah, Ramli Sarip, M Nasir & ramai lagi tapi jauh sekali nak jadikan mereka
sebagai idola.
 
Kalau tuan nak ambil Bob Lokman sebagi idola itu hak tuan tapi cara dia tarik
diri daripada menjadi juri program raja lawak tu pun tak berapa kena (pada
pandangan saya) sebab dia dapat imbuhan dari program tu. Bob Lokman boleh
maklumkan niat untuk menarik diri lebih awal sebelum menghadirkan diri atau
kalau nak lebih drastik tak payah maklumkan & terus 'absent' . Saya rasa Bob
Lokman tau Afdlin Shauki tersinggung & terkilan dengan dia cara dia, itulah
yang Bob Lokman ambil 'mike' & bagi tau kata 'I love Afdlin' kepada Afdlin.
Astro tak saman dia pun dah kira bagus la tu.
 
 
Dalam hiburan kadang2 ada mesej yang dapat disampaikan & kita pun bukannya nak ketawa berlebihan sepanjang hari & melampau2. Sebagai contoh,
lawak yang disampaikan oleh kumpulan sepah masa final dulu ada mesej
nasihat yang disampaikan melalui cara berlawak tapi ia amat berkesan supaya
anak2 tidak mengabaikan pengorbanan orang2 tua.
 
Cat Steven @ Yusof Islam masih lagi terlibat dalam bidang seni dengan lagu2
dakwah tanpa melibatkan diri dengan parti2 politik.
 
Saya berikan contoh lirik lagu 'kalau berpacaran' nyanyian otai yang dah berusia
lebih 45 tahun tu sebab ada unsur nasihat. Terpulanglah kepada tuan nak buat
tafsiran tapi kalau bab budak2 sekolah berpeluk2 depan khalayak ramai tu wajib
la tuan menegur mereka kalau dah nampak depan mata tuan. 
 
Lagu2 dapat membantu mencorakkan 'mood' ramai orang.
Lagu2 hari raya bila dah dekat nak raya juga menebalkan ingatan anak2 kita
di perantauan untuk balik bercuti lama sedikit dengan keluarga di kampung
daripada hari2 biasa yang lain.
 
Lagu otai selamat pengantin baru berkumandang di hampir setiap majlis2
perkahwinan orang2 Melayu yang beragama Islam.
 
Sedikit sebanyak lagu2 ni mampu memberikan kesan kepada jiwa..
Nilaikan dulu & kalau nampak lain macam nanti barulah kritik kaw kaw...
Pilihlah lagu2 & hiburan yang baik.
 

Getaran Jiwa  (P Ramlee)

Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa

 
 
 
 


--- On Mon, 23/5/11, Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com> wrote:

From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 23 May, 2011, 1:45 AM

 
 
Hiburan dapat membantu release tension.
Ia mungkin membantu menghilangkan stress & kemurungan.
Ini dari kitab mana pulak ni? Sedangkan dalam surah Al-Ra'd ayat yang ke-28 Allah berfirman yang bermaksud "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram"
 
Amy Search, Syarifah Aini, Hattan, Awie, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, M Nasir
& ramai lagi,  ---> Ada baiknya kalau jadikan Bob Lokman sebagai contoh. Saper mereka2 tu nak dijadikan idola?
Apabila berdua carilah tempat yang terang 
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Pernah tengok tak budak2 sekolah kat shopping mall tengah2 orang ramai dok peluk2? 
Tak payah nak tunggu tempat gelap/tersembunyi baru dorang nak buat jahat. Yang sepatutnya berdua-dua pun dah tak boleh. Sebab bila berdua pasti hadir yang ketiga iaitu syaitan.

 


From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 23 May 2011, 1:09
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 
 
Hiburan dapat membantu release tension.
Ia mungkin membantu menghilangkan stress & kemurungan.
Cuma kita perlu bersederhana & janganlah berlebih2an sangat.
Program tv yang baik dapat meghimpunkan satu keluarga untuk mengadap
program tv tu & tak keluar ke mana2 dengan urusan masing2 seperti selalu.
Kalau berlaku macam tu kira adalah juga manfaatnya.
 
Amy Search, Syarifah Aini, Hattan, Awie, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, M Nasir
& ramai lagi, usia mereka semua dah lebih dari 45 tahun. Saleh Yaakob yang baru dapat bini muda tu pun dah berusia lebih dari 45 tahun. Sebenarnya
berapakah usia persaraan dalam bidang seni ni?
 
Lagu 'ayah & ibu' oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad selalu digunakan
dalam sessi motivasi untuk menghargai ibubapa. Ni lagu otai juga ni.
 
Suhaimi Mior Hasan pun otai juga & usia dah lebih dari 45 tahun.  Penceramah
ugama & motivasi pun ada yang memetik lirik lagu nyanyian beliau kerana ia ada
unsur2 nasihat. Cuba hayati lirik tersebut:-
 
Kalau Berpacaran (Suhaimi Mior Hassan)
 
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
 
Chorus

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman
 
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
 
Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
 
Ulang Chorus
 
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)
 
Ajal maut tak mengenal usia samada tua atau muda.
Jadi yang muda2 janganlah teruk sangat kondem habis2an..
Kita nilaikan dulu & kalau nampak lain macam nanti barulah bedal kaw kaw...
 
 
 


--- On Sun, 22/5/11, Puteri Ledanggg.... - <putri_ledang74@yahoo.com> wrote:

From: Puteri Ledanggg.... - <putri_ledang74@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, 22 May, 2011, 10:34 PM

 
en.lah lipan ....(eh maaf yerk silap sibut) en.lah68 ripen ha! br btol, dah nama pun manusia smmgnya keburukan yg akn dicari2 lbh2 lg klu syaitan2, jin2 (btanduk,bertonset dsbnya) kerjanya cucuk2 menyesatkan ummat manusia....tak gitu...bknkah yg buruk itu dtgnya dari manusia itu sdiri dan yg baik itu dtg drpd Nya.skurang2nya klu media hiburan di tv2 atau di radio2 menyediakan,menyalurkan,menyampaikan dsbnya siaran2 yg berunsurkan keislaman mudah2an para adik2,abg2,kakak2,ibu2 dan bapa2 khususnya ummat islam mudah2an akn menjauhi perkara2 yg melalaikan.....nyatanya nah! lihat zaman skrg ni ...keseronakkn yg dicari ...di iringi berita menyedihkan pemergian anak2 yatim madrasah ulu langat ..AL-FATIHAH utk arwah... :-( .

ini tidak....kuar plak pencari bakat2 nyayian sekitar umur 45 ape citer...ce citer ...ahaks! ....amal ibadah yg dtuntut dosa plak dicari ...mana tak nya mula2 syok menyanyi ..peh tu goyang buku lali...lama skit goyang lutut (kononya ala2 60an lah tu-'kenanganku hampa belaka') ...lama2 haaaaaa....goyang pinggul (goyang inul-'ibu2 bapa2 semua yg ada di siniiiii ewahhhhhh)..last2 ade yg terlompat2,terkinja2,tergedik2.....dah lah siaran tv skrg ni byk siaran2 realiti tumbuh bagai cendawan (busut,butang,payung ..errrrkkkk apa lg lupe lerrr)...ce fikir ce fikir....bila smpai tahap naik seh berlari sana berlari sini ....praaaapppppp ....haaaa...knnnnn ...(bkn jari jemari kaki tgn ku terseliuh) ....tp pakaian kuuuuu (klu lerrr).....bkn saja malu malah dosa lg dpt....mintak di jauhkan...henti2kan lah.

mengajak dan menyeru ke arah kebaikan tu kn di tuntut.

uiks! tol tu ...hep3 jgn mara2 ....tak baik haaaaa..




From: SayangLuv <sayang2002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, May 22, 2011 11:15:58 AM
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 
Pertama kali saya setuju ngan sdr lah68 ripen
 
Smile Always, Looks Younger



From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sun, May 22, 2011 12:01:22 AM
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 
Biarpun.. kalau namanya pertandingan, bagi saya.. semuanya tetap membawa keburukan yang hakiki...tak kira ler pertandingan apa pun.. menyanyi, menari, baca Al-Quran, berzanji, sukan, semua mengarah kepada sesuatu yang buruk.... korang setuju atau tidak itu pendapat aku saja... jangan nak mare-mare pula...hek..


From: Puteri Ledanggg.... - <putri_ledang74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Nur Fatimah Ahmad <nurfatimah.ahmad@yahoo.com>
Sent: Saturday, 21 May 2011 14:17:11
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 

assalamu'alaikum ...

ye..btol tul ...dunia hiburan dkejar semata2 ..mengapa tidak di adakan pertandingan @ pencarian berjanzi, al-quran dsbnya yg asalnya tidak pernah menyertai mana2 pertandingan antarabangsa...bleh sama2 belajar ..ini tidak, dah lah segelintir2 remaja2 skrg ni mudah rosak akhlaknya ditambah lg dgn peringkat umur 40an di aktifkan hal2 sebegini ....eeemmmmm .. masya'Allah ...


From: Nur Fatimah Ahmad <nurfatimah.ahmad@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sat, May 21, 2011 10:06:17 AM
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...

 
bagi yang berumur 40 thn ke atas, jika tidak menumpu untuk mencari pahala untuk akhirat... maka gelap lah masa depan nya......jadi lebih baik bnyakkan beramal untuk akhirat dari mencari hiburan dunia.

--- On Fri, 20/5/11, syed azam jamalullil <ubisyed@yahoo.com.my> wrote:

From: syed azam jamalullil <ubisyed@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 20 May, 2011, 4:34 PM

 
awang, jangan tak tau, yg umur lebih 45 tahun mmg ada mungkin ramai, kan dunia dah nk kiamat. Apa2 pun boleh jadi. Astro pun dah study gelagat penyertaan gini. Hahaha. Tapi bukan sy la. Tapi tengok, mmg ada umur begini dtg nanti. Kita tunggu ..program tu

On Sat, 21 May 2011 00:21 CST Azwan Muhamad wrote:

>Kilauan Emas - Kepala hotak dia...
>
>Assalamualaikum WBT,
>
>Sedang syok2 layan Maharajalawak tiba-tiba ada pulak iklan yang di namakan Kilauan Emas. Sebuah program terbaru dari Astro berbentuk nyanyian ala-ala AF kot, khusus untuk mereka yang berusia 45 (EMPAT PULUH LIMA) TAHUN KE ATAS.
>
>Ya.. mandatori 45 tahun ke atas.
>
>Usia 45 tahun ke atas ni, bukan masa nak tunjuk bakat dah. Apa yang mereka patut buat adalah mempersembahkan amal ibadat mereka yang terbaik kepada Allah SWT. Sudahlah golongan-golongan yang sebaya dengan anak-anak mereka disogokkan dengan program hiburan melampau. Kini yang lebih merisaukan apabila ibu bapa kepada remaja-remaja ini turut dilibatkan sama.
>
>Remaja kalau rosak akhlak mungkin ada golongan-golongan dewasa datang untuk menegur. Tapi bila golongan dewasa dan telah berumur 45 tahun ke atas rosak akhlak, siapakah yang berani menegur? Kalau nak rasa sumpah seranah dari mereka silakan.
>
>Kematian tidak mengenal kepada usia. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak kira muda mahupun yang tua. Namun kalau nak dibandingkan usia 20 dengan 45 tahun ke atas, kebarangkalian untuk 45 tahun ke atas ni mati dulu adalah lebih tinggi.
>
>Namun begitu, ajal maut ditangan Allah. Jika Allah mengkehendaki yang muda remaja lebih awal matinya dari yang berusia 45 tahun ke atas tiada siapa boleh menghalangnya. Tetapi jika usia 45 tahun ke atas sudah mula mencari pentas, agaknya-agaknya golongan yang mana yang akan menceriakan masjid?
>
>Jika anda benci akan program ini sila nyatakannya disini

>http://azwandengkil.blogspot.com/


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment