Monday, May 2, 2011

Re: RG2011... Minta bantuan pakar Math.

 

Tak nak salahkan guru yang buat soalan. Mungkin ini adalah akibatnya bila terlalu tertekan dengan tugas yang berlebihan. Untuk pengetahuan soalan ini dibuat oleh sebuah daerah yang mengabungkan ketua2 panitia matematik disetiap sekolah dan akan digunakan dalam peperiksaan pertengahan tahun diseluruh sekolah dalam daerah tersebut.
 
Memang kita boleh sahaja menerima 36cm2  sebagai jawapan, tapi nak terangkan bagaimana untuk mendapatkan 6cm daripada 216cm3 akan jadi masalah kerana. Nak ajar murid form 3 pasal power of 2, 3, 4 pun payah.. apatah lagi murid tahun 6. Cara yang terbaik terpaksa mengakui kesilapan soalan...tapi ada juga murid yang cerdik tak akan berpuas hati dan minta juga ditunjukkan...murid zaman sekarang bukan macam murid zaman dulu.  
 
Apapun terima kasih kepada rakan-rakan yang respon...thanks,


From: Indah Cemerlang <indahcemerlang@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 3 May 2011 00:30:14
Subject: Re: RG2011... Minta bantuan pakar Math.

 

Maaf mencelah. Saya guru matematik yang baru 6 tahun dalam bidang pendidikan.
 
Penerangan tentang jalan kerja dah betul.
 
Untuk pengetahuan, cadangan  encik muhd faisal ....
"sepatutnya soalan nie kena terangkan bucu antara sisi sbuah kubus adalah same bru dapat kunci tuk jawab soalan nie..ok.. katekan sebuah kubus punyai bucu antara sisi adalah sama saiz.. dan setiap kubus punyai 6 permukaan sisi.."
tidak perlu dinyatakan kerana ciri-ciri dan sifat-sifat kubus dah diterangkan/dipelajari semasa sesi dalam kelas. Perkara inilah yang perlu pelajar terjemahkan dalam bentuk pengiraan. Sememangnya soalan yang dicipta mengandungi aras taksonomi Bloom yang berbeza. Soalan seperti ini yang membezakan gred pelajar.
 
Cuma kemusykilan saya tentang soalan dalam Bahasa Inggeris tu. Agak mengelirukan. "Surface area of the area?"
The volume of a cube is 216 cm3. What is the surface area of the area fo the cube?
Isipadu sebuah kubus ialah 216 cm3. Berapakah luas permukaan kubus itu?
 
Sebenarnya soalan ni nak tanya LUAS SETIAP PERMUKAAN kn? Bukan JUMLAH LUAS PERMUKAAN.
Tq.
From: muhd. faisal b. daud Pesa <peace_sal@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, May 2, 2011 11:26 PM
Subject: Re: RG2011... Minta bantuan pakar Math.

 
alamak.. B lah.. sory2.. hehehehe... terkantoi lak.. hahahah

From: muhd. faisal b. daud Pesa <peace_sal@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, May 2, 2011 11:24 PM
Subject: Re: RG2011... Minta bantuan pakar Math.

hebatnye soalan math tahun 6 nie.. kalaw budak2 tahun 6 dapat jawab soalan camnie.. kira bijak la tue.. lagi satu.. sepatutnya soalan nie kena terangkan bucu antara sisi sbuah kubus adalah same bru dapat kunci tuk jawab soalan nie..

ok.. katekan sebuah kubus punyai bucu antara sisi adalah sama saiz.. dan setiap kubus punyai 6 permukaan sisi..
formula untuk isipadu adalah = panjang x lebar x tinggi = isipadu cu.cm

angapkan panjang stiap sisi adalah sama dan sisi = nilai 'a'

a(panjang) x a(lebar) x a(tinggi) = 216 cu.cm
a3 = 216 cu.cm

a = 216 cube root 
a = 6

so.. untuk luas.. a x a = sq.cm

luas = 6x6 = 36 sq.cm

so.. jawapanye A lah..!!!!

tq..



From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: Idaman_Group@yahoogroups.co.uk
Cc: PerisikRakyat@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, May 2, 2011 7:41 PM
Subject: Re: RG2011... Minta bantuan pakar Math.

 
Berikut adalah satu soalan dari kertas peperiksaan pelajar Tahun 6 di sebuah daerah.
Kepada yang pakar math harap boleh bantu bagaimana nak jelaskan kaedah pengiraan bagi menjawab soalan ini (jika ada)
 
The volume of a cube is 216 cm3. What is the surface area of the area fo the cube?
Isipadu sebuah kubus ialah 216 cm3. Berapakah luas permukaan kubus itu?
 
A.    16 cm2
B.    36 cm2
C.    49 cm2
D.    64 cm2
 
 






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment