Sunday, May 8, 2011

RE: RG2011... Minta nasehat nak beli aircond

 

Tuan,

 

Saya cadangkan tuan beli yg 1.5Hp sudah cukup, kenapa? Sbb kegunaan di rumah adalah berbeza kegunaan spt di Pejabat, kedai atau lain2 tempat.

 

Kenapa perlu risau pasal harga Inverter? Rosak? Insyaallah kalo cara penggunaan yang elok, tak kan rosak benda tu...janji kalo dah agak2 tgk unit dalam bilik tu dah berdebu teruk, servis sendiri je, bukan susah pon...panjat ngan tangga je....

 

saya turut pakai 1.5 HP Inverter, almost 5 years, rosak tak pernah, bil letrik rumah hanya RM 50 ~ RM 60 sebulan, penggunaan aircond setiap hari dari jam 9.30 malam ke 7.00 pagi.....suhu saya set 270C ~28 0C....tidur dalam keadaan aman, even siang hari pon saya tak ubah suhu setting tu, dengan syarat PINTU, TINGKAP bilik tu TUITUP la....kenapa? tak perlu saya ulas pasal teknikal2 ni....secara logiknya, kita di malaysia suhu di luar lingkungan 24 ~ 36 0C, kadang2 lebih lagi...so, takperlulah set rendah2 suhu tu, tak tersampai nya aircond bekerja sampi capai suhu rendah yg diset tu...FORMULA NYA: lagi kuat compressor aircond tu bekerja( jika di set 160C ~240C), lagi tinggi bil letrik...

 

buleh cuba, jiran2 saya turut cuba buat apa yang saya buat, alhamdulillah, bil letrik rumah mereka berkurang dengan hanya set suhu 270C ~28 0C.

 

Tq.

 

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Manja Sayang
Sent: Monday, May 09, 2011 12:11 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Minta nasehat nak beli aircond

 

 

Pada pengalaman akak... inverter ni servis dia mahal dan pemasangan pun mahal.  Kata taukeh kedai hari tu... kalau nak penjimatan elektrik inverter ni aircond kena maintain pada suhu 22 degress centigrade... kalau tak dia makan elektrik macam aircond biasa.

 

Rasanya 1.5 hp dah memadai... tapi lagi baik tanya kat taukeh kedai tu.... saya beli dua jenama York dan Panasonic... York bising compare to panasonic.... bil elektrik memang banyak beza... akak pakai waktu malam dengan peralatan lain...  dalam RM120 = RM150 sebulan.  Pastikan bilik tiada lubang udara di atas dinding... kalau tak anginnya keluar lagi kuat makan karan.

 

Kak Rosie


 

 


From: Aziz Abu Bakar. <azizabubakar@gmail.com>
Sent: Mon, May 9, 2011 11:58:09 AM
Subject: RG2011... Minta nasehat nak beli aircond

 

Bro dan sis sekalian nak minta nasehat beli aircond brand apakah yg terbaik dari segi penjimatan,tahan lama dan senang servis...
kalau bilik saiz 15" X 17" master bedroom sesuai 1.5hp ke 2.0hp.
cadangan kegunaan untuk tidur malam sahaja,sebab skang pasang kipas siling + kipas berdiri pun masih berpeluh2,
agak2 berapa tambahan bil bulanan,ada org kata kalau untuk kegunaan malam sahaja tak perlu beli yg invertor jimat lektrik tu yg biasapun ok sebab invertor brg gantinya mahal.
sudilah kiranya dapat membantu.

Disclaimer http://www.ppj.gov.my/images/email/disclaimer2.htm

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment