Sunday, May 1, 2011

Re: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 

Aku pun setuju juga, tapi hanya jika UMNO juga keluar daripad BN tinggalkan yang lain-lainnya. Rasanya UMNO ada beranikah? Nampaknya Najib mula mengakui kekuatan PAS yang mampu membawa keuntungan kepada DAP dan PKR. Walaupun dalam PAKATAN cuma ada 3 buah parti utama berbanding BN yang mempunyai lebih daripada 5 buah parti utama namun masih boleh tergugat. Najib mula risau dengan PAKATAN dan cuba memisahkannya dengan pelbagai tuduhan. Adakah nasihat Najib ini ikhlas atau tidak hanya Allah yang mengetahui...tapi kalau lihat kat TV pemimmpin PAS sering menjadi mangsa serangan. 


From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mahligai@yahoogroups.com; ada2aje@googlegroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; matrocke1@gmail.com; pakbelang@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; TemanHidup@yahoogroups.com
Sent: Monday, 2 May 2011 10:36:09
Subject: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.

Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.

Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.

''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya.


 
 

Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment