Monday, May 2, 2011

Re: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 

Luahan dan pandangan M. Saleh memang ikhlas, saya akui. Adakalanya kita lebih suka meihat yang kecil daripada yang besar, umpama kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak. Saya rasa M. Saleh mempertikaikan pandangan Akma Yati apapun saya yakin Akma Yati juga memberikan pandangan yang ikhlas. Masing-masing mempunyai penilaian sendiri dan masing-masing mempunyai hak untuk menyatakan pendapat. Bagaimanapun saya bersetuju dengan Akma Yati, mungkin kerana penilaian kami hampir sama. Kekalahan PAS di Sarawak bahkan juga di Sabah cuma satu perkara yang biasa jika menilai situasi berpolitik rakyat kedua-dua negeri ini. Dan perlu diketahui bahawa di Sabah nisbah bumi putera Sabah dengan pendatang asing adalah lebih 5:2 dan mereka (PA) juga merupakan pengundi berdaftar sejak kemasukkan UMNO ke Sabah. Jika saudara M. Saleh ingin mengetahui lebih lanjut, saudara boleh lawat laman sabahkini.com.


From: "m.saleh@4tech.com.my" <m.saleh@4tech.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 2 May 2011 20:32:11
Subject: Re: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 

Salam...

Hanya nak komen dan berkongsi pandangan.

1. Keikhlasan PM - Semoga yang lahir dari bibir beliau adalah sesuatu yang dizahirkan dari hati dan di dorong oleh sifat persaudaraan sesama Islam juga hidayah Allah. Tetapi anda tolak bulat2.... Manakala kata2 dari Prof. Wong anda terima dan serapkan dalam hati dan minda. Ikhlaskah dia? Atau ada agenda yang tersembunyi. Semoga Prof. Wong dapat hidayah Allah dan masuk Islam.

2. Gabungan UMNO dan PAS - Silap rasanya fahaman anda. Bukan bergabung, cuma bekerjasama demi memastikan bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia tidak berpecah belah dan diperbodohkan seperti yang berlaku di negara jiran. Jangan lupa PAS diterima masuk dalam PR pun kerana untuk meraih undi. Setakat hari ini, tak nampak pun suara PAS di Selangor dan Pulau Pinang diberi perhatian.

3. UMNO tenat??? - Mana anda dapat info sebegini. Kalau jadikan Pilihanraya Negeri Sarawak tempohari, BN mungkin tergugat. Tapi UMNO, syukur kepada Allah kerana membuka pintu hati warga Sarawak memilih UMNO di kesemua kerusi yang dipertandingkan tanpa sebarang kekalahan. PAS langsung tiada kerusi. DAP tambah lagi. Kenapa? PAS tolong undi DAP, tapi tidak sebaliknya...

4. Gabungan dengan DAP, MCA dan MIC - UMNO tak pernah ungkit isu gabungan PAS dan DAP. Tapi suatu masa dahulu PAS yang selalu gunakan isu ini supaya orang melayu tidak mengundi UMNO. Nampaknya sekarang PAS seperti meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.

5. Kagum dengan pemerintahan PAS -
Saya memang kagum dengan pemerintahan PAS lebih2 lagi kerana bekerjasama membangunkan negeri Kelantan. Kalau ke sana, kadang2 cemburu sebab kerajaan PERSEKUTUAN banyak projek pembangunan. Oleh yang demikian, saya juga amat kagum dengan Kerajaan BN.

6. Kenaikan harga barang dan tol - Semestinya anda tidak mengikuti perkembangan global mengenai perkara ini. Seantero dunia menghadapi masalah sama. Semua orang di dunia di bebani dengan dugaan malahan lebih teruk lagi. Bersyukurlah kita masih mampu hidup dan beribadat secukupnya.

Minta maaf sekiranya tulisan ini menyinggung sesiapa. Ia cuma luahan rasa seorang yang tidak berkepentingan tetapi terasa dengan kritikan seperti kerajaan sedia ada terlalu teruk. Pada hal, kalau di fikirkan, segala kemudahan termasuk di sini, datangnya dari kerajaan juga. Sepatutnya kita jangan terlalu fanatik. Tak kira BN atau PR. Nilai dengan akal kurniaan Allah bukan hati yang parah. Yang baik kita terima, yang batil kita tegah. Berpolitik bukan untuk menunjuk hebat, tetapi membela nasib anak dan cucu supaya tak merempat. Baik melayu, cina, india dan semuanya, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.... Kita hidup di negara berbilang bangsa dan agama. Mengapa harus bersengketa. Carilah titik persamaan bukan mencipta jurang perbezaan.

Sekian, semoga Allah merahmati negara Malaysia. Siapa bakal mentadbir selepas PRU 13, tak kira parti apa pun namanya, biarlah yang membawa kemakmuran dan diberkati. Aku rindukan suasana politik yang aman. Tiada fitnah dan cacian. Semuanya berlumba memberi manfaat sesama insan. Pretasi menjadi ikutan. Tak tinggal Islam sebagai batasan. Supaya sejahtera disini dan disana....

Mohammad Saleh bin Puteh
4Tech Electronic Sdn Bhd

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: akma yati <nays832000@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 2 May 2011 03:48:27 -0700 (PDT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 


xrase najib ni ikhlas..kalo betul dia memeanting agma kenape dr dl x bersatu padu..kenape bile tau keadaan dah tenat br nak ajak pas... dan kalo pas bergabung dgn umno pun...layan umno terhadap pas belum tentu baik takut jd kan boneka je utk dptkan kerusi melayu.... semuanya ade kepeantingan najib sendiri umno dah tenat sgt dah... jgn ckp pas gabung dgn dap..dap xberagama islam kerana umno jugak bergabung dgn kafir mic n mca.... sy pernah pergi ceramah profersor wong... sy lupa nama penuh dia walaupun dia bukan islam tp dia kagum dgn pemerintahn pas ..kalo ade pertandingan antara pas dan mca ,dia lebih sanggup undi pas... dia nampak ketelusan pas... kat sini kita dah boleh nampak bahawa... banyak cara nak berdakwah..menjadi pemimpin yg baik juga boleh memberi contoh islam itu indah.. sy rase xde salahnya kalo pas kekal dlm pakatan....

 cuba tuan/puan pikirkan kalo la org melayu yang kita sokong dan jadikan dia pemimpin tetapi dia sendiri xhargai pilihan kita terhdap malah menindas dgn kenaikan baragn , tol, minyak, tiada biasiswa..rasuah sana sini,kroni smkin kaya,fitnah mcm2.. buat ape kita pilih org mcm ni baik kita sokong yang boleh mentadbir kita sebaik mungkin..... sy harap pru13 ade satu perubhan besar .....untuk mencuba kerajaan baru......

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, May 2, 2011 12:11:50 PM
Subject: Re: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 

Aku pun setuju juga, tapi hanya jika UMNO juga keluar daripad BN tinggalkan yang lain-lainnya. Rasanya UMNO ada beranikah? Nampaknya Najib mula mengakui kekuatan PAS yang mampu membawa keuntungan kepada DAP dan PKR. Walaupun dalam PAKATAN cuma ada 3 buah parti utama berbanding BN yang mempunyai lebih daripada 5 buah parti utama namun masih boleh tergugat. Najib mula risau dengan PAKATAN dan cuba memisahkannya dengan pelbagai tuduhan. Adakah nasihat Najib ini ikhlas atau tidak hanya Allah yang mengetahui...tapi kalau lihat kat TV pemimmpin PAS sering menjadi mangsa serangan. 


From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: mahligai@yahoogroups.com; ada2aje@googlegroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; matrocke1@gmail.com; pakbelang@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; TemanHidup@yahoogroups.com
Sent: Monday, 2 May 2011 10:36:09
Subject: RG2011... Pas perlu keluar pakatan

 

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.

Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.

Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.

''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya.


 
 

Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment