Tuesday, May 3, 2011

Re: RG2011... Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja

 

Salam,
Dari keselamatan jelas pelajar-pelajar terdedah dengan
perkara yang tidak diingini, apatah lagi dengan situasi
sekarang ini keselamatan tidak terjamin lagi. Tapi bagi
mereka mungkin cara ini dapat memberi ruang
dalam soal wang. Sesekali dekatilah mereka dengan
menziarahi tempat mereka. Saya pernah berkujung
salah sebuah tempat mereka, memang agak menyedih-
kan. Kebanyakan perkara semua mereka lakukan
termasuk memasak beramai-ramai. Pada waktu saya
tiba terdapat sebuah bangunan yang sederhana sedang
dalam pembinaan, yang mana ini dilakukan oleh
pelajar-pelajar dan kaki tangan disitu. Dan ustaz-ustaz
di situ pun berusaha menjadi penceramah bebas dan
hasil apa yang dapat diperuntukan untuk mengendalikan
sekolah itu.
Cuma pusat tahfiz/sekolah agama ada cara
masing-masing bagi mengumpul dana.

2011/5/4 saaid ramdzan ismail <saaidramdzan@yahoo.com>
Kalau kita lihat dari prespective yg lain,
Pusat tahfiz dan sekolah2 agama islam sering kali dianaktirikan olih pemerintah,ditomah dan dituduh agen pembangkang,pusat merekrut kader2 yg tidak sehaluan dgn kemahuan pemerintah.
makanya merika seringkali mencari dana secara creative.tidak dinafikan anak2 tersebut sepatutnya tidak berada ditempat2 tersebut pada waktu itu,tapi kalau kita mahu melihat dari positivenya merika menjadi org yg lebih terdidik,lebih berbudi bahasa di bandingkan yg berpeleseran dan jadi bangkai bernayawa..
siapa yg komen ,skeptik, yg pernah melawat ke tempat pengajian merika.apa yg sedang merika lakukan dan hasil dari proses yg anak2 itu telah lalui.usah la hantem saja kerana melihat dari satu sudut sahaja.

--- On Wed, 5/4/11, kamal zaman <kamalzaman@gmail.com> wrote:

From: kamal zaman <kamalzaman@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, May 4, 2011, 7:58 AM


 

Salam..

Jumaat malam sabtu 29 april 2011
jam 11.30 dikawasan rehat sebelum exit tanjung malim
kat rahat agrobazar

semua perniagaan dibazar ni telah ditutup,
tetapi pengutip derma macam ni ..2 gadis bawah umur..
bila ditanya..umur 16 tahun..kenapa kutip derma malam2 ni..
jawabnya ... hobi saya kutip derma..
rasanya nak beri penambar aje kat ustaz yang bawa tu..

malam tadi depan maybank kuantan..jam 8.45..
gadis tu beri salam..dan terus minta derma untuk anak yatim..
hiss geram betul..bukan sayang wang tetapi ni sah syndicate kutip derma..
patutlah orang islam dipandang rendah oleh orang lain..

2011/5/4 newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>

Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja

By ondscene on April 24th, 2011


Ampang, Selangor
24 April, 2011
8 malam

Artikel ini mungkin menimbulkan kontroversi dan mungkin juga membuat beberapa pihak tidak senang dengannya. Bagaimanapun, demi kebenaran, saya tetap dengan pendirian saya melalui artikel ini. Artikel ini bukan merujuk kepada semua Pusat Tahfiz, tetapi beberapa pusat yang sekaligus telah memburukkan imej Pusat Tahfiz lain.

29 Disember, 2006, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang amat menyayatkan hati apabila 5 pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah, maut dalam kemalangan membabitkan van yang dinaiki, merempuh belakang sebuah lori kontena Pos Malaysia di KM 355.7 Lebuhraya Plus di Sungkai Perak.

Van membawa pelajar Pusat Tahfiz Amal di Km 17 Jalan Yan, Simpang Empat Kangkong, Kuala Kedah , dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur.

Antara bahan rujukan yang sempat saya Google:

di sini : Lima pelajar tahfiz maut van rempuh lori

di sini – Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana

di sini - Mengingati pelajar Pusat Tahfiz Amal

dan blogger Mazidul – Let Us Do It For The Children!

(Saya sendiri membuat liputan kes itu di lokasi kejadian – tetapi blog ondscene ini masih belum wujud ketika itu)

Kira-kira jam 8 malam sebentar tadi, saya sedang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Jalan Lingkaran Tengah 2 di kawasan Ampang.

Terpandang seorang remaja perempuan (RP) sedang mundar mandir pergi dari sebuah kereta ke sebuah kereta dengan membawa buku resit dan beberapa barangan.

Saya amat menantikan remaja itu supaya datang kepada saya.

Saya : Kau buat apa sini?

RP : Saya kutip derma. Untuk anak-anak yatim.

Saya : Siapa yang hantar kau kat sini? Buat apa kat sini?

RP : Ustaz hantar. Kutip derma untuk anak yatim.

Saya: Mana ustaz tu?

RP : Dia tinggalkan saya di sini. Dia pergi ke tempat lain.

Hati saya dah mula panas. terus-terang saya katakan dalam hati , 'ustaz' itu memang celaka malah kalau sesuai, boleh dipanggil dayus.

Saya : Kau dari mana? Berapa orang datang? Umur berapa tahun?

RP : Dari Kedah. datang 4 orang. Semua perempuan , ustaz lelaki. Umur saya 16 tahun.

Kenyataan itu menambahkan lagi kadar pembakaran ozon di dalam hati saya.

Saya : Kau tau tak , apa yang kau buat dan uztaz bangang kau tu buat, adalah tak betul? Kau ni terang-terang dah dipergunakan oleh ustaz kau. Kau tu perempuan. Baru 16 tahun, Lepas tu ditinggalkan malam-malam kat sini. Kalau buatnya ada orang tarik kau masuk van, masuk kereta, kemudian bawak lari. Apamacam?

Aku ni lelaki, Usahkan lelaki, perempuanpun boleh buat macam tu, bawak lari kau. Ini Kuala Lumpur. Takkan ustaz kau tak fikir benda-benda macam tu?

RP : Ini kerja untuk anak yatim. Allah pelihara anak yatim. Anak yatim akan selamat.

Saya : Kalau macam tu, baguslah ustaz kau ajar ajaran tu. Tak kisahlah bahaya ke , salah ke, berserah sajalah ye. Sedangkan pak haji pun boleh mati eksiden, ini kan pulak perempuan macam kau yang ditinggalkan macam ni. Kau bukan anak yatim kan? Mana mak ayah? Dia orang tahu tak apa yang kau buat ni?

RP : Dari Johor. Mak tak marah. Dia tau saya buat benda ni.

Dakwaan remaja itu yang ibunya tahu dan tidak marah apa yang dibuatnya, boleh dipertikaikan. Saya rasa, tiada ibubapa waras yang mahukan anaknya menjadi 'pengemis' setelah dihantar belajar jauh-jauh, dan akhirnya diajar untuk menebalkan muka meminta derma dari orangramai – remaja perempuan, ditinggalkan seorang diri dan di waktu malam dan di tempat yang amat asing baginya.

Jika kenyataan itu pula tidak benar, bermakna Pusat tahfiz itu yang mengajar anak muridnya berbohong.

Remaja itu mendakwa, pusat tahfiznya mempunyai cawangan di Damansara. Jika benar ada di Damansara sekalipun, mengapakah perlunya penuntut dari Kedah dan perempuan pula, dipergunakan untuk mengutip derma di Kuala Lumpur?

Jika benarlah kutipan itu untuk anak yatim, berapakah 'keuntungan' bersih yang mereka dapat, jika kos minyak, tol dan makan-minum untuk 3 hari untuk sebuah kereta dinaiki 4 pelajar perempuan dan seorang ustaz (dakwanya, datang 3 hari lalu dan akan pulang malam ini ke Kedah)boleh menjangkau RM1,000.

Bagi saya, benar-benar kerja bodoh dengan menggunakan alasan ugama dan anak yatim.

Saya merakamkan beberapa keping foto remaja itu dan buku resit yang dibawanya.

RP : Encik ambillah resit tu satu.

Saya agak terkejut dengan kenyataan remaja itu. Resit itu tertulis RM10 setiap helaian. Jika saya mengambil sehelai, bermakna dia perlu menggantikan RM10 jika saya tidak memberikannya RM10.

Ini berkemungkinan boleh diagakkan, bahawa sebenarnya pengutipan 'derma' yang dilakukan memang tiada sebarang audit atau 'check and balance' kerana resit boleh dibagi sewenang-wenangnya. Tidak mustahil, kutipan juga boleh diselewengkan.

Oleh kerana saya perlu bergegas ke satu mesyuarat, saya terpaksa pergi meninggalkan remaja itu yang akhirnya saya lihat hampir menangis dan sebak.

Mulutnya tidak henti-henti bercakap yang antara dengar dan tidak – " Cepatlah…cepatlah datang.."

Saya berandaian, dia mengharapkan ustaznya datang untuk 'menyelamatkannya'.

Jam waktu itu 8.15 malam dan menurutnya, uztaznya akan datang mengambilnya jam 9 malam dan dakwanya mereka akan terus balik ke Kedah malam ini juga.

Dakwanya juga, 3 lagi rakannya ditinggalkan di lokasi berlainan dan petang tadi mereka di Sg Buloh mengutip derma di depan premis bank.

Saya meninggalkan remaja perempuan itu dengan berjuta persoalan.

Di masa sama, hati saya juga sebak dan hampir menitiskan airmata kerana ada manusia sanggup pergunakan remaja perempuan semuda itu dengan berlapikkan ugama dan anak yatim.

Cuba anda bayangkan , jika anak anda sendiri diperlakukan sedemikian.

Usah gunakan hujah ugama atau nas, hadis atau riwayat nabi-nabi dalam kes begini kerana orang berakal sahaja yang dapat membezakan betapa ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada kanak-kanak/remaja.

Perkara begini berlaku di banyak tempat, dan anda sendiri boleh saksikannya sendiri.

Dan , Pusat Tahfiz tersebut, langsung tidak mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa pelajarnya pada 29 Disember 2006 itu.

Lebih tragis lagi, dalam kejadian itu, ibubapa hanya mengetahui anaknya diperlakukan demikian oleh pusat tahfiz tersebut setelah tragedi yang menimpa anak mereka.

Secara kebetulan, remaja perempuan yang saya temui itu adalah dari pusat tahfiz yang sama .

Saya percaya, remaja-remaja ini mungkin telah ditanamkan di dalam kepala dan hati mereka , apa yang dilakukan adalah jihad, di jalan Allah, kerja kebajikan, kerja amal dan jika ada apa-apa berlaku, redha sahaja dan ketentuan tuhan. Sebab itu remaja-remaja ini begitu tegar dan tidak mepedulikan apa sahaja yang masyarakat katakan. Malah mungkin mereka juga tidak mengetahui akan natijah perbuatan ini, mungkin juga tidak didedahkan dengan kes kemalangan yang pernah berlaku membabitkan rakan mereka suatu ketika dulu kerana kebayankan mereka ditutup minda dan perhatian akan perkembangan semasa.

Wahai pihak yang berwajib, tolonglah lakukan sesuatu . Kasihanilah remaja-remaja yang dipergunakan itu. Mereka masih mentah dan mudah terpedaya dan diperdaya. Kita tidak mahu lagi tragedi seperti 29 Disember 2006 itu berulang lagi.

--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.





--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment