Wednesday, May 4, 2011

RG2011... ~~~Ada Apa Dengan Gosip~~~

 


Gosip didefinisikan sebagai cakap-cakap yang mengisahkan khabar-khabar
atau hal-hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain. Dalam islam gosip
ibarat memfitnah. Ia umpama peluru yang ditembak, sekali kita mendengar
bunyinya, maka kita tidak dapat mengambilnya kembali. Gosip juga boleh
dikatakan bagai satu bentuk konspirasi iblis.

Terdapat sebuah kisah yang menggambarkan kekejian sebuah gosip. Cerita
yang mengisahkan seorang jejaka dalam sebuah kota menghina seorang 
jejaka lain di kota tersebut. Suatu hari ia pergi ke rumah jejaka bijak tadi 
untuk meminta maaf. Jejaka bijak ini menenyedari bahawa jejaka tersebut
belum menyelami akan kesilapannya melakukan gosip tersebut. Maka jejaka
bijak ini memberitahu bahawa ia akan memaafkan dengan satu syarat.Syarat
tersebut ialah ia disuruh pulang ke rumah, mengambil sebiji bantal bulu dari
rumahnya, merobeknya dan menyerakkan bulu-bulu itu ke udara. Setelah
selesa, dia diminta kembali semula ke rumah jejaka bijak tersebut.

Meski pun binggung dengan permintaan aneh ini, jejaka itu merasa gembira
kerana dosanya boleh ditebus dengan kerja yang semudah itu. Dengan cepat
dia merobek bantal bulunya menyerakkan bulu-bulu itu dan kembali semula
ke rumah sijejaka bijak tadi. "Apakah sekarang aku dimaafkan?" tanya beliau.
"Satu hal lagi'', jawap si jejaka bijak. "Pergilah sekarang dan kumpulkan semua
bulu-bulu itu''. "Tetapi mustahil. Angin sudah menyebarkannya."

"Tepat sekali." jawap jejaka bijak, "dan ia sama mustahilnya untuk memperbaiki
kerosakkan yang diakibatkan oleh kata-katamu (gosip) iaitu seperti mengambil
kembali bulu-bulu tersebut. Kata-katamu telah tersebar ke mana-mana, menebar-
kan kebencian, menyemai kedengkian dan amarah, malah pada saat kita berbicara
ini."

Oleh itu jangan terlalu mudah mempercayaai keburukkan orang lain tentang se-
seorang, gosip yang dilontarkan dapat mengakibatkan hubungan seseorang dengan
yang lain. serta penghinaan yang boleh berlanjutan seumur hidupnya. Jadi lihatlah
berapa banyak gossip atau fitnah yang telah menjadi punca kepada kemusnahan
banyak golongan manusia. Bahkan orang sanggup memfitnah orang lain dengan
berbagai-bagai fitnah kerana kuasa. Oleh itu insaflah dan perbaiki peribadi agar
dapat menjalani kehidupan dalam linkungan yang bebas gosip dan mengelak dari
perkara yang boleh menimbulkan gosip atau fitnah. 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
(Al-Hujuraat:12)
Sumber; Sinar Rohani
--


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

090416-greatday.gif picture by Bia_kiran_2009

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment