Tuesday, May 3, 2011

RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Tabung Pembinaan Surau dan Sekolah

 

Assalamualaikum ditujukan khas kepada para pengunjung laman Aku Budak Trolak yang beragama Islam, dan salam hormat kepada para pengunjung yang bukan beragama Islam.

Pihak "Aku Budak Trolak" ingin memohon jasa baik para pengunjung yang budiman, agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada beberapa pihak yang sedang mengumpul dana untuk pembinaan sebuah surau dan sebuah sekolah di kawasan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal admin laman Aku Budak Trolak.

Sebagaimana yang tertera dalam laman laman Aku Budak Trolak, pertamanya pembinaan sebuah surau yang akan didirikan di kawasan Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.



Admin kurang pasti bahawa pihak jawatankuasa pembinaan surau ini, telah menyediakan laman untuk dipromosikan ke ruang internet ini. Namun untuk pengetahuan pengunjung, bangunan sekolah ini telah lama didirikan, atas kesesakan dan kepadatan murid, kelas yang menjadi tempat solat terpaksa diubah menjadi kelas sepenuhnya.

Pihak sekolah seterusnya telah berikhtiar untuk mendirikan sebuah surau dalam kawasan sekolah. Lokasi tapak pembinaan surau telah dikenalpastikan dan permohonan kelulusan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri telah pun diterima melalui surat yang bernombor rujukan J.Pel.Pk.(AM) 353/4 serta kelulusan dari pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam juga telah diterima melalui surat bernombor rujukan Bil(17)PAISR.200/10/19.

Para pengunjung yang berminat memberi sumbangan untuk tabung pembinaan surau ini, boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun "Tabung Pembinaan Surau SKTM" di akaun Bank Islam bernombor 08068010031885.


Sumbangan seterusnya ialah berkaitan pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) At-Taqwa, Proton City. Sekolah ini akan didirikan bersebelahan Masjid At-Taqwa, Proton City. Para pengunjung yang berminat untuk menyalurkan sumbangan, boleh merujuk ke laman blog "Tabung Pembinaan Sekolah Agama Rakyat At-Taqwa, Proton City di alamat http://sarprocity.blogspot.com/ atau klik sini.

Segala keterangan berkaitan tabung pembinaan SAR At-Taqwa, Proton City tersebut tertera dalam laman berkenaan.

Pihak berminat boleh menyalurkan sumbangan melalui Bank Islam di akaun "Masjid At-Taqwa Proton City" bernombor 08068010029558.

Sumbangan anda para pengunjung yang budiman hanya Allah yang mampu membalasnya.




(At-Taubah, ayat 111)




--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/03/2011 12:00:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment