Tuesday, May 3, 2011

RG2011... Awas – Telefon Bimbit Tiruan

Awas – Telefon Bimbit Tiruan


perkarangan stesyen minyak
Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Tol Gombak
Selangor
17 April, 2011
11.45 pagi

Mereka bergerak dalam kumpulan.


Sasaran utama ialah stesyen minyak dan kawasan rehat dan rawat lebuhraya.

Kehadiran mereka sebenarnya telah lama, tetapi dahulu bermula secara kecil-kecilan atau secara berseorangan.

Bagaimanapun, sekarang, ia sudah menjadi makin parah apabila kegiatan menjual telefon bimbit tiruan ini menjadi gangguan besar kepada operasi stesyen minyak.

Malah, ada pelanggan yang menjadi takut kehadiran mereka kerana ada dari mereka memaksa mangsa membeli telefon bimbit yang ditawarkan.

Mereka akan datang kepada pelanggan stesyen minyak ketika mengisi minyak, dan menawarkan telefon bimbit tiruan ini dengan harga yang murah dan mendakwa ianya adalah telefon asli.

Ada juga yang sampai membuka pintu kereta mangsa dan memaksa membeli telefon bimbit ini.

Tidak kurang yang terpedaya dan membelinya, yang akhirnya, didapati ianya telefon bimbit tiruan/palsu malah ada yang rosak terus selepas beberapa jam digunakan.

Tindakan stesyen minyak meletakkan 'banner' amaran ini tidak menghalang mereka untuk terus menjalankan kegiatan dan juga tidak mampu menghalang mangsa untuk membelinya.
Sebenarnya pihak berkuasa telah banyak kali membuat operasi membenteras kegiatan ini, tetapi mereka licik dalam melarikan diri.

Bagaimanapun, hari ini, setelah perancangan , risikan dan intipan selama 3 minggu, 12 orang dari mereka berjaya ditahan.
Intipan dan risikan termasuk mengenalpasti kira-kira 20 buah kenderaan yang terlibat ,mengecam setiap pelaku dan waktu serta modus operandi mereka beroperasi.
Lokasinya di 2 buah stesyen minyak (Shell dan Petronas) Jalan Lingkaran Tengah 2 sebelum susur ke Universiti Islam Antarabangsa – Plaza Tol Gombak Lebuhraya Karak.

Sebelum memulakan operasi ini, satu taklimat pergerakan setiap anggota penguatkuasa dilakukan di Pejabat KPDNKK Cawangan Gombak.

Operasi ini membabitkan 30 anggota penguatkuasa KPDNKK dari Ibu pejabat Shah Alam, Gombak dan Kuala Kubu Bahru,

Ia dibantu 10 penguakuasa dari Jabatan Pendaftaran Negara diketuai Pengarah Penguatkuasa Selangor, Osman Nawang.

Jam 11.45 pagi, secara serentak, semua mereka berjaya ditahan – berjumlah 12 orang, dengan setiap dari mereka masih memegang dan mempunyai beberapa buah telefon bimbit tiruan pada mereka.
Bagaimanapun, beberapa orang dari mereka dapat meloloskan diri dan melarikan diri dengan beberapa buah kereta.

Sebuah kereta dan sebuah van disita, dan pemeriksaan menemui telefon bimbit disorokkan di beberapa bahagian tempat di dalam kenderaan itu.

Sejumlah 73 telefon bimbit tiruan pelbagai jenama terutama Nokia berjaya dirampas, dan jika sekali imbas, ianya benar-benar kelihatan seperti model asal/asli.

Yang paling canggih ialah 'iPhone 4′.

Pemeriksaan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati, 4 dari yang ditahan , memiliki kad pengenalan palsu dan 3 lagi identiti pengenalan diri yang diragui.
Mereka yang memiliki kad pengenalan palsu dipercayai bukan warganegara Malaysia.

Paling sadis, apabila ada antara ahli kumpulan ini telahpun lanjut usia- 65 tahun.

Kepada anda semua, usahlah membeli atau mempercayai apa yang ditawarkan ini kerana semata-mata ianya berharga murah dan mungkin simpati kepada penjual terutama yang sudah lanjut usia…
Usaha sekarang ialah untuk mengenalpasti siapakah pembekal atau kepala kepada sindiket ini sebenarnya berdasarkan keterangan dari mereka yang ditahan.
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment