Thursday, May 19, 2011

RG2011... Esok Dunia Kiamat !

 

Esok Dunia Kiamat !

Berbekalkan kemeja-T, brosur, buku dan poster, seorang paderi bersama rakan-rakannya tekun memberi amaran kepada orang ramai di New York bahawa dunia akan kiamat esok.



Menggunakan perkiraan daripada Bible, Manny mendakwa akan berlaku gempa bumi di seluruh dunia pada 21 Mei, tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian itu berlaku serentak atau tidak.

Katanya, dia tidak pasti bagaimana 'bencana' itu berlaku atas faktor perbezaan masa sesuatu tempat di seluruh dunia.

"Bagaimanapun, sepatutnya gempa bumi itu berlaku pada waktu sama di seluruh dunia," katanya.



Manny, 56, berkata walaupun tarikh 21 Mei kelihatan rambang, dia merujuk kepada analisis Presiden Family Radio - sebuah komuniti penyiar keagamaan di California, Harold Camping.

Ketika sibuk berceramah, teman Manny, Borce, 43, mengedarkan risalah mengenai ramalan kiamat mereka. Melalui risalah itu, mereka mendakwa orang ramai mempunyai beberapa jam untuk bertaubat. 

- AFP / Harian Metro : 20 Mei 2011

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment