Thursday, May 5, 2011

RG2011... Fw: Media Amarika Sahkan Gambar Kematian Osama Palsu

 


Media Amarika Sendiri Sahkan Gambar Kematian Osama Palsu

Gambar kematian Osama yang didakwa palsu

Oleh : Huzair Sulaiman

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. "Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu," kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.
 
Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.
 
Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita 'kematian' itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?
 
Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.
 
Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment