Untuk kesekian kalinya, seperti di tahun-tahun yang lepas, sempena cuti Hari Buruh 1 Mei di kilang-kilang industry, bersama-sama dengan rakan-rakan wargakilang kami diberi masa dan kelapangan untuk sekali lagi melakukan kerja-kerja charity membantu golongan yang memerlukan.
Perjalanan kali ini membawa kami ke kawasan Utara Perak, di sekitar Selinsing area Gunung Semanggol dan kemudian ditambah lagi hampir 2 jam perjalanan merentas Kuala Kangsar menuju Tasik Raban dan Gerik Perak; satu pengalaman yang menarik merentas negeri Perak Darul Riduan.
waktu nak bertolak dari Tol Lunas, Kedah ke Tol Kamunting, Perak pagi itu saya tak berapa pasti la pulak berapa ramai yang nak turun mai, kalau nak kira-kira setakat penglibatan kawan-kawan NGO Wargakilang, mau 4 lima buah kereta sahaja. Tapi, bila tiba kat tempat berkumpul di Selinsing itu hampir 30 buah kereta yang turun mai, termasuk sepasang suami isteri muda yang turun mai dari Cyberjaya, bertolak jam 4 pagi dari sana.
Cek pi cek mai, yang turun mai ramai-ramai itu, mai daripada berbagai pertubuhan dan kumpulan individu yang berbeda; antaranya ialah dari PEMBELA Sg Petani, Alumni Sek Izzudin Shah Perak dan lain-lain lagi. Semuanya mai dengan satu tujuan, iaitu nak buat kerja amal nak pi bagi sendiri kepada keluarga susah yang memerlukan. Saya juga mula perasan kebelakangan ini ramai yang dok mai habag kata depa prefer join NGO berbanding dengan aktiviti yang serupa yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan parti politik tak kira parti mana, tak pasti pula kenapa.
Sebab itu, bila pagi tu, waktu kat tol Juru on the way ke Selinsing, bila Chief kami, sdra Lukman telepon habag kata entah sapa pi habag kat YB, kejap tadi YB ada turun mai; saya minta jasa baik beliau minta tolong jangan libatkan YB dalam aktiviti ini, nanti ada kawan-kawan salah anggap pulak terutamanya jika YB berkenaan mai dari opponent party kepada parti yang depa sokong itu.
Susah juga sebenarnya nak handle NGO ini sementelah pulak bila ahli-ahlinya mai daripada tiga parti politik Melayu utama yang berbeda.
Berbalik kepada aktiviti amal yang dilakukan, semua sekali ada 13 buah keluarga yang disenarai pendekkan; brg-brg sumbangan yang dibawa oleh kawan-kawan disusun dan diagih-agihkan kepada 13 keluarga berkenaan.
13 keluarga ini punya laterbelakang kesusahan dan perlu bentuk bantuan yang berbeda. Salah seorangnya adalah saudara Riduan, seorang mualaf, cacat akibat kemalangan, pendapatan keluarga hanya mengharapkan isteri yang mencari rezeki dengan membuat kuih yang tak seberapa.
Untuk keluarga ini, ada sahabat yang bawa mai tong gas, dapur dan kuali besar untuk membantu si isteri menambahkan kapasiti pengeluaran cucur dan kuihnya; dalam apa yang disebut sebagai BAGI JORAN instead of BAGI IKAN. Mudah-mudahan, selepas ini keluarga ini mampu menggunakan "JORAN" ini untuk menambahkan pendapatan mereka secara berterusan.
Terima kasih kepada sapa-sapa yang susah-susah tolong usung mai tong gas dan dapoq tu. Insyaallah selagi tong gas itu tak rosak, selagi itulah kot saham pahala akan mengalir buat penyumbangnya ,mudah-mudahan.
Bercakap pasal saudara baru, sewaktu saya menghulurkan satu beg yang mengandungi Al-Quran, kain pelikat, sejadah, telekung dan kain batik sebagai persalinan sembahyang, bila saya kata sahabat yang kirimkan barangan itu pesan:
"Kita ini hamba Allah, dalam keadaan susah ka senang ka, bila kita ada masalah, jangan lupa berdoa kepada Allah, insyaallah DIA ada untuk mendengarnya"
Secara spontan saudara Riduan cakap: "Terima kasih banyak-banyak, saya memang selalu dok baca Quran ini, terima kasih sebab saya memang memerlukannya".
Rasa puas hati sungguh diri saya sebab dalam ramai-ramai, terpilih untuk menyampaikan sumbangan yang agak berbeda sifatnya ini. Moga kerja buat kami yang tak seberapa ini akan mampu meneruskan istiqamah sdra Riduan dengan dugaan hidup tatkala beliau memilih untuk jadikan Islam sebagai agamanya ini.
Senaskah Al-Quran dan peralatan Solat untuk sdra Riduan & IsteriSelain itu, rumah Ustaz Senan yang cacat tangan, bekerja kampong dan punyai anak OKU dengan rumah berlubang dinding, tanpa ada sebarang perabut hatta almari baju mahu pun rak pinggan mangkuk amat memberi kesan kepada mereka-mereka terutamanya yang tidak pernah mengikut aktiviti amal kami sebelum ini.
Tn Hj Fendi dan anak2 Wargakilang menyerahkan almari baju kpd Ust Senan (baju putih) Bersama-sama memasang rak pinggan untuk keluarga Ust Senan
Mewakili keluarga Ustaz Senan, kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kepada rakan-rakan yang bersusah payah bawa mai almari baju plastic rak pinggang mangkuk untuk keluarga ini. Dan, terima kasih juga lah kepada dua tiga orang rakan yang pernah mai visit rumah beliau sebelum ini, dan hari ini bawa mai kain tarpan untuk diletakkan di sebelah dinding yang berlubang sana sini itu, dengan harapan terpeliharalah sedikit PRIVACY ustaz Senan suami isteri di malam hari.
Siapa-siapa yang pernah duduk di rumah kayu macam ini, duduk di kampong depa pahamlah apa yang kita maksudkan – ada orang suka kerja "mata-mata gelap" di waktu malam. Moga usaha ikhlas menutup aib mereka suami isteri ini akan dibalas Allah dengan terpeliharanya juga aib sang pemberi, mudah-mudahan.
Bagi saya pula, secara peribadi, dalam banyak-banyak keluarga yang kami kunjungi itu, hati saya terlebih rasa simpati dan naik kesian dengan sebuah keluarga ibu tunggal anak-7, kira-kira 2 jam perjalanan dari Selinsing, nun jauh di Gerik sana.
Ayah yang disayangi tiba-tiba pergi mengejut menyambut panggilan Illahi, mati dihempap pokok balak beberapa hari yang lalu. Waktu kami ke sana, walau pun anak-anaknya ini cuba memberi senyuman kepada kami, tapi jelas dapat kami rasakan gelombang duka dan warna kematian masih segar berlegar di mana-mana. Si Ayah mati, waktu tengah dok bergadai nyawa mencari rezeki untuk 7 orang anak-anaknya ini.
Sebenarnya, ini adalah antara realiti hidup untuk rakyat marhain yang tinggal di kawasan pedalaman ini; bergadai nyawa demi kelansungan hidup anak dan isteri.
ARWAH bersama anak bongsunya, adik MAHIRA seminggu sebelum maut Bagi saya yang dibesarkan di kampong, dalam daerah Baling bersempadan dengan daerah Gerik Perak ini, cerita orang mati kena hempap balak ini bukanlah suatu yang baru. Waktu saya sekolah rendah dulu, masih samar-samar dalam ingatan, arwah ayah bercerita kisah org kg saya nama TOK DIN mati kena hempas balak, cerita yang hampir serupa.
Tak sangka pulak, hampir 40 tahun selepas itu, masih ada lagi orang mati kerana pokok balak; seolah-olahnya putaran hidup di kawasan pedalaman seperti di Baling dan Gerik ini terus-terusan berada dalam kitaran yang sama, entah lah.
Sembang pasal mati dihempap balik, waktu sembang dengan kawan-kawan wargakilang, saya habag kata tengoklah punya teruk depa bergadai nyawa pi kerja untuk cari rezeki anak bini, sampai mati kena hempas balak macam itu. Kita yang kerja kilang ini, teruk tara pun, silap tara mana pun, kena maki hamun dengan boss macam mana sekali pun, paling kuat pun effect RANKING waktu review gaji tahunan saja, tapi tak adalah sampai nak kena hukum bunuh atau mati kena hempap balak macam itu sekali.
Sudahlah itu, kat tempat kerja kita ini macam-macam SAFETY procedure dok ada, ISO la OSHAS la, DOSH la dan lain-lain lagi. So, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Bayu Allahyarham, Kak Sharifah bersama 5 orang drpd 7 org anak-anaknya. Sepanjang perjalanan pulang, wajah anak-anak Kak Sharifah ini terbayang-bayang di mata saya; hati saya berdetak: bagaimanakah agaknya Kak Sharifah tanpa apa-apa pendapatan ini nak membesarkan 7 orang anak-anaknya seorang diri, sedangkan saya suami isteri yang dua-dua bekerja ini pun terkial-kial nak membesarkan 9 orang anak-anak kami yang sedang membesar ini. Entahlah, kata orang alim kematian dan kehidupan ini adalah dugaan hidup semata, hari ini jadi kepada keluarga beliau, esok lusa boleh jadi kepada keluarga saya pula. Saya termenung panjang bila teringatkan bab ini, seolah-olah ada suara berbisik berkata:
"Munir, hari ini hari dia, esok lusa mungkin giliran hang pula. Cuba hang bayangkan macam mana kalau anak-anak hang yang duduk kat tempat anak-anak dia?"
Sesungguhnya, to be very very frank, saya tak dapat bayangkan bagaimana andainya 9 orang anak-anak saya ini terkapai-kapai tanpa ada seorang insan yang bergelar ayah di sisi.
Tanpa sedar, perjalanan masuk kampong kami kali ini telah menjadi satu TAZKIRAH yang teristimewa buat diri saya. Sengaja saya catatkan di sini untuk iktibar bersama; mudah-mudahan ada pengajaran buat kita semua.
Wallah hu aklam.
2.5.11
No comments:
Post a Comment