Wanita bertudung kerana tuntutan agama atau ikut fesyen?
Assalamualaikum warahmatullah,
Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib ditutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya. Sedar akan tuntutan tersebut, semakin ramai muslimah menutup aurat mereka dengan bertudung. Tidak kiralah bertudung moden yang berfesyen, golongan hawa baik anak kecill mahupun sudah dewasa sudah mula bertudung.
Perkembangan ini juga telah membuahkan idea kepada mereka yang yang bergiat dalam industri fesyen untuk mencipta gaya tudung terkini. Selak sahaja majalah fesyen hari ini, pasti anda akan melihat aneka gaya tudung yang cantik dan menarik.
Untuk menarik wanita membeli dan menggayakan tudung yang dijual, setiap tudung mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada rekaan tudung yang menggunakan fabrik terang, dihias pula dengan kerongsang yang menarik, disimpul dan sebagainya.
Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Boleh dikatakan, rekaan kesemuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakai tudung.
Justeru, Laman-Seri kali ini ingin mengupas adalah perkembangan fesyen tudung yang menarik ini menjadi punca wanita mengenakan tudung atau adalah mereka benar mahu menurut syariat agama.
Bertudung tapi tidak menutup aurat
Menurut Ustaz Haji Haslin Baharim, yang juga seorang penceramah bebas, bertudung pada asalnya adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini agak mengecewakan bila pada masa yang sama, mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sudah tidak ada.
Sebaliknya wanita bertudung kerana ingin mengikut fesyen. Malah kita boleh nampak ada antara wanita muslimah yang memakai tudung tetapi masih nampak telinga. Sudahlah begitu, ada pula subang untuk nampak lebih bergaya. Bukan itu sahaja, tudung pula sudah semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai tudung yang betul? Sudah tentu tidak!
Menurut Ustaz Haslin lagi, wanita perlu sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan kerana mengikut aliran fesyen tetapi untuk memenuhi tuntutan syariat. Sepatutnya setiap perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan pada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas alasan dan niat untuk mengambil hati orang lain dan bukannya kerana Allah SWT, sudah pasti mereka tidak mendapat keberkatan menjalankan suruhan Allah.
Jadikan pemakaian tudung itu sebagai fesyen pakaian Islam, jangan jadikan ia sebagai fesyen disebabkan orang lain pakai, kita pun tidak mahu ketinggalan. Jika mengenakan tudung, pastikan ciri-ciri menutup aurat seperti tidak menampakkan telinga, leher dan menutup paras dada.
"Apabila industri fesyen berkembang dengan memperkenalkan pelbagai tudung baru yang menarik, perkara ini sebenarnya tidak boleh dianggap negatif semata-mata. Memang sekarang ini banyak fesyen tudung krana mereka yang bergiat dalam industri fesyen sudah pasti tahu mencari untung dengan menjual barang yang menjadi kesukaan ramai. Saya berterima kasih dengan industri fesyen kerana memperkenalkan tudung sebagai salah satu cara untuk bergaya."
"Penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung itu sebenarnya amat baik. Tidak kiralah apa cara mereka lakukan, niat sebenar mereka adalah untuk menarik minat wanita untuk bertudung. Jika ada wanita yang bertudung kerana fesyen itu meranrik, maka tidak salah mereka mula mengambil keputusan untuk bertudung. Mungkin daripada mengikut-ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah sepenuhnya."
"Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah melakukan kebaikan kerana telah menarik minat wanita yang tidak bertudung akhirnya menutup aurat seperti yang digalakkan dalam Islam," demikian ulasnya.
--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment