Friday, May 27, 2011

RG2011... (kalo Rajin) Gua Ade benda Nk crita Ni

 

Gua dilahirkan pada tahun 1993. Nombor surat beranak pulak, NAJ9463. Oh, lupa pulak nak perkenalkan diri. Nama guaRG Sports 110. Gua lahir daripada keluarga Suzuki dari Jepun. Jauh wo gua datang, dari Jepun kut. Zaman kelahiran gua, gua lah motor kapcai 110cc pertama dengan sistem suspensi monoshock. Ala, absorber belakang satu kat tengah. Kebanyakan rakan-rakan sebaya gua ketika itu, guna suspensi yang ada dua absorber tu. Gua tak pasti pulak panggil apa. Dualshock la kut, ada dua. Ntah, gua tak ingat la pulak. Tapi apa-apa pun, gua bangga dengan spesifikasi yang ada kat gua. Selain daripada itu, ceh, ayat skema lak gua, gua juga mempunyai sistem transmisi 5 kelajuan. Masa tu motor lain 4 je gear diorang. Lagi la gua bangga. 

Apa pun, tu semua zaman lama-lama. Zaman motor two stroke merajai jalan-jalan, zaman cubprix masih lagi dikuasai jentera-jentera two stroke, zaman di mana tak ada lagi terma mat rempit. Yang ada cuma terma mat motor. Sekarang ni giliran motor 4 stroke pulak merajai jalanan. LC135, Lagenda, Wave, Kriss, berlambak-lambak kat jalan. Tapi apa gua kisah. Yang penting gua boleh berkhidmat untuk En.Khaerlan sekeluarga, tu pun dah cukup baik bagi gua.

Nak cerita sikit sejarah gua berkhidmat dengan tuan gua sekeluarga. Mula-mula keluar kedai dulu gua pakai baju kaler hitam. Masa tu, gua memang menjadi tunggangan seharian. Pergi kebun sawit, bawak balik kampung kat LBJ, sehinggalah ke kedai sekalipun. Ada seketika, tuan gua kerja buat rumah, untuk tambah pendapatan, kat rumah arwah abang dia yang terletak kat Felda Pasoh 1. Gua jugaklah yang bawak dia. Masa tu, anak sulung tuan gua yang bernama Shafiq pun ada sekali. Umur dia 5 tahun masa tu. Memang akrab jugak perhubungan dua beranak ni. Bersama je naik motor. Lagi satu yang gua tak boleh lupa, tiap-tiap petang lepas habis kerja, dalam pukul 6.45 macam tu, dia jemput isteri dia, Pn.Niti yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Bandar Seri Jempol. Jalan jauh la jugak, dalam 20 minit untuk sampai ke rumah. Kalau tak sempat Pn.Niti naik bas je. Yelah, masa tu zaman susah. Kereta pun tak ada lagi. Jadi gua pun menanam azam untuk berbakti sepenuh jiwa raga untuk tuan gua.

Selepas Shafiq masuk tadika, tuan gua dah tak kerja luar lagi. Dia bukak bengkel, dan kerja kat Serting je. Isteri beliau pulak dah pindah sekolah kat Serting Hilir pulak. Kereta pun dah ada. So gua dah jarang la di bawak keluar dari Serting. Masa ni, anak-anak tuan gua kebanyakannya dah start sekolah, jadi memang tugas gua la hantar diorang ke sekolah. 

Macam-macam dah gua hadapi sepanjang berkhidmat dengan keluarga tuan gua ni. Bila anak-anak diorang dah besar, anak-anak diorang pulak yang guna. Tapi kebiasaannya, memang Pn.Niti je yang guna untuk ke sekolah. Masa ni, gua ada la terlibat dalam beberapa kemalangan. Biasalah, budak-budak baru nak belajar bawak motor, mata ke lain, lepas tu berlanggar. Tapi takde la gua cedera parah sangat. Setakat coverset pecah sikit je, brake lever patah, footrest senget sikit. Gua still masih boleh di gunakan, walaupun baju hitam gua dah makin lusuh. 

Gua ada dengar jugak si Shafiq cakap-cakap dengan Iqbal, anak tuan gua yang ke dua pasal coverset baru. Berharap sangat gua dapat baju baru. Bila tengok motor-motor baru, gua rasa macam gua ni dah tua sangat. Gua rasa motor-motor lain pun mesti pandang serong kat gua. Dah la lampu tak ada, malam-malam kalau nak keluar, tuan gua guna torchlight je. Gua sedih gak, nampak macam dah uzur sangat je gua ni, padahal jantung gua kuat je lagi.

Tapi masa cuti pertengahan semester bulan 3 tahun 2010, gua telah dikurniakan dengan baju baru, warna biru. Berkilat-kilat lagi. Frame pun bercat, fork depan baru, lampu baru, disk brake depan baru. Gua rasa macam dilahirkan semula. Bab enjin, tak payah cakap la, kalau tak di usik macam-macam, memang tahan. Memang diakui ramai, barangan keluarga gua terbukti tahan lasak, terutama enjinnya. Sekarang malam-malam gua dah boleh digunakan dengan selamat. Barulah gua boleh bawak Shafiq keluar gi jumpa member-member di waktu malam setiap kali dia balik bercuti.Dan gua harap gua dapat berbakti kepada keluarga En.Khaerlan selama mana yang gua mampu.

Baju baru gua.


Ha, bukan gua je motor kat rumah ni, meh gua kenalkan jugak dua lagi member gua. Yang ni Piaggio Vespa 150. Baru lagi tuan gua beli, dia dah modified body dengan cat baru, nampak macam baru jugak la dia ni. Jauh dah dia ni jalan, haritu tuan gua bawak pergi Terengganu, ikut konvoi. Gua pun tak pernah jalan jauh macam tu. Memang otai la dia ni. Gua salute habislah.


Ni pulak, Yamaha WR200. Beliau ni dari keturunan motocross. Power dia ni, 200cc two stroke. Tapi sayangnya, dia tak ada surat beranak. Tapi dia ni memang banyak habiskan masa offroad je. Bawak masuk kebun memang best la. Tapi selalu jugak dilenjan dek Shafiq dengan Iqbal. Memang laju, tapi banyak kerenah sikit dia ni. Perlukan penjagaan rapi. Apa pun, gua salute la sebab dia nampak gagah dan tinggi.


Ha, tu la sikit story gua nak share kat korang semua. Terima kasih kat Shafiq a.k.a AcanCapik sebab bagi peluang kat gua untuk menceritakan pengalaman gua sepanjang gua berkhidmat dalam blog dia ni.


--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment