Monday, May 23, 2011

RG2011... Kami tidak mahu berpisah

 

HULU LANGAT - Semua 28 mangsa yang terselamat dalam tragedi runtuhan tanah di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tidak sanggup untuk berpisah walaupun mereka kehilangan 14 teman belajar dan dua guru.

Hal ini terjadi kerana kebanyak­an penghuni sudah menetap di sini seawal 7 tahun sehingga melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Ikatan terjalin di sini amat erat seperti sebuah keluarga dan ini menjadi batu halangan untuk mereka berpisah.

Demikian luahan Ketua Pentadbiran dan Pembangunannya, Mohd Noor Ismail ketika diminta mengulas nasib bakal dihadapi kanak-kanak ini.

Katanya, mereka bukan sekadar tinggal di bawah satu bumbung malah makan, minum, bersukan dan belajar di sekolah yang sama iaitu di Sekolah Rendah Dusun Tua serta Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil di sini.

"Sebab itu kita boleh lihat mereka tetap bersama-sama di sini walaupun menyedari 14 rakan mereka pergi menghadap Ilahi.

"Biarpun kelihatan tenang, tetapi hakikatnya mereka masih trauma dengan kejadian itu. Masih ada yang teringat-ingat peristiwa yang berlaku dalam tempoh beberapa saat itu," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak ini juga meminta pengurusan agar tidak memisahkan mereka atau menutup terus madrasah ini.

Katanya mengulas lanjut, sejak didirikan pada tahun 1997 dan didaftarkan di bawah Pertubuhan Anak Yatim Malaysia pada tahun 2002, lebih 100 pelajar menjadi penghuni di sini.

Mohd Noor berkata, buat masa ini, tiada sebarang perancangan untuk menutup rumah anak yatim malah pihaknya meminta Kerajaan agar dapat menimbangkan permohonan untuk meluluskan pembinaan madrasah baru tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Lokasi dan suasana di sini amat bersesuaian untuk proses pembelajaran dan pengajaran terhadap pelajar.

"Malah sekiranya keadaan mengizinkan, kita mungkin menambah pelajar iaitu 100 orang pada satu-satu masa," katanya

 
 

Rock sokmo.. (jom join wa kat mahligai@yahoogroups.com)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment