Tuesday, May 10, 2011

RG2011... Pertemuan dua jam MB-UMNO jelaskan pelbagai kekeliruan

 

Pertemuan dua jam MB-UMNO jelaskan pelbagai kekeliruan
Posted on Monday, May 09 @ 18:11:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Artikel Oleh SARINA ISMAIL

http://www.wartakedah.net/images/rayuan.jpg ALOR SETAR, 9 Mei 2011 – Sikap terbuka Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak membuahkan hasil yang baik apabila wakil Badan Perhubungan UMNO Kedah melalui Pengerusi Biro Pendidikan, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir hadir di pejabatnya untuk menyerahkan rayuan pengekalan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Kerajaan negeri akan menimbang semula rayuan itu tapi kita minta ia dibuat terus oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana kementerian itu bertanggungjawab mentadbir UUM secara langsung," kata Azizan.

Tambahnya lagi, walaupun kerajaan negeri menerima kekangan dari kerajaan pusat namun perkara-perkara yang melibatkan pendidikan adalah menjadi keperluan dan sebahagian agenda kerajaan negeri.

"Saya memang menerima surat dari pihak UUM mengenai rayuan berkenaan tetapi buat masa sekarang kita belum mendapat sokongan dari Pejabat Tanah dan Galian. Mereka memikirkan pengurangan tersebut akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta.

"Walau bagaimana pun mereka bersetuju membawa perkara tersebut ke peringkat kerajaan negeri untuk dibincangkan," tegasnya lagi.

Pertemuan wakil Perhubungan UMNO Kedah bersamanya juga turut menceritakan agenda-agenda kerajaan negeri yang dilaksanakan untuk kebaikan rakyat Kedah. Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam dalam suasana penuh kemesraan itu memperlihatkan sikap terbukanya untuk kebaikan rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik.

Dengan penjelasan dari beliau sendiri, secara tidak langsung menolak dakwaan dan spekulasi liar tidak berasas yang dibangkitkan mengenai isu tersebut.

Selesai perbincangan Menteri Besar dan rombongan dari Badan Perhubungan UMNO Kedah itu sama-sama menikmati makan tengahari di pejabat Menteri Besar.

 


 

http://www.wartakedah.net/images/rayuan.jpg

 

 

 

http://www.wartakedah.net/images/rayuan 0.jpg

 

 http://www.wartakedah.net



--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment