Thursday, August 4, 2011

Re: RG2011... Deri Dioh : Episod 14 ( Cerpen Bahasa Pahang ) - Translated he he

 

DERI DIOH
Episoid 14

Baghu je mok letok besen ataih tanoh baih dah sampae. Deghaih mok nahan tangan. Ander empait lima oghang lain yang nunggu skali. Beghenti je baih mok angkit besen letok dekat deghaebo. Mok pegang tangan Dioh bawok ke belakang. Tempat duduk nomboi dua daghi belakang kosong. Mok sughuh Dioh duduk. Mok duduk sebeloh. Mok kesait peloh pade muka Dioh. Lepaih te muka mok pulok. Ander tige mpait oghang bedighi. Dioh jengok ke depan. Nampok dek Dioh ander ghage ghotan. Ander bunyi soghe ayang. Nok juwei de pekan saghi Temeghloh jugek agoknya. Dioh becakak soghang2 dalang ati. Dioh maling keluo tingkak. Betih Dioh begegor ngikut gegor baih. Ander bau minyok. Dioh ngaeler napaih kuat2. Lagi kuat bau minyok. Bunyi enjin baih mbingit. Kuat sangat. Ket ati Dioh lagi kuat besoghok. Baih dah mule begehok. (bersambung)
 
Tidak lama selepas Mak meletakkan besen diatas tanah, bas pun sampai. Segera Mak menahan bas dengan tangannya. Ada empat atau lima orang turut menunggu bas. Sebaik bas berhenti Mak mengangkat besen dan meletakkannya berhampiran Pemandu bas. Mak memegang tangan Dioh dan berlalu kedalam bahagian belakang bas. Ada kekosongan tempat duduk nombor dua dari belakang. Mak menyuruh Dioh duduk , sementara Mak duduk disebelah Dioh [ Diah]. Mak mengesat peluh dimuka Diah dan kemudian mengesat mukanya pula. Ada tiga empat orang yang berdiri. Diah melihat kedepan dan dia melihat ada raga rotan. Kedengaran suara ayam. " Nak dijual diPekan Sehari, Temerloh juga agaknya" bisik Diah dalam hatinya.
 
Diah melihat keluar tingkap bas. Betis Diah bergegar mengikut gegaran bas. Ada bau minyak, Diah menarik nafas panjang. Tambah kuat bau minyak, bunyi enjin bas kian kuat. Kuat sangat. Dihati Diah tambah kuat bersungut. Bas mula bergerak.
 
Kah kah kah....Translatir tak bergaji....



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment