Sunday, August 21, 2011

Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?

 

ini la mesaalah org melayu yg serupa gila talak...claim sebagai tuan tanah..tapi tanah dah habis dijual dan digadai..masih nak claim melayu punya...claim macam hebat sangat islamnya..tapi pengertian islam jarang2 mahu difahami..tak tersasar kalau dikatakan bangsa yang bodoh sombong..pandai tak bolih diikut,bodoh tak bolih diajar.


--- On Sun, 8/21/11, zamriN <zamrinawi@yahoo.com> wrote:

From: zamriN <zamrinawi@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
To: "Respeks Groups" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Sunday, August 21, 2011, 5:37 PM

 

As salam Azuadi Darus, jagan la dok menulis ikut perasaan aje.. Hang tak gi surau ke? Cuba tanya pak iman ke tuan guru surau dekat kawasan awak tu, apa komen mrk. Barulah boleh bawa / tulis dlm group ini.

Awak menulis ni mcam awak sahaja yang ada agama, respek sikit beb. Tak kan nak tunjuk kita ni lebih samseng. Jangan lupa Allah lagi "samseng" dari kita semua.

Allah jadikan berbagai bangsa, ingat Allah jadiakan sia- sia aje ke?

Tulis macam anak angkat senjata nampak.
!


Sent via phone BlackBlue®


From: Azuadi Darus <ppkp_azuadi@yahoo.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sun, 21 Aug 2011 08:42:51 +0800 (SGT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?

 

kalau dah bunyi azan mengganggu telinga org kafirrr..... bau colok takde ke ganggu kita yg berugama islam. asap dia menyucuk idung ooo, mau resdung lg parah!!!!! buat apa nak bincang2 panjang lebar pasal benda ni, banyak berckp banyak la lagi korang bagi info ngan musuh2 islam. bg yg ada kuasa kat PP tu toksah la dok ambik action benda2 yg menyentuh sensitiviti kaum majoriti "TUAN TANAH", terutama yg berkaitan agama resmi, ada kita komplen pasai agama lain???? jadi depa pun jgn dok tunjuk samseng laa....




From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 20 August 2011 18:47:31
Subject: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?

 

Salam....

Yang abi paham dan pernah belajar azan dua kali pada waktu subuh adalah... azan pertama lebih kurang sejam sebelum masuk waktu zohor manakala azan kedua adalah... azan masuk waktu. Azan pertama bagi membangunkan umat Islam. takde plak terbaca di zaman nabi ada baca Quran @ tahrim sebelum subuh... Wallahu a"lam...


From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Date: Fri Aug 19, 2011 9:53 pm
Subject: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
kartina.idris@gmail.com
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership

Yang rasulullah larang tu bila orang dah ada dalam masjid beribadah, kita tak boleh baca quran kuat2 kerana mengganggu. Yang p.pinang larang tu orang tengah sedap tidur. Kat masjid tak ada orang lagi. Jangan cakap nak implement seluruh quran. Nak baca kuat pun dah tak boleh. Orang utara kata Piiiiiiiraaaaaahhhhh.

2011/8/17 Judge <hairulndt@gmail.com>
 

Adakah negara Islam dalam konsep yg kecil sahaja.....10-15 minit bacaan Quran, kenapa tak ambil seluruh Quran dan implement...
kita masih lagi terkongkong dgn Islam setakat bacaan sahaja.....tanpa faham makna dan pelaksanaan...
 
RasulAllah pernah tegur kerana ada ahli masjid yg baca Quran dengan kuat ....adakah RasulAllah tentang Islam?

2011/8/16 Herry Potter <wiraab@yahoo.com.my>
 

maaf tumpang mencelah..pada saya la, apa guna jadi negara agama rasminy-adalah Islam... kalau stakt dgr ayat-ayat suci 10 15 minit pun kena komplen... aduhhhh....   
 
Best Regards
-Pokciks-


From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>
Sent: Monday, 15 August 2011 11:34 PM
Subject: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?

 
bagaimana dgn bacaan ketika sembahyang? contoh sembahyang terawikh? adakah nanti akan lenyap dari pendengara umat Islam jika hanya azan sahaja diutamakan? Bagaimana pula dgn perayaan kaum2 lain? contohnya kaum cina? dengan wayang cina 2 3 hari tak habis2? adakah mereka tidak menggunakan pembesar suara? adakah larangan juga dikenakan terhadap mereka? Yang pasti sayang sekali kerana kita tidak menggunakan kelebihan kita sendiri kerana kita sendiri yang tidak mahukannya...

2011/8/15 nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>

Isu Pembesar Suara


Isunya adalah tentang bacaan-bacaan - selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai, yang kononnya telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Objektif penulisnya barangkali ialah untuk menjaga hati orang bukan Islam dan agar agama Islam tidak dipandang serong oleh mereka. Namun huraian, penghujahan dan konklusi yang diketengahkan olehnya memerlukan kepada sedikit penilaian semula. Alat pembesar suara sudah tentu tidak wujud pada zaman Nabi SAW, namun apa yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita ialah hukum mengangkat dan merendahkan suara, yang akan dibincangkan dalam artikel ini.


Antara 'penyakit' sesetengah ahli ilmu ialah terburu-buru dalam mengeluarkan hukum atau fatwa tanpa melihat terlebih dahulu dengan teliti dan mendalam terhadap masalah yang dibahaskan. Hanya mengguna pakai sebuah dalil sahaja tanpa melihat dalil-dalil yang lain atau meninggalkan dalil-dalil yang lain, maka terus diputuskan hukum atau fatwa darinya. Kebelakangan, perkara sebegini semakin kerap berlaku baik di kaca tv, radio, akhbar, internet, masjid, dan lain-lain.


Dalil-Dalil Larangan dan Ulasannya


Saya tidak akan mengupas atau mengulas satu persatu isi kandungan artikel tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang panjang. Apa yang akan kita bincangkan di sini ialah dari sudut pendalilan yang diguna pakai iaitu tentang kadar suara dalam melaksanakan ibadah, seumpama solat, membaca al-Quran, zikir, doa, azan dan sebagainya.


Antara hujah yang dibangkitkan oleh mereka yang melarang dari mengangkat suara dalam beribadah ialah hadis sahih riwayat Abu Dawud dalam Sunannya (no. 1135):


Quote
Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÇáÎÏÑí ÞóÇáó: ÇÚúÊóßóÝó ÑóÓõæáõ Çááóøåö Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó Ýöí ÇáúãóÓúÌöÏö ÝóÓóãöÚóåõãú íóÌúåóÑõæäó ÈöÇáúÞöÑóÇÁóÉö ÝóßóÔóÝó ÇáÓöøÊúÑó æóÞóÇáó: ÃóáóÇ Åöäóø ßõáóøßõãú ãõäóÇÌò ÑóÈóøåõ ÝóáóÇ íõÄúÐöíóäóø ÈóÚúÖõßõãú ÈóÚúÖðÇ æóáóÇ íóÑúÝóÚú ÈóÚúÖõßõãú Úóáóì ÈóÚúÖò Ýöí ÇáúÞöÑóÇÁóÉö Ãóæú ÞóÇáó: Ýöí ÇáÕóøáóÇÉö. æÝí ãÓäÏ ÃÍãÏ (ÑÞã 11461) æãÕäÝ ÚÈÏ ÇáÑÒÇÞ (ÑÞã 4216): æóåõæó Ýöí ÞõÈóøÉò áóåõ ÝóßóÔóÝó ÇáÓõøÊõæÑó.

Terjemahan:

Dari Abu Sa'id al-Khudri katanya: "Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahui sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". Dalam riwayat Musnad Ahmad dan Musannaf 'Abd al-Razzaq ditambah: "Sedangkan ketika itu baginda berada di qubbah (tempat ibadah) baginda, lalu baginda pun menyingkap tirai-tirai...".



Hadis ini perlu diteliti dari pelbagai aspek. Selain tekstual hadis perlu juga dilihat dari sudut kontekstual hadis. Perlu juga ditinjau dengan membuat komparatif dengan nas-nas lain, serta situasi 'urf. Demikian kaedah yang perlu dipraktikkan bagi mengeluarkan sebuah hukum atau fatwa, tidak semata-mata berpegang kepada sebuah teks yang terhad. Adakalanya teks yang terhad hanya mampu menghasilkan pedoman dan panduan semata-mata, tetapi belum dapat membentuk sebuah hukum yang releven dan fatwa yang autentik.


Tanda-tanda pada zahir hadis tersebut seperti sedang beriktikaf, bermunajat, dan kadar suara yang mengganggu menunjukkan bahawa situasi pada masa itu ialah waktu malam yang bersuasana sunyi dan hening. Penulis berpendapat, agak jauh untuk dikatakan hadis tersebut diucapkan pada waktu siang kerana suasananya agak berlainan dan kadar suara biasanya tidak begitu mengganggu. Siang adalah masa berkerja dan malam adalah masa beristirehat, maka amat sesuailah pada masa itu dielakkan sebarang gangguan dan amat tepatlah teguran Nabi SAW kepada para sahabatnya itu. Justeru menggunakan hadis ini bagi mengeluarkan hukum umum tanpa ada sebarang pengecualian atau perbezaan perlulah diteliti semula.


Realiti yang berlaku pasa masa kini, penggunaan pembesar suara biasanya selesai pada atau selepas waktu isyak, atau lebih sedikit jika ada penceramah yang melanjutkan celotehnya, dan bermula semula pada waktu pagi sebelum atau pada waktu fajar. Justeru, tidak berlaku sebarang gangguan pembesar suara antara waktu isyak sehingga subuh. Bagaimana situasi sedemikian dapat dikiaskan dengan hadis di atas yang barangkali ditujukan pada waktu dua pertiga malam, atau separuh malam ataupun sepertiga malam.


Manakala hadis yang berbunyi:

Quote
Úä ÃóÈöí ãõæÓì ÇáÃóÔúÚóÑöíöø ÑÖí Çááå Úäå¡ ÞóÇáó: áóãóøÇ ÛóÒóÇ ÑóÓõæáõ Çááåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÎóíúÈóÑó¡ Ãóæú ÞóÇáó: áóãóøÇ ÊóæóÌóøåó ÑóÓõæáõ Çááåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ ÃóÔúÑóÝó ÇáäóøÇÓõ Úóáóì æóÇÏò ÝóÑóÝóÚõæÇ ÃóÕúæóÇÊóåõãú ÈöÇáÊóøßúÈöíÑö: Çááåõ ÃóßúÈóÑõ Çááåõ ÃóßúÈóÑõ áÇó Åöáå ÅöáÇóø Çááåõ ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã: ÇÑúÈóÚõæÇ Úóáóì ÃóäúÝõÓößõãú Åöäóøßõãú áÇó ÊóÏúÚõæäó ÃóÕóãóø æóáÇó ÛóÇÆöÈðÇ Åöäóøßõãú ÊóÏúÚõæäó ÓóãöíÚðÇ ÞóÑöíÈðÇ¡ æóåõæó ãóÚóßõãú... (ÃÎÑÌå ÇáÈÎÇÑí æãÓáã)

Terjemahan:
Dari Abu Musa al-Asy'ari RA katanya: Ketika Rasulullah SAW memerangi Khaybar, atau katanya: Ketika Rasulullah SAW menuju kepadanya, orang-orang telah melihat sebuah wadi, lalu mereka mengangkat suara mereka bertakbir; Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha illa Allah… Maka sabda Rasulullah SAW: Kasihanilah diri kamu sekalian, sesungguhnya kamu tidak menyeru yang tuli mahupun yang ghaib, sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu sekalian...".



Zahir hadis ini menunjukkan bahawa teguran tersebut adalah disebabkan kadar suara yang berlebih-lebihan dan melampaui had dalam mengeras dan meninggikannya. Nabi SAW sentiasa membimbing umatnya kepada sikap bersederhana, maka amat wajar baginda memberi teguran tersebut.


Kata Imam al-Nawawi:
Quote
Maknanya ialah kasihanilah diri kamu dan rendahkanlah suara kamu. Perbuatan mengangkat suara biasanya dilakukan orang kerana jauhnya orang yang diajak bicara agar ia mendengarnya, sedangkan kamu menyeru Allah Taala dan Dia bukanlah pekak mahupun ghaib, bahkan Dia Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu dengan ilmu dan liputan pengetahuan-Nya. Maka pada hadis ini terdapat galakan agar merendahkan suara ketika berzikir jika keperluan tidak mendesak untuk mengangkatnya. Sekiranya suara direndahkan, itu lebih beradab dalam memuliakan dan mengagungkan-Nya. Manakala jika keperluan perlu untuk mengangkatnya, barulah diangkat sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis (seperti talbiah dan sebagainya).



Dalam hadis yang lain:

Quote
Úä ÚÞÈÉ Èä ÚÇãÑ¡ ÞÇá: ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã: ((ÇáÌÇåÑ ÈÇáÞÑÂä ßÇáÌÇåÑ ÈÇáÕÏÞÉ. æÇáãÓÑ ÈÇáÞÑÂä ßÇáãÓÑ ÈÇáÕÏÞÉ)). ÑæÇå ÇáÊÑãÐí¡ æÃÈæÏÇæÏ¡ æÇáäÓÇÆí. æÞÇá ÇáÊÑãÐí: åÐÇ ÍÏíË ÍÓä ÛÑíÈ.

Terjemahan:

Dari 'Uqbah bin 'Amir katanya: Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang membaca kuat dengan al-Quran seperti orang yang berterang-terangan dalam bersedekah. Dan orang yang membaca perlahan dengan al-Quran pula seperti orang yang bersembunyi-sembunyi dalam bersedekah".



Makna hadis ini menunjukkan kepada keutamaan (keafdalan) dalam membaca al-Quran dan bukannya menunjukkan kepada larangan meninggikan suara. Sedangkan Nabi SAW pernah memerintahkan Abu Bakar al-Siddiq RA agar meninggikan suara:


Quote
Úä ÃÈí ÞÊÇÏÉ - ÑÖí Çááå Úäå - Ãä ÇáäÈíóø -Õáì Çááå Úáíå æÓáã- ÞÇá áÃÈí ÈßÑ : «ãÑÑÊõ Èß æÃäÊ ÊÞÑÃõ¡ æÃäÊ ÊÎÝÖ ãä ÕæÊß¿» ÝÞÇá : Åäí ÃÓãÚÊõ ãä äÇÌíÊõ ¡ ÞÇá : ÇÑúÝÚú ÞáíáÇ ¡ æÞÇá áÚãÑ : ãÑÑÊ Èß æÃäÊ ÊÞÑÃõ ¡ æÃäÊ ÊÑÝÚ ãä ÕæÊß¿ ÞÇá : «Åäí ÃõæÞöÙõ ÇáæóÓäÇä ¡ æÃØÑÏõ ÇáÔíØÇä¡ ÞÇá : ÇÎÝöÖ ÞáíáÇ». æÝí ÑæÇíÉ: «íÇ ÃÈÇ ÈßÑ ¡ ÇÑúÝÚ ãä ÕæÊß ÔíÆÇ ¡ æÞÇá áÚãÑ : ÇÎÝöÖú ãä ÕæÊß ÔíÆÇ». ÑæÇå ÇáÊÑãÐí æÃÈæ ÏÇæÏ ÈÅÓäÇÏ ÕÍíÍ.

Terjemahan:

Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu). Dan baginda juga bersabda kepada 'Umar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu). Dalam riwayat lain: "Wahai Abu Bakar, angkatlah suaramu sedikit, dan baginda bersabda kepada 'Umar: Rendahkanlah suaramu sedikit".



Di sini, Nabi SAW menyuruh mengangkat suara jika ianya terlalu perlahan atau tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, dan melarang mengangkatkan suara jika ianya melebihi had, atau kerana ia dapat menimbulkan sifat riyak dan ujub yang ditegah oleh syarak. Secara mafhumnya, baginda mengajarkan bahawa bersederhana itulah yang lebih utama.


Selain hadis Abu Bakar RA tersebut terdapat beberapa hadis lain yang membenarkan mengangkat suara seperti;

Quote
ÍÏíË ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑÖí Çááå Úäå¡ Ãóäóøåõ ßóÇäó íóÞõæáõ: ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã: áóãú íóÃúÐóäö Çááåõ áöÔóíúÁò ãóÇ ÃóÐöäó áöáäóøÈöíöø Ãóäú íóÊóÛóäóøì ÈöÇáúÞõÑóÂäö íóÌúåóÑõ Èöåö. (ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí æãÓáã æÛíÑåãÇ)

Terjemahan:

Dari Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: Allah tidak mengizinkan (meredhai) bagi sesuatu, apa yang telah diizinkan kepada Nabi agar berlagu dengan al-Quran, serta mengangkat suara dengannya".



Kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkenaan dalil-dalil yang zahirnya saling bercanggahan ini: Pengharmonian antara kedua-duanya ialah bahawa suara perlahan itu lebih jauh dari sifat riyak, dan ianya adalah afdal bagi orang yang takutkan demikian. Jika tidak takut riyak pula, maka suara kuat itu lebih afdal dengan syarat tidak menyakiti orang lain seperti orang yang bersolat, tidur dan sebagainya. Maksudnya suara perlahan itu lebih afdal jika takutkan riyak atau menyakiti orang yang bersolat atau tidur dengan suara kuatnya. Suara kuat pula afdal dalam hal yang selain itu kerana amalan tersebut lebih besar, dan manfaatnya dapat dikongsi oleh orang lain sama ada dengan mendengar (dan banyak dalil menunjukkan ianya sebagai ibadah), belajar, mengikut, insaf atau ianya sebagai syiar agama. Ia juga dapat mengetuk hati si-pembaca, menumpukan perhatiannya untuk berfikir dan memfokuskan pendengarannya sendiri. Ia juga dapat menghalang rasa mengantuk, menambah rasa cergas, membangunkan orang lain yang tidur dan lalai serta menyegarkannya. Maka bila hadir salah satu niat-niat ini, maka suara kuat itu adalah lebih afdal.


Ada diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus dari Ibn 'Umar secara marfu':
Quote
ÇáÓÑ ÃÝÖá ãä ÇáÚáÇäíÉ æÇáÚáÇäíÉ ÃÝÖá áãä ÃÑÇÏ ÇáÅÞÊÏÇÁ Èå

Terjemahan: "Cara sembunyi itu lebih afdal dari cara terang-terangan, dan cara terang-terangan pula lebih afdal bagi orang yang mahu agar dicontohi".



Maka kesimpulannya, tinggi atau rendah suara itu semua adalah bergantung kepada situasi, suasana, tuntutan dan juga keadaan. Selain perlu menitikberatkan kesederhanaan dalam semua aspek.


Sila rujuk dengan lebih lanjut tentang mengangkat suara dalam ibadah kepada kitab Sibahah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam 'Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H), tahkik Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dan kitab Natijah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam al-Suyuti (w. 911H). Namun menurut Syeikh Abu Ghuddah, kitab Imam al-Laknawi lebih detail dan lengkap perbahasannya.


Menangani Isu Sebenar


Isu sebenarnya bukan masalah penyalahgunaan pembesar suara, atau benarkan hanya azan sahaja di pembesar suara, tetapi adalah masalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau) terhadap situasi yang mereka duduki. Kita ada pelbagai situasi, ada masjid yang jauh dari kawasan perumahan dan ada yang dekat, malah sebahagiannya berhimpit-himpit dengan rumah orang atau kedai. Ada masjid yang berdekatan dengan pusat maksiat. Ada masjid yang berdekatan dengan hospital. Ada masjid yang berada di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Ada masjid bandar, dan ada masjid kampung. Ada masjid yang penduduk sekitarnya bersatu hati, dan ada masjid yang penduduk sekitarnya berbalah sesama sendiri. Suasana bandar yang sibuk pastinya berbeza dengan suasana kampung yang lebih tenang.


Peralatan pembesar suara juga perlu diambil kira. Ada pembesar suara yang mahal dan mengeluarkan suara yang enak dan merdu. Ada pembesar suara yang murah dan mengeluarkan suara yang 'serak' dan berdesing sekali-sekala. Begitu juga hal dengan tugas bilal, ada bilal yang bersuara merdu dan sedap didengar, dan ada bilal yang bersuara kurang lemak merdu. Ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan, dan ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir pada waktu tertentu sahaja sebelum azan seperti waktu subuh dan maghrib misalnya. Dan sebagainya lagi.


Bayangkan sekiranya masjid tersebut terletak di kawasan yang majoritinya bukan Islam, atau sangat berhampiran dengan hospital, dan alat pembesar suaranya pula sering 'terbatuk-batuk', dipasang pula alunan bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan dan bilalnya pula bersuara 'serak-serak basah'. Apakah agaknya reaksi dan pendapat anda, jika dibandingkan dengan masjid yang terletak di kampung yang penduduknya sekitarnya bersatu hati dan sudah biasa dengan alunan bacaan al-Quran atau zikir pada waktu sebelum subuh dan maghrib, manakala bilalnya pula bersuara lemak merdu. Apakah sama situasinya?


Bagaimana pula sekiranya masjid tersebut berhampiran dengan pusat maksiat yang pengunjungnya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Apakah tidak rugi jika semua ceramah-ceramah yang dijalankan di masjid itu hanya untuk orang di dalam masjid sahaja dan suara tidak keluar melebihi pintunya? Semuanya ini perlu diambil kira, bukannya mengeluarkan hukum secara pukul rata.


Iktibar Dengan Situasi


Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya dari Ghudhaif bin al-Harith, beliau pernah bertanya kepada 'A'isyah RA antaranya:


Quote
ÃóÑóÃóíúÊö ÑóÓõæáó Çááóøåö Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó ßóÇäó íóÌúåóÑõ ÈöÇáúÞõÑúÂäö Ãóãú íóÎúÝõÊõ Èöåö¿ ÞóÇáóÊú: ÑõÈóøãóÇ ÌóåóÑó Èöåö æóÑõÈóøãóÇ ÎóÝóÊó. ÞõáúÊõ Çááóøåõ ÃóßúÈóÑõ ÇáúÍóãúÏõ áöáóøåö ÇáóøÐöí ÌóÚóáó Ýöí ÇáúÃóãúÑö ÓóÚóÉð. ÑæÇå ÃÈæ ÏÇæÏ ÈÅÓäÇÏ ÕÍíÍ.

Terjemahan:

Adakah puan pernah melihat Rasulullah SAW mengangkat suara dengan al-Quran ataupun memperlahankannya? Jawab beliau: Adakalanya baginda mengangkat suara dengannya dan adakalanya baginda memperlahankannya. Aku berkata: Allahu akbar, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan.



Kata al-'Allamah Badr al-Din al-'Aini (w. 855H) mengulas hadis di atas:
Quote
Sabit pilihan bagi si-pembaca (al-Quran atau zikir) sama ada antara mengangkat suara dengannya dan juga memperlahankannya. Diperkatakan, mengangkat suara lebih afdal. Juga diperkatakan, memperlahankan suara lebih afdal. Namun yang benar ialah; ianya terikat menurut iktibar dari segi masa si-pembaca, kedudukannya dan juga situasinya. Maka hendaklah dipelihara mengangkat suara dan memperlahankan suara berdasarkan iktibar tersebut.



Kata-kata Ghudhaif bin al-Harith RA:
Quote
"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan",
wajar direnung dan diambil iktibar. Perbezaan 'urf dan situasi kerana peredaran zaman perlu juga diambil kira. Apa yang penting, bukan hukum menggunakan pembesar suara yang sudah menjadi 'urf pada masa kini, tetapi adalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau serta para pengunjung masjid/surau juga) terhadap situasi yang mereka duduki. Dan perbincangan ini secara umum meliputi situasi dalam dan juga luar masjid. Persoalannya, bagaimanakah harus mereka mengendalikannya? Jika penulis artikel tersebut menyemak semula masalah ini dan memikirkan semua faktor-faktor yang dijelaskan, pasti dia akan memperbetulkan semula kenyataannya atau menambah apa-apa kenyataan yang wajar dan lebih diterima. Mengeluarkan sesuatu kenyataan atau hukum secara terburu-buru bukanlah suatu tindakan yang bijak.


ZamR


From: ust <ustmdcd@gmail.com>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Sent: Monday, August 15, 2011 2:37 PM
Subject: Re: [chainz_of_frenz] Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?

 
Antara laungan Azan,  Solawat Tarhim dan Ceramah Agama
(FAKTA : Hidup berbilang kaum seperti di dalam negara kita Malaysia ini harus didukung dengan sikap toleransi, saling hormat menghormati antara satu sama lain )
LAPORAN akhbar mengenai pelbagai kritikan terhadap laungan azan sedikit sebanyak menggemparkan suasana keharmonian negara.
Wujud suasana yang agak tegang dalam isu ini pada awalnya tetapi akhirnya membuahkan hasil yang baik lanjutan daripada perbincangan dan penerangan dari pihak yang berkenaan.
Saya ingin membicarakan isu berkaitan masjid dalam dua perkara. Pertama mengenai isu laungan solawat Tarhim dan azan subuh dan kedua, mengenai isu bacaan al-Qur'an dan ceramah agama.
Dalam hal ini, segenap lapisan masyarakat hendaklah insaf, tahu dan ambil peduli mengenai syiar agama masing-masing. Bagi masyarakat Muslim, Azan adalah syiar agama. Azan adalah kalimah Allah yang dilaungkan dengan suara tinggi bertujuan memberitahu mengenai masuknya waktu solat. Ia satu seruan untuk masyarakat Muslim kembali mengingati Tuhannya.
Malah dalam sahih al-Bukhari, ada suatu bab berkaitan Azan dan meninggikan suara ketika Azan. Dalam riwayat tersebut, ada gesaan agar dinyaringkan suara ketika azan. Ketika zaman itu, teknologi pembesar suara belum lagi wujud. Namun, dengan bersandarkan teknologi terkini, suara yang perlahan pun sudah memadai untuk menjadi nyaring dengan menggunakan kemudahan alat tersebut.
Apa yang kita harapkan, penghormatan kepada syiar agama adalah mustahak dan penting. Agama Islam ada syiarnya , antaranya azan. Justeru azan seharusnya dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
Ini seperti syiar agama dan amalan perayaan lain. Dalam perayaan Tahun Baru Cina misalnya, bunyi mercun berkumandang dan bunga api pula bergemerlapan yang sedikit sebanyak mengganggu kehidupan masyarakat.
Begitu juga sambutan perayaan Thaipusam yang seperti dilaporkan Wikipedia, turut diadakan upacara tertentu bagi memohon keampunan dosa. Ada yang mencucuk panah besi pada lidah. Ada pula yang mencucuk belakang badan dengan puluhan mata pancing. Bagi masyarakat bukan beragama Hindu, mereka mungkin tidak bersetuju dengan amalan itu.
Tetapi, asasnya adalah penghormatan kepada amalan dan syiar kepercayaan agama masing-masing hendaklah tersemat teguh dalam diri kita. Maka masyarakat Muslim wajib menghormatinya demi keharmonian hidup walaupun berlainan iktikad.
Selain laungan azan Subuh, ada solawat Tarhim kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu solat Subuh di mana selepasnya ada aktiviti ceramah agama di masjid atau di surau. Ada juga bacaan zikir selepas solat berjemaah. Pada sesetengah tempat, ia juga dibuat dengan menggunakan pembesar suara yang kuat seperti azan hingga ke luar masjid.
Dalam hal ini, azan adalah syiar agama dan wajar dilaungkan dengan kuat. Namun, tidak sama dengan bacaan al-Qur'an, ceramah agama dan sebagainya.
Sewajarnya, bacaan al-Qur'an , ceramah agama hanya dihadkan untuk pendengaran jemaah dalam masjid saja. Kalau ia dibuat dalam dewan kuliah di masjid, maka ia terhad kepada dewan kuliah saja. Kalau dibuat di ruangan solat terbuka, sepatutnya ia hanya sekadar ruangan solat saja. Maka tiada kewajaran untuk dibuka nada suara dengan suara yang kuat.
Ceramah agama tidak sama dengan azan kerana azan adalah alunan suara keramat yang datang dengan lafaz yang terhad. Kekuatan azan ini dinyatakan dalam satu riwayat hadis bahawa syaitan akan lari keluar daripada masjid apabila azan dilaungkan. Dalam riwayat hadis yang lain, makhluk yang mendengar azan akan menjadi saksi kepada si tukang azan.
Suara kuat yang boleh mengganggu dalam masjid hendaklah dihindari. Sebagai contoh, ada riwayat hadis bagaimana Nabi Muhammad SAW menegur seseorang yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat di dalam masjid. Tidakkah membaca al-Quran itu satu perkara yang baik? Ya, benar bahawa bacaan al-Quran adalah baik. Namun, ketika itu bacaan al-Quran yang kuat itu mengganggu orang lain yang sedang solat. Maka ditegur oleh Nabi SAW agar diperlahankan suaranya.
Cuba kita fikirkan secara logik pedoman yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita. Hari ini, kita mempunyai pembesar suara dan dengannya nada suara yang perlahan akan dapat didengari dalam jarak yang jauh.
Bagi azan, kita menerima ia sebagai satu syiar agama. Tempoh azan pun tidak lama mungkin sekadar tiga atau empat minit saja.
Namun, ada masanya sesetengah masjid dan surau menggunakan pembesar suara secara berterusan. Contohnya zikir selepas solat yang dibuat secara berjemaah.
Tidakkah ada di sana golongan yang masih lagi bersolat kerana tertinggal beberapa rakaat? Tidakkah ada di sana golongan yang baru sampai dan ingin memulakan solat? Tidakkah ada di sana golongan yang ingin melaksanakan solat sunat selepas solat fardu? Maka adalah amat wajar jika alunan zikir selepas solat dibuat dengan suara yang lebih perlahan.
Bagi kalangan imam, jauhkan sedikit pembesar suara dan sebutlah sekadar awal-awal ayat untuk zikir saja. Ini supaya tidak mengganggu orang ramai dalam masjid. Dikhuatiri alunan suara akan mengganggu orang lain yang bersolat.
Dalam nas kitab fikah klasik Fath al-Muin dengan syarahnya Qurrat al-Ain disebutkan maksudnya : Guru kami menjelaskan bahawa berlebihan dalam menyaringkan suara dalam zikir dan doa di masjid hingga berlaku gangguan kepada orang yang bersolat, maka sewajarnya ia menjadi haram.
Kemudian ditambah pula dengan ceramah agama yang mungkin sekitar satu jam. Suaranya keluar daripada masjid. Ada masanya pula ceramah itu mengandungi kejian kepada orang tertentu dan sebagainya. Ada pula ceramah yang mengutuk golongan tertentu. Ada pula ceramah yang melaga-lagakan umat Islam.
Mungkin ada di kalangan kita yang pernah menghadapi suasana sebegitu, namun khuatir untuk menegur. Kehidupan kita terganggu kerana nada suara ceramah yang mengganggu. Mungkin kita ingin berehat, membaca buku dan sebagainya.
Kesimpulannya, azan dan solawat Tarhim Subuh dengan penggunaan pembesar suara adalah baik dan telah lama diterima pakai perlaksanaannya di dalam pemerintahan negara kita tanpa sebarang masalah.
Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat laporan media bahawa Pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh pembangkang ulil amri iaitu DAP telah menghalang seruan azan di seluruh masjid dan surau di sana supaya tidak menggunakan pembesar suara.
Surah al-Taubah Ayat 17 - " Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal dalam neraka ".

Surah al-Taubah Ayat 18 – " Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk ".
Sepatutnya bagi aktiviti selain azan seperti zikir selepas solat, membudayakan al Qur'an, ceramah agama dan sebagainya, ia perlu kepada kawalan suara yang sesuai dengan situasi disekitarnya.
Sekian dulu.Wallhualam.


2011/8/13 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 
Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

azan islam call to prayer1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.
Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.


--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment