Wednesday, August 3, 2011

Re: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m

 

Saya ada beberapa helai terbakai yang masih boleh digunakan...Masalahnya saya baru bertukar bertugas di Sarawak pada Oktober lalu..Bagaimanakah saya dapat membantu saudara kita?

From: "nonierahman@yahoo.com" <nonierahman@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, August 3, 2011 2:20 PM
Subject: Re: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m

 
Saya ada kain pasang ngan tudung untuk diderma kan.mcm mana yer.saya duduk kl kalau ada alamat untuk saya poskan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

-----Original Message-----
From: Hadi Mat Dain <adidain@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 3 Aug 2011 08:58:48
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m

Jangan bagi baju2 lama...kalau nak bagi, bagilah yang baru.......




________________________________
From: Khadijah Mohamed <khaty69@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 2 August 2011 16:44:18
Subject: Re: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos
2011, 7.30 a.m - 6.30 p.m


tersentuh hati sya membaca..
InsyaAllah saya ada baju2 raya lama kepunyaan anak2 yg masih elok disimpan akan
sy sedekahkan pada mereka yang memerlukan.


Khadijah
Tanah Liat
Bukit Mertajam



________________________________
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
To:
Sent: Tuesday, August 2, 2011 1:48 PM
Subject: RG2011... NGO Wargakilang: JJMK Edisi Ramadan, Sabtu 20hb Ogos 2011,
7.30 a.m - 6.30 p.m








Salam Ramadan Al Mubarak buat semua sahabat2,

Nukilan penulis latar NGO wargakilang untuk tatapan semua dan dibawah tulisan
ini ada senarai wakil2 NGO yg boleh sahabat2 semua hubungi untuk tujuan
sumbangan dan penyelarasan.

Shukri
019-5407859
NGO Wargakilang
Coordinator Norther Region




 
Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Ramadhan
Seminggu dua ini, atas jawatan sebagai pengerusi CSR (Corporate Social
Responsibility) di tempat kerja, saya kerap menerima berbagai surat memohon
sumbangan Ramadhan daripada berbagai pihak, baik dari rumah anak-anak yatim,
tahfiz, pondok mahu pun daripada NGO dan juga syarikat-syarikat persendirian
yang berusaha mencari dana untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di
hotel/resort dan sebagainya.

Bila tengok surat-surat itu, teringatlah saya, rupa-rupanya ramai yang nak tabur
bakti, nak membantu insan-insan yang memerlukan di bulan ramadhan ini. Baguslah
macam itu. Mungkin inilah yang orang alim selalu dok habag kata bulan ramadhan
ini bulan yang mulia, bulan yang istimewa yang tak sama dengan bulan-bulan yang
lain; bulan untuk kita semua pakat tambah pahala.

Baru-baru ini, bersama dengan kawan-kawan dari NGO Wargakilang, kami sekali lagi
diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kg-kg di pedalaman, pi riki dan cari
keluarga-keluarga susah yang tinggal jauh ke dalam, yang kami rasakan tak ramai
orang yang sedar akan kewujudan mereka, lantas tak adalah pula ada orang atau
pun pertubuhan dok pi hantar surat kat jabatan CSR mana-mana syarikat pi kutip
dana atau pun anjurkan majlis berbuka posa kat resort atau pun hotel untuk
depa-depa ini.

Berikut adalah sebahagian drpd kisah "depa-depa" ini untuk tazkirah dan renungan
bersama.

Semua sekali ada 18 keluarga yang kami ziarah.

Rumah dlm gambar di bawah ini adalah yang paling terkesan sekali buat saya;
pertamanya sebab rumah itu sendiri walaupun nampak ok tapi kelihatan agak daif
sekali.





Keduanya, rumah ini dihuni oleh seorang Ibu Tunggal, Pn Rashidah 35 tahun
bersama 2 orang anaknya (5 tahun & 14 tahun) yang baru saja kehilangan suami
kira-kira 4 bulan yang lalu – meninggal disebabkan sakit jantung, kencing manis
dan darah tinggi.

Yang saya terasa agak emosi sikitnya, sebab 3 kali saya tanya berapa pendapatan
beliau sebulan - nak bagi pasti - tiap kali beliau jawab RM150 sebulan. Tak
logik haih, mana ada orang boleh survive dengan pendapatan banyak tu sebulan,
tambah-tambah di zaman barang dok naik harga sekarang ini, dan lagi tak logik
cuma dapat hanya RM150 sebulan.





Tanya pi tanya mai, Pn Rashidah ini habag setelah kematian suaminya (seorang
penoreh getah), beliau terus hilang punca pendapatan. Sekarang ini beliau
membantu ibunya menoreh getah di pokok orang, dan hasilnya dibahagi 3 antara
beliau, ibunya dan tauke kebun. Patutlah pun dapat RM150 sahaja sebab jumlah
pokok getah kat kebun itu cuma sekitar 200 batang sahaja.


Saya tak mampu nak bercakap panjang dengan orang yang sedang diuji dengan
kesusahan seperti Pn Rashidah ini, walau pun susah tapi tak menampakkan sangat
susahnya itu. Orang macam inilah yang mengingatkan saya kepada kata-kata yang
sering dihamburkan kpd saya dan rakan-rakan bila kami bercerita tentang
kisah-kisah org miskin dan susah di pedalaman.
Kata sang penghambur itu, MANA ADA ORANG MISKIN DI MALAYSIA INI – orang malas
adalah!

Bagi mereka, org-org miskin itu jadi miskin sebab malas, jadi tak payahlah nak
susah-susah pi bantu org-org malas ini sebab depa sendiri yang pilih nak jadi
malas dan miskin.

Sedangkan mereka yang bercakap itu lupa bahawa KAYA dan MISKIN ini adalah kerja
TUHAN. Hari ini TUHAN jadikan kita KAYA, esok lusa dlm sekelip mata saja DIA
boleh jadikan kita MISKIN pula.

Lantas itu, sementara kita ini masih kaya ada pendapatan lebih drpd RM150
sebulan, kalau ada rezeki lebih janganlah lupa bahagiannya untuk mereka yang
sedang diuji dengan kemiskinan seperti Pn Rashidah ini. Mungkin sebab itulah
gamaknya ISLAM wujudkan Fidyah dan Zakat Fitrah, sebab memang ada penerimanya.

Dalam perjalanan antara 18 buah rumah itu, kami singgah di sebuah rumah Ibu
Tunggal yang tinggal bersama seorang anak perempuannya. Persinggahan yang
seketika ini amat istimewa buat saya, kerana sepulangnya ke rumah, saya download
gambar rumah ini ke lab top dan secara kebetulan adik perempuan saya dan
suaminya bertandang ke rumah. Saya tunjukkan gambar rumah ini kepada adik saya
dan berkata:



"Yah, hang ingat dak lagi rumah kita di kampong waktu-waktu kecik-kecik dulu?"


Adik saya cakap:
"Laaa – pelantar jemuran dan dinding buluh itu sebijik mcm rumah kita dulu, kat
pelantar itulah kita ramai-ramai makan nasi dan saki bakinya kita lempar ke
bawah bagi ayam dan itik makan"
Ya, sa-buah lagi kisah perjalanan merentas masa buat diri saya. Tak disangka,
ada lagi insan yang masih terperangkap dlm suasana kemiskinan yang serupa.

Di rumah seterusnya, kami singgah di sebuah rumah yang begitu agak ke dalam di
sebuah kaki bukit berhampiran sebuah kawasan air terjun – rumah sdra Che Ros.
Antara ramai-ramai keluarga yang kami pergi itu, saya memilih untuk menulis
kisah Che Ros sebagai penutup kisah perjalanan kami ini.

Kenapa? Kerana pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk, rasa terharu semacam
melihat ketabahan Che Ros mengharungi hidup nun jauh di pedalaman; membesarkan 4
orang anak-anaknya dengan tiada pendapatan tetap, mencari rezeki dengan
berbekalkan sumber hutan – mencari buluh untuk diraut dijual sebagai buluh
pancang.




Waktu kami singgah di rumahnya, Che Ros sedang sibuk meraut buluh; bila ditanya
kenapa betis keringnya berbalut, Che Ros cakap waktu leka mencari buluh, entah
macam mana kakinya tercucuk buluh. Kesian Che Ros.


Yang bagusnya Che Ros ini, walau pun dia sendiri hidup susah, tapi di samping
membela isteri dan 4 orang anaknya serta ibunya yang sudah tua, beliau juga ada
memelihara seorang wanita tua sebatang kara yang tiada kaitan adik beradik atau
pun saudara dengan beliau. Mulianya hati Che Ros.

Yang sedih pasal Che Ros ini, si Amirul anak beliau yang sulung, umur 15 tahun,
sepatutnya ambik PMR tahun ini, tapi disebabkan kemiskinan keluarga, cuma
sekolah sampai habis darjah enam saja. Entahlah, kami pun tak tau nak kata apa,
tapi itulah sebahagian drpd realiti kisah anak-anak bangsa yang masih
terperangkap dalam orbit kemiskinan yang tak pernah kunjung reda ini.

Kami pun tak salahkan Che Ros bab anak beliau terkandas dlm perlajaran ini. Ya
lah, di zaman Facebook dan Twitter sekarang ini, anak-anak belajar tinggi-tinggi
pun kadang-kadang belum tentu boleh diharap untuk menjaga ibu bapa di kala tua.

Sekurang-kurangnya Che Ros ini, dengan ilmu BULUH yang beliau ada, mampulah juga
beliau bina sebuah pondok berdinding buluh yang tak seberapa, untuk Ibunya
berteduh di tepi rumahnya.



Adalah juga privacy buat ibunya yang sudah tua ini untuk hal-hal peribadi.


Waktu saya menjenguk ibunya di pondok usang ini tanpa pengetahuan Che Ros, bila
dengar suara maknya bertanya siapa yang mai ini, dengan segera dalam keadaan
kaki terhincut-hincut Che Ros terpa mai, mai explain kat mak dia tujuan kami
mai.



Rasa sedih dan sebak pun ada bila tengok wajah Che Ros dan ibunya ini – dalam
serba kepayahan yang ada, beliau cuba memberi yang terbaik untuk emaknya.
Dinding buluh pun jadilah, janji itu yang selesa untuk mak dia.

Di atas keikhlasan beliau menjaga ibunya ini, didoakan moga ALLAH menggandakan
Che Ros dengan balasan pahala yang berkali-kali ganda.

Sekian, antara beberapa paparan yang mampu kami kongsikan di sini sebagai
tazkirah Ramadhan untuk kita semua. Sesungguhnya di luar sana, memang tersedia
insan-insan lara yang begitu menanti dan mengharapkan sumbangan ramadhan buat
mereka. Cerita Che Ros dan Puan Rashidah ini hanya secebis drpd kisah-kisah
"depa-depa" ini.

Mohd Monier.
 


Salam sahabat2 semua.,

Expedisi ramadhan 2011 kali ini, sahabat2 WK akan berkampung di daerah
belantik,Gulau, Nami dan kawasan2 sekitarnya, insyallah kita mensasarkan 50
keluarga fakir miskin akan menerima bantuan hari raya utk kali ini.

Tarikh yg disasarkan utk sahabat WK adalah pada 20-Ogos-2011, sehubungan itu
semua sumbangan telah dibuka utk sahabat2 utk turut menyumbang, spt:

1)      Pakaian terpakai yg masih elok utk kegunaan hari raya, diutamakan spt
baju melayu, baju kurung dan T-shirt untuk  kanak-kanak dan dewasa (lelaki &
wanita) diasingkan mengikut kategori Lelaki Dewasa, Perempuan Dewasa, Kanak2
Lelaki dan Kanak2 Perempuan

- Pakaian2 boleh dihantar ke alamat spt dibawah ( pusat pengumpulan) - guna KTM
Express bagi yg jauh dari Penang:
Mohd Shukri
240-A Jln Bukit Mertajam
Kubang Semang, 14400, Bukit Mertajam
Penang (019-5407859)

2)      Sumbangan makanan- utk berbuka dan hari raya :
-  Sponsor kurma anggaran RM20-40/family dan kuih raya RM40-60/family
-  Makanan2 ruji spt beras,gula, minuman spt kopi teh, coco dll, makanan2 kering
spt ikan kering, bihun dll, minyak masak dan sebagainya   keperluan makanan
seisi rumah.
-  Makanan untuk kanak2 lingkungan umur bawah 12 tahun

-  Toiletries spt sabun mandi, sabun basuh dll
Utk tujuan penyelarasaan, semua sumbangan boleh disalurkan kepada penama
dibawah, sebelum 15hb Ogos 2011.


JJMK Edisi Ramadan 20hb Aug'11- Nothern Region - Coordinator:Saudara Shukri
-019-5407859 :

1)      Saudara Aznee – 012-4323305 ( Sg Petani, Alor Setar & Perlis)

2)      Saudara Shukrie – 019-5407859 ( , Bayan Lepas , Pulau Pinang)

3)      Saudara Wahab – 019-4740759 (Bayan Lepas, Pulau Pinang)
4)      Saudara Monier - 012-4128209 (Kulim  & Padang Serai)
5)      Saudara Sattar - 019-4004655 (Seberang Perai, Pulau Pinang)
6)      Saudara Fendi - 012-4097268 (Seberang Perai, Pulau Pinang)7)     
Saudara Lukman - 019-5582626 (Perak Utara)


JJMK Edisi Ramadan 20hb Aug'11 - Central Region -Coordinator: Saudari Roha -
012-4317948 :

1)     Saudara Shahrul - 012-6315244 (KL, Selangor, Melaka, N9)
2)     Saudara Warikh - 019-4701477 (KL, Selangor, Melaka, N9)
3)     Saudari Roha - 012-4317948 (KL, Selangor, Melaka, N9)
4)     Saudari Nazirah - 0133898534 (KL, Selangor, Melaka, N9) 
Wassalam
Shukri
Coordinator JJMK Edisi Ramadan (Northern Region)NGO Wargakilang



1 of 1 File(s)
JJMK_20_Aug_2011.pptReply to sender | Reply to gr


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment