Tuesday, August 2, 2011

RG2011... Hukum fizik dalam animasi teknologi

 

Hukum fizik dalam animasi teknologi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm




PELANCONGAN angkasa lepas mungkin sesuatu yang asing kepada kebanyakan orang. Namun, bagi segelintir individu, mereka melihat perkara tersebut sebagai sebuah peluang dan prospek untuk dimajukan.

Antara insan yang menaruh kepercayaan kepada bidang itu ialah seorang profesor dari Jabatan Sains Alam Sekitar dan Pembangunan Hayat, Universiti Azabu, Jepun, Patrick Collins.

Dia sudah melibatkan diri dalam bidang sains angkasa selama 25 tahun dengan kajian yang mendalam terhadap industri angkasa lepas. Collins juga merangsang minat orang ramai terhadap pelancongan angkasa lepas dan sumber tenaga.


SELAIN mahu mempromosi semula sebuah komik popular, Collins mahu membantu perkembangan dunia animasi teknologi yang selari dengan pengetahuan tentang sains.


Antara hasil kerjanya yang amat menarik ialah sebuah komik anime bertajuk Re-Entry. Komik yang dihasilkan 10 tahun lalu itu merupakan bukti jelas mengenai usaha Collins dalam mempromosi bidang yang dianggap mustahil oleh rata-rata masyarakat.

Menariknya, hak harta intelek (IP) dan lesen komik tersebut telah diberi kepada syarikat anak tempatan, Triangle D Sdn. Bhd. (Triangle D) untuk diolah menjadi filem animasi tiga dimensi dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Angkasa Lepas - Cawangan Malaysia (STS-MC).

Menurut Presiden Triangle D, Norul Rohidi Zakaria, 33, projek trailer animasi tiga dimensi Re-entry sudah 70 peratus siap dan kini berada pada tahap pascaproduksi.

"Pasukan kami terdiri daripada enam orang ahli yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antara kerja-kerja akhir yang perlu dilakukan sekarang adalah suntingan dan memasukkan efek-efek khas," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Triangle D di Shah Alam baru-baru ini.


COLLINS dan Norul Rohidi bekerjasama demi merealisasikan Re-Entry.


Individu yang terlibat dalam projek trailer itu bukan calang-calang orang. Dua orang pensyarah yang masing-masing mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia, Muhammed Irwan Abdullah dan Muhammad Faizal Che Leh, turut menyumbang.

"Apabila siap nanti, trailer itu akan ditayangkan di Paris, Perancis pada 17 hingga 19 Oktober ini sempena persidangan Agensi Angkasa Eropah anjuran Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)," kata Norul Rohidi yang teruja dengan penayangan Re-Entry kelak.

Mereka mengharapkan trailer selama tiga minit itu akan memberi impak kepada semua yang hadir di persidangan tersebut seterusnya mendapatkan dana bagi merealisasi filem tiga dimensi pertama Malaysia.

"Selain itu, kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan dana di Malaysia kerana kami percaya kandungan cerita ini amat kuat," luah Norul Rohidi.

Rekaan ditolak


BUNGA raflesia menjadi ilham kepada reka bentuk imaginasi pusat angkasa lepas.


Bercerita mengenai projek tersebut yang sudah bermula sejak Januari lalu, mereka mendapat panduan daripada Collins berhubung ketepatan jalan cerita dan hukum fizik di angkasa lepas.

Dari segi kreativiti pula, pasukan Triangle D diberi kebebasan sepenuhnya dalam penciptaan karakter yang sesuai dan dianggap global serta teknologi yang ditonjolkan.

"Untuk rekaan kapal angkasa lepas sahaja, reka bentuknya telah ditolak sebanyak tiga kali. Antara alasannya adalah rekaan itu tidak logik apabila dinilai dari segi saintifik.

"Komen-komen Collins seperti reka bentuk sayap terlalu besar dan jika dalam keadaan sebenar akan patah dalam kelajuan tinggi diaplikasi dalam rekaan seterusnya," ulas lelaki itu.


IMEJ watak segak dengan sentuhan antarabangsa.


Mengikut hukum fizik, faktor yang menyebabkan sayap itu boleh patah adalah daya angkat (lift force) yang memberi tekanan tinggi pada permukaannya.

Ia mematuhi hukum Bernoulli iaitu apabila had laju tinggi, tekanan akan menjadi rendah.

Selain mendapat tunjuk ajar dalam rekaan kapal angkasa, pasukan mereka turut menjadikan model pesawat pejuang Apache Tomcat dan Lockhead SR-71 Blackbird sebagai rujukan utama.

Tambah Norul Rohidi, adegan pelepasan kapal angkasa ke orbit turut mendapat kritikan daripada Profesor dari Jepun itu supaya ia boleh dipaparkan dengan menarik dan mematuhi hukum sains.

"Tujuannya adalah supaya jalan cerita tidak tersasar dan paparan industri pelancongan angkasa lepas benar-benar meyakinkan dan mengikut logik sains," jelasnya penuh teruja tentang projek itu.

Untuk karakter pula, atas permintaan Collins, semua watak telah ditukar dengan menampilkan watak-watak dari seluruh dunia seperti Malaysia, Rusia dan Zimbabwe berbanding komik asal yang nampak jelas ciri-ciri Jepun.

Treler Re-Entry itu nanti akan memaparkan imej karakter dalam bentuk dua dimensi manakala objek-objek persekitaran pula dalam bentuk tiga dimensi.



--




Re-Entry "Ticket to the Moon" is the first space tourism music video in the world!
Samuel Coniglio, Vice President, Space Tourism Society, US.

Achievement
Represents STS-MC to 4th IAASS Conference, Huntsville, US.
Awarded as world 1st music video for space tourism by Space Tourism Society, US. 
Participate in MISTI (Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor) with STS-MC
"Ticket to the Moon" as an opening video for MISTI ceremony.
  
Incoming Event
Space Tourism 2011, Profiting from the Emerging Space Experience Economy.
April 27, 28 and 29, 2011 in West Los Angeles
Representing Malaysia in the presentation of Re Entry Animated.
 
Re Entry consultant and contents provider : Prof Dr. Patrick Collins


Supported by:

Recognized as world 1st animated movie concept for space tourism by:
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment