As Salam Semua,
FYA, utk makluman semua kawan2, kutipan utk Wakaf Surau Pondok Ahmad Nahu juga sedang berjalan . Sila refer email dibawah. Any issue please contact Coordinator Aznee Othman (aznee.othman@intel.com -012-4323305)
Shukri
NGO Wrgakilang
019-5407859
From: Othman, Aznee
Sent: Wednesday, August 03, 2011 2:40 PM
Subject: RE: [warga_kilang] Jln-Jln Masuk Kg: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat <perancangan awal pondok ahmad nahu>
Sent: Wednesday, August 03, 2011 2:40 PM
Subject: RE: [warga_kilang] Jln-Jln Masuk Kg: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat <perancangan awal pondok ahmad nahu>
Assalamualaikum tuan/puan
Sempena kedatangan bulan ramadhan ini, saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat menyumbang kearah pembaikan Madrasah Ahmad Nahu, di pendalaman Sik, Kedah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan/puan. Setakat ini, pihak pondok baru mencapai 1/3 daripada target.
Sumbangan untuk projek ini boleh disampaikan melalui account AGROBANK bernombor 1-00-5101-00003934-0 diatas nama " MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH". Saya hanya mohon makluman kepada saya melalui email diatas untuk tujuan record.
Disertakan article article yang lalu yang ditulis oleh rakan-rakan saya berkenaan pondok ini. Moga ada manafaatnya.
Jln-Jln Masuk Kg: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat
Alhamdulillah, penglibatan dalam gerak kerja NGO telah membawa dan mendedah kami kepada kawasan-kawasan yang begitu pedalaman, walau pun masih dalam Malaysia, tapi sesetengahnya tiada liputan TV dan tiada papan iklan "Ini wilayah Celcom/Maxis atau pun Digi". Bertemu dengan pelbagai kisah yang sebelum ini cuma sesekali muncul tersiar di kaca-kaca TV atau pun media arus perdana, membuatkan kami jadi lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini.
Di weekend yang lalu, saya selaku Pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility) di tempat kerja dan bersama seorang lagi sahabat, sdra Aznee yang mewakili team team CSR kilang beliau dan Tn Haji Fendi, Pengerusi Surau sebuah kilang di Kulim Hitech Park, kami masuk ke kampung-kampung di pedalaman Sik, Kedah dalam agenda kami bagi mencari senarai keluarga yang bakal kami kemukakan kepada kilang masing-masing untuk aktiviti amal di bulan ramadhan mendatang.
Riki/survey kami untuk seketika terhenti di sebuah perkampungan pondok, yang beberapa bulan lepas pernah kami kunjungi ke sana.
Waktu itu, kedatangan kami telah dimaklumkan terlebih dahulu; lantas dengan segala kekurangan yang ada, hampir seratus orang anak murid Ustaz Kamil, Mudir pondok berkenaan bertungkus lumus bergotong royong memasak dan mengadakan kenduri menyambut kunjungan kami itu.
Selain menyerahkan barang-barang makanan dan kitab-kitab yang dikirimkan kawan-kawan, kami turut mengadakan sedikit majlis ceramah motivasi ringkas untuk berkongsi dengan anak-anak muda di situ tentang konsep jati diri dan mengekalkan istiqamah dalam apa jua bidang ilmu yang diceburi.
Waktu nak solat Zohor di rumah Ustaz yang juga merupakan madrasah rasmi pondok berkenaan, kami memandang sesama sendiri tatkala bunyi keriak-keriuk papan kayu lantainya jelas kedengaran bila ramai-ramai naik sembahyang di situ.
Waktu solat memang tak berapa nak kusyuk seolah-olahnya macam solat di atas rakit, belum dikira lagi suasana panas dan peluh yang amat merimaskan tatkala sembahyang zohor waktu mentari tengah panas terik, berbumbungkan atap zink yang tiada sejuk siling untung melindungnya.

Habis majlis, bila kami tanya Ustaz, mana rumah beliau? Ustaz hanya tersenyum, dia habag kata bilik dinding sebelah tempat kami solat itulah rumah beliau, dan ruang solat tempat kami sembahyang itu pula adalah tempat anak-anak muridnya menadah kitab, tidor, qiyam, tadarus dan sebagainya.
Bila saya turun ke bawah, bila saya lihat rumah Melayu Tradisional ini dari jauh, saya naik kagum, dan wonder bagaimana sebuah rumah kayu biasa macam ini mampu menjadi magnet, mampu menjadi madrasah utama, mampu menarik mereka yang entah dari mana-mana untuk datang membina berpuluh-puluh pondok buruk di sekeliling Rumah Ibu ini untuk menadah ilmu di situ. Alangkah hebatnya Tok Guru asal yang mula-mula mengasaskan Pondok ini, Pondok Mat Nahu tak jauh dari empangan Beris, Sik Kedah.
Itu beberapa bulan yang lepas tatkala kunjungan kami dimaklumkan secara rasmi.
Di weekend yang lalu, kami ke sana tanpa memaklumkan terlebih dahulu; secara kebetulan Mudirnya, Ustaz Kamil tiada si situ kerana ke luar atas urusan peribadi.
Waktu itu matahari tengah panas terik, bila saya naik ke dalam ruang solat itu, masyaallah anak-anak muda yang kami temui hari itu masing-masing sedang tidor bergelimpangan di antara rehal-rehal yang masih terbuka. Mungkin dah jadi rutin depa, macam pengalaman saya keluar dengan satu kumpulan dakwah suatu ketika dulu, tidor pada waktu tertentu. Saya masuk sekejap saja, tapi terus turun keluar kerana bahang panas haba matahari atap zink itu begitu terasa sekali; rasanya kalau salai udang hat harga sekilo RM25 itu kat celah-celah atap zink itu, kejap aja boleh makan dah. Nak habag kata kuat sungguh bahang panasnya; macam manalah budak-budak ini boleh survive dengan keadaan macam ini?
Sebab itu, sahabat saya sdra Aznee (gambar di bawah) tanpa dirancang, dia habag kata elok kot kalau this time kita tumpu sat kat Pondok Mat Nahu ini, war-war kat kawan-kawan tolong cari bantuan simen ka, pasir ka, mozek apa ka, nak buat tempat solat dan dewan pengajian yang sedikit selesa untuk budak-budak ini.
Bukanlah nak buat bangunan Masjid yang harga juta-juta mcm di kota-kota itu, cukup sekedar macam pondok orang berteduh kat tempat air terjun di kawasan peranginan nu, ada bumbung ada lantai marmar, tiang kiri kanan depan belakang sebagai asas, tak ada dinding pun tak pa, biar angin masuk kiri kanan, insyaallah selesa lah sikit untuk budak-budak itu menadah kitab dan beribadat. Kemudiannya nanti, siapa-siapa yang ada rezeki lebih, pakat-pakatlah mai tambah sorang sikit bagi lengkap.
Sembang pi sembang mai, dalam agenda seterusnya dengan bantuan Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah merangkap Pengerusi HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah) kami berbincang dengan Ustaz Kamil, Mudir Pondok Mat Nahu ; beliau memang amat berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi membantu memperbaiki atau membina baru madrasah di pondok Mat Nahu ini.
Untuk itu, kepada yang berminat memberi sumbangan dalam bentuk barangan seperti simen, pasir, kayu, bumbung dan sebagainya, bolehlah hubungi sdra Aznee at 012-4323305 sebagai co-ordinator.
Untuk seketika, perjalanan riki/survey kami masuk kg untuk mencari keluarga yang akan disalurkan bantuan sempena ramadhan ini terhenti buat seketika, insyaallah dua tiga minggu lagi pencarian tersebut akan diteruskan semula.
Kepada rakan-rakan yang berminat menyertai kami dalam JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) Bulan Ramadhan seperti di beberapa musim Ramadhan yang lalu, sila ikuti makluman selanjutnya di Facebook kami at "wargakilang".
Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai satu balasan pahala yang berkekalan di Akhirat sana; insyallah ALLAH sedang melihat apa yang kita buat seperti mana catatan di bawah yang kami temui di dinding papan Madrasah Pondok Mat Nahu ini.
Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
.
No comments:
Post a Comment