Bagi pihak pondok pdg temu , melaka (PMKT ) , AL Fadil Ust Fuad selaku Mudir Pondok Pdg Temu , saya dengan rendah hati ingin memaklumkan kedatangan Tuan Guru kami di Malaysia iaitu Al-Fadhil Al-Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy .
Secara ringkas biodata Tuan Guru Mursyid :-
Al-'Alim Al-'Allamah Al-'Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid, Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Al-Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy . Tuan guru dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha' dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun. Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-'allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri 'Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh 'Alwi 'Abbas Al-Malikiyy.Tuan Guru merupakan Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jedah, Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.Imam (pemimpin) Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami'ah. Tuan Guru merupakan Ulamak Ahli Sunnah Wal jama'ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami'ah. Al-fadhil Syeikh juga boleh mengIjazahkan semua jenis tariqah yang mu'tabar, termasuk 40 yang utama dan pecahan-pecahannya
Sebarang pertanyaa perjalan program di Melaka / Malaysia sila lawat ke www.pmkt.com.my
Sekian
NW
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment