Sunday, April 6, 2014

RG2011... Budak Kampung

 

 

Budak Kampung


Biodata iblis, anda patut tahu!

Posted: 03 Apr 2014 08:52 PM PDT

 

§ Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH

§ Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

§ Status diri : Fasik kelas pertama

§ Agama : Kufur

§ Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai

§ Alamat Tetap : Neraka jahanam

§ Kawasan : Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH

§ Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok

§ Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya

§ Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

§ Modal pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus

§ Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

§ Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

§ Sahabat karib : Anak-anak Adam

§ Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

§ Hobi : Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya

§ Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

§ Sukan (yang tidak digemari) : Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)

§ Kelemahan diri : Bila manusia membaca istighfar

§ Mentor yang dikagumi : Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

§ Logo : Sebarang tatu

§ Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

§ Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

§ Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

§ Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT

§ Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat

§ Matlamat sebenar : Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam

§ Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

§ Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH

§ Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

§ Peristiwa yang tak dapat dilupakan : Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s

§ Kenangan manis : Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran

§ Kenangan pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan

§ Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

§ Minuman yang digemari : Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.

§ Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa

§ Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH

§ Alat perangkap : Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

§ Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak

§ Yang paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya

§ Tugas yang paling meletihkan : Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala

§ Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina

§ Janji kepada manusia : Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya

§ Yang membuatnya gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya

§ Saat yang mendukacitakannya : Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat

§ Yang membuatnya menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

 

 

Nabi Ibrahim Menguji Menantunya

Posted: 03 Apr 2014 08:52 PM PDT

Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu nabi Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi Ismail. Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu.

 

Apabila disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : " Kami hidup susah dan kesempitan ".

Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman? ".

Jawab perempuan tadi : " Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman ".

 

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.

 

Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi yang juga merupakan menantunya : " Sampaikan salamku kepada suamimu dan pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya ".

 

Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya : " Adakah ada seseorang datang menziarahimu? ".

Jawab isterinya : " Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya ".

 

Baginda bertanya lagi : " Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan kepadamu? ".

Jawab isterinya : " Ya! dia telah berkirim salam kepadamu dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu ".

 

Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan kepadanya : " Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya berpisah denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula ".

 

Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.


 

Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu yang mana nabi Ismail tiada di rumah. Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik.

 

Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru : " Adakah kamu mempunyai tetamu? ".

Jawab perempuan itu : " Ya! iaitu engkau ".

Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua lalu perempuan itu menjawab : " Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia ". Sambil itu dia memuji-muji Allah.

 

Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan itu : " Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya ". Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.

 

Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail.

 

Mendengar penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira memberitahu : " Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan jangan menceraikanmu ".

 

Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

 

 


 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (23)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment