Wednesday, April 2, 2014

RG2011... Fw: PENCIPTA ASAL TEORI PESAWAT - ABBAS IBNU FIRNAS

 



 

PENCIPTA ASAL TEORI PESAWAT - ABBAS IBNU FIRNAS

bloglist-malaysia.blogspot.
megachannelz.blogspot.
 

Seperti mana yang kita belajar di sekolah dulu berkenaan pesawat ni mesti dikaitkan dengan Wilbur dan Wright yang berjaya menerbangkan pesawat ciptaan pertama mereka walaupun beberapa saat. Tapi tahukah anda konsep pertama pesawat terbang adalah hasil ciptaan seorang ilmuan islam?


Mengikut fakta Roger Bacon yang dikenal sebagai peletak dasar teori pesawat terbang ala Barat. Lima ratus tahun sebelum Bacon, Abbas Ibnu Firnas, seorang Muslim Spanyol pada era kerajaan Cordova yang hidup di abad ke-9 Masihi sebenarnya telah mendahuluinya. Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia pada masa itu.

Pada tahun 875, Ibnu Firnas membuat satu prototype atau model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat kuno tentang pesawat terbang layang. Ia mencuba membuat prototype pesawat layang pertama dan menerbangkannya dari atap sebuah menara.

Beliau hidup pada saat pemerintahan Khalifah Umayyah di Spanyol (dulu bernama Andalusia). Pada tahun 852, di bawah pemerintahan khalifah baru, Abdul Rahman II, Ibnu Firnas membuat pengumuman yang menghebohkan warga Cordoba. Ia ingin melakukan percubaan 'terbang' dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan 'sayap' atau jubah tanpa lengan yang dipasangkan di tubuhnya.

Hasil dari percubaan beliau terbang dengan alat tersebut berhasil dan beliau berjaya mendarat walaupon mengalami cedera ringan. Alat yang digunakan Ibnu Firnas inilah yang kemudiannya dikenali dengan parachute atau pun payung terjun pertama di dunia. Menara Masjid Mezquita di Cordoba menjadi saksi bisu kewujudan konsep pertama pesawat terbang yang lahir dari pemikiran seorang Muslim.

Keberhasilannya itu mendorongnya untuk mengembangkan teori penemuan tersebut. Ia melakukan serangkaian penelitian dan pengembangan konsep serta teori berdasarkan tindak laku alam yang dilihatnya. Sebagai salah satu bahan perbandingan penelitiannya adalah bagaimana burung boleh terbang. Dari situlah ia mencuba membuat prototype pesawat layang.

Ada dua catatan penciptaan pesawat terbang Ibnu Firnas. Salah satunya menyebutkan, setelah menyelesaikan model pesawat terbang yang dibuatnya, Ibnu Firnas mengundang masyarakat Cordoba untuk datang dan menyaksikan hasil karyanya itu.

Warga Cordoba waktu itu berkumpul di sekitar sebuah menara. Dari menara itulah Ibnu Firnas akan memperagakan hasil ciptaannya. Ia menjadikan puncak menara itu sebagai landasan untuk beliau terbang. Namun kerana cara berlepas yang kurang baik, ia terhempas ke tanah bersama pesawat layang buatannya. Ia mengalami cedera punggung yang sangat parah. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tak berdaya untuk melakukan percubaan yang berikutnya.

Catatan versi kedua menyebut, Ibnu Firnas tidak melengkapi pesawat layang buatannya dengan ekor sebagaimana burung. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkannya gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.

Di catatan kedua pun dikatakan bahawa Ibnu Firnas cedera di punggung. Akibatnya dia tidak mampu lagi mengembangkan ciptaannya itu kepada dunia. Sebagai gantinya beliau melakukan di dalam ruangan atau boleh di sebut sebagai makmal. Di sana beliau mempelajari gejala alam, termasuk mekanisma terjadinya halilintar dan kilat. Dari situ Ibnu Firnas berhasil mengembangkan formula untuk membuat gelas dan kristal.

Belum berjaya niatnya membuat pesawat layang, tahun 888 Ibnu Firnas wafat dalam ketika berjuang menyembuhkan cedera punggungnya. Selain dikenali sebagai peletak dasar teori pesawat terbang, lelaki yang dikenal dengan nama Latin, Armen Firman, ini juga ahli dalam bidang kimia dan memiliki sifat yang humanis, kreatif, dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi baru saat itu.

Ia tercatat memiliki karya-karya monumental seperti konsep tentang terjadinya halilintar dan kilat, jam air, serta cara membuat gelas dari garam. Ia dikenal pula sebagai pembuat rantai rangkaian yang menunjukkan pergerakan benda benda planet dan bintang. Selain itu, Ibnu Firnas pun menunjukkan cara bagaimana memotong batu kristal yang saat itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Mesir.


Sumber : fb Tentera Fisabilillah - Generasi Al Ghuraba'

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment