Saturday, April 19, 2014

RG2011... Fw: Pengacara TV Selangor Kembali Ke Rahmatullah

 



SHAH ALAM - Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Memetik laporan Media Selangorku, kematian Allahyarham Mansor disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas dihubungi sendiri anak sulung Allahyarham Mansor pagi tadi.
Pengurusan jenazah dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.

Terdahulu, Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

Mansor lebih dikenali sebagai DJ Mansor merupakan antara individu awal yang bertugas bersama Media Selangorku yang ketika itu baru ditubuhkan pada 2009 dan dikenali sebagai TV Selangor.

Selain mengendalikan rancangan Apa Khabar Selangor (kini dikenali sebagai Salam Selangor), DJ Mansor pernah menjadi penyampai stesen Radio Web Selangor (RWS) selain menjadi tenaga pengajar kepada bakat baru yang ingin menceburi bidang pengacaraan.
 
 

INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN ..... DJ MANSOR MENINGGAL DUNIA .

omakkau.blogspot.
 

 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

SHAH ALAM 19 APRIL: Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas beliau dihubungi sendiri oleh anak sulung Allahyarham Mansor pagi ini.

Pengurusan jenazah akan dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.

Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Infrastuktur Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail meluangkan masa melawat beliau.

Sementara itu, Bekas Pengurus Bola Sepak Selangor, Zakaria Rahim dalam Facebooknya melahirkan ucapan takziah diatas pemergian Mansor.

"Sahabat saya yang sangat saya hormati kerana kelembutan tutur dan adabnya, pengacara TV Selangor, DJ Mansor telahpun meninggalkan keluarga dan rakan-rakannya buat selama-lamanya jam 10 pagi tadi di Klang.

"Almarhum juga telah tinggalkan ibu yang amat menyanyanginya kerana kata ibunya, arwah tak pernah lupa untuk menelefonnya SETIAP hari bertanya kabar atau bercerita tentang perjalanan hariannya.

"Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan meletakkan rohnya dikalangan orang-orang yang soleh. Selamat jalan sabahatku. Kehilangan mu amat dirasai. Innalillah," katanya.

Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor merupakan antara individu awal yang bertugas bersama Media Selangorku yang ketika baru ditubuhkan sekitar tahun 2009 dan dikenali sebagai Tv Selangor.

Selain mengendalikan rancangan Apa Khabar Selangor (kini dikenali sebagai Salam Selangor), DJ Mansor pernah menjadi penyampai stesen Radio Web Selangor (RWS) selain menjadi tenaga pengajar kepada bakat baru yang ingin menceburi bidang pengacaraan.

Warga kerja Selangorku merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan pemergian Allahyarham DJ Mansor merupakan satu kehilangan besar buat unit penerbitan.

Al-Fatihah…

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment