Thursday, April 3, 2014

RG2011... Fw: SEDERET KEDAI MUSNAH DLM KEBAKARAN

 



Mangsa kebakaran stesyen minyak bertempiaran selamat diri

bloglist-malaysia.blogspot

Mangsa Nurul Isah Mohd Yusof, 20, melecur akibat kebakaran ekoran tumpahan minyak di Shell, Gua Musang malam tadi. - Foto Bernama


GUA MUSANG - Ada yang rebah, merangkak dan terjun ke dalam longkang bagi menyelamatkan diri dari kebakaran yang berlaku di deretan gerai makan di Jalan Persiaran Raya di sini, malam tadi.

Api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di situ hingga menyebabkan 11 cedera, seorang daripadanya parah.

Penjual burger, Mohd Faris Ikhwan Mohd Azmi, 25, berkata beliau sememangnya nampak minyak petrol itu mengalir dari stesen minyak sehingga ke gerainya, namun tidak dapat berbuat apa-apa sehingga gerainya disambar api.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Wangi di sini, beliau berkata dalam keadaan kelam kabut dan pakaiannya terbakar, beliau cuba menyelamatkan seorang mangsa yang dalam keadaan menggelupur akibat terbakar.

"Saya turut melecur di kedua-dua kaki kerana selipar yang saya pakai terbakar. Saya cuba menggagahkan diri membantu seorang mangsa lain. Kami kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan," katanya yang menerima kunjungan Adun Galas, Ab Aziz Yusof.

Pemilik kedai makan Mohd Nordin Mohd Yusoff, 62, berkata ketika kejadian beliau sedang menonton televisyen dalam gerainya apabila tiba-tiba beliau melihat api menyambar pelanggannya.

"Ketika beberapa kenderaan turut terbakar, saya terus meninggalkan kawasan itu bersama isteri, anak dan cucu saya. Saya turut membantu pelanggan yang cedera.

"Mujur ketika berlaku letupan dari kereta berkenaan, semua mangsa sudah berjaya diselamatkan dan berada di tempat yang agak jauh sambil menunggu bantuan perubatan," katanya.

Seorang pelajar Kolej Polytech Mara (KPTM), Nor Anis Yasmin Mohd Othman, 22, berkata beliau sedang makan bersama rakan-rakan yang lain apabila tiba-tiba melihat api menyambar pakaian beberapa rakannya.

Beliau berkata ramai rakannya yang pakaian mereka terbakar.

"Saya amat takut sekali melihat keadaan api yang menyambar pakaian pelanggan yang makan di gerai terbabit dan terdengar bunyi beberapa letupan kuat dari empat kereta yang terbakar," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.10 malam. Tiga mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pengarahnya Azmi Osman berkata, pasukan forensik jabatan itu telah diarahkan untuk memulakan siasatan.

"Siasatan akan mengambil sedikit masa," katanya ketika melawat mangsa kebakaran di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Tiga mangsa yang dirawat di hospital berkenaan ialah Mohd Azman Hamat, 18, yang melecur seratus peratus, Nurul Isah Mohd Yusof, 20, melecur separuh badan dan Tengku Ahmad Faqin Tengku Abdullah, 20, yang melecur 23 peratus.

Azmi berkata dua lagi mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan enam di Hospital Kuala Krai.

Sementara itu ibu kepada Nurul Isah, Masiah Hasbullah, 53, berkata beliau mendapat panggilan daripada pihak Hospital Gua Musang terlebih dahulu memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya.

"Saya ingatkan anak saya masuk hospital sebab demam yang dihidapinya, tetapi bila sampai di hospital barulah saya tahu keadaan sebenar," katanya yang tinggal di Felda Chiku, Gua Musang.

Nurul Isah merupakan pelajar KPTM Gua Musang yang sedang makan bersama beberapa rakannya.

"Petang sebelum kejadian Isah ada telefon mak cik untuk memaklumkan dia demam dan tak sangka perkara ini berlaku pada dia.

"Makcik tengok Isah, tiba-tiba mak cik rebah terduduk di atas lantai (wad), rasa sebak melihatkan keadaan badannya yang cedera 50 peratus," katanya. - Bernama

Summary only...

 

SEDERET KEDAI BERHAMPIRAN STESEN MINYAK SHELL DI GUA MUSANG MUSNAH DALAM KEBAKARAN

omakkau.blogspot.
 

Sederet kedai musnah dijilat api dalam kebakaran berhampiran stesen minyak Shell di Gua Musang malam tadi.

Kejadian jam 10.15 malam tadi itu dikatakan berpunca dari limpahan minyak petrol yang sedang dipindahkan dari lori tangki sebelum menyambar api dari kedai berdekatan.

Beberapa buah kenderaan termasuk empat buah kereta dan tiga motosikal hangus sama sekali.

Seorang mangsa diberitakan kritikal kerana terbakar hampir separuh badan. Sementara itu beberapa orang pelanggan dan pemilik kedai sesak nafas ekoran menghidu asap dari kebarakan tersebut.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment