Sunday, April 20, 2014

RG2011... Fw: STOR KILANG MEMPROSES SARUNG TANGAN GETAH TERBAKAR

 



STOR KILANG MEMPROSES SARUNG TANGAN GETAH DI BANDAR BARU SALAK TINGGI TERBAKAR TERUK!!!!

malaysiaberih.blogspot
omakkau.blogspot.
 
Sepang: Sebuah stor kilang memproses sarung tangan getah terbakar di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dalam kejadian di Jalan 3, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi itu, stor berkeluasan 900 meter persegi itu terbakar 80 peratus.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian jam 10.07 pagi sebelum beberapa jentera lain tiba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Sepang dan Putrajaya.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pekerja kilang berjaya keluar dari stor berkenaan sejurus kejadian," katanya.

Katanya, pihaknya masih menyisat punca kejadian dan operasi memadam kebakaran masih dilakukan terutama bagi menghalang api merebak ke bangunan bersebelahan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan bomba dan penyelamat berdepan sedikit kesukaran bagi memadam kebakaran berikutan masih ada letupan kecil berlaku ketika operasi pemadaman dilakukan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment