Selamat jalan ‘Zorro’, damailah kau di sana
Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar. |
Saya mula mengenali Bernard Khoo yang menggendalikan blog Zorro Unmasked, yang juga seorang bekas guru ketika fenomena penulisan blog politik sedang rancak di Malaysia sekitar 2006-2007.
Pada ketika itu, penulis blog belum begitu ramai dan kebanyakan penulis blog sosiopolitik boleh dikenali tidak kira yang menyokong Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).
Selain Khoo, saya juga berkesempatan mengenali ramai penulis blog lain seperti Elviza Michelle Kamal, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Haris Ibrahim, Datuk Ahirudin Atan, Monsterball dan ramai lagi.
Khoo yang lebih mesra dengan panggilan Zorro adalah di antara penulis blog terawal dan konsisten menulis di blognya walaupun selepas fenomena Facebook dan Twitter menenggelamkan dunia penulisan blog pasca Tsunami Politik 2008.
Apa yang saya kagum dengan Zorro adalah beliau konsisten dengan pendirian rakyat Malaysia tidak seharusnya dipisah-pisahkan mengikut kaum, tetapi harus bersatu sebagai “Bangsa Malaysia.”
Zorro dan yang lain-lain akhirnya menubuhkan kumpulan yang digelar “Saya Anak Bangsa Malaysia” yang masih lagi aktif sehingga kini.
Mereka seringkali mengadakan aktiviti bagi mempromosikan kesatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Lihatlah di “masthead” blognya, walaupun Zorro seorang Cina, beliau berkempen agar Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Arif Sabri Abdul Aziz yang juga pengendali blog “Sakmongkol AK47” untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) bagi parti DAP.
Apabila sampai masanya, Zorro meninggalkan dunia ini dua hari lalu.
Apa yang saya kesalkan ialah tidak berkesempatan untuk melawatnya ketika sedang sakit di hospital.
Di atas dasar hormat kepada Zorro, malam tadi saya dan seorang rakan memberikan penghormatan terakhir kepadanya di Parlour 1, St Ignatius Church di Petaling Jaya.
Begitu juga ramai lagi muka-muka yang saya tidak kenali berkemungkinan terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai Zorro.
Ternyata Zorro disayangi oleh orang-orang yang berada dalam hidupnya.
Sehingga saat-saat terakhir beliau teguh dengan pendirian untuk berjuang bagi merubah Malaysia agar menjadi tempat yang lebih baik pada masa akan datang.
Seperti yang dikatakan oleh seorang teman, manusia itu hidup untuk mati. Cuma masanya sahaja berbeza-beza dan bagaimana mereka akan diingati selepas mati.
Walaupun sedih, tetapi kebanyakan rakan yang hadir malam tadi redha dengan pemergian Zorro.
Melihat wajahnya di keranda, Zorro kelihatan tenang sekali meninggalkan dunia ini.
Damailah kau di sana Bernard Khoo a.k.a Zorro. Semoga patah tumbuh hilang berganti. – 6 April, 2014.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment