Tuesday, May 3, 2011

Re: RG2011... Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja

 

Saya setuju dgn pendapat Saaid.. Bila diperhatikan, kita kena akui kesian anak2 tahfiz ini terpaksa cari duit utk tahfiz mereka..yg mana patut mereka duk kat sekolah & mengaji.. Pun begitu mereka juga belajar ttg hidup ini yg nyata..yg tiada benda mudah diperolehi sebenrnya dlm hidup ni.
bukan mcm ramai anak2 Melayu Islam yg dahlah tak mengaji agama, solat ntah tahu ntah idak.. merokok, berpeleseran dsbnya pakai duit mak pak mereka.. Macam anak2 buah "jantan," saya yg umur habis belajar & berenti sekolah kerana malas.. Disuruh kerja taknak, alasan takde kawan, penat, susah kerja2 buruh, gaji kecik.. Siap mak belikan motor sbb alasan takde motor nak gi cari kerja yg sesuai.. Saya anti bebudak macam ni!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: saaid ramdzan ismail <saaidramdzan@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 3 May 2011 19:03:33
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja

Kalau kita lihat dari prespective yg lain,Pusat tahfiz dan sekolah2 agama islam sering kali dianaktirikan olih pemerintah,ditomah dan dituduh agen pembangkang,pusat merekrut kader2 yg tidak sehaluan dgn kemahuan pemerintah.makanya merika seringkali mencari dana secara creative.tidak dinafikan anak2 tersebut sepatutnya tidak berada ditempat2 tersebut pada waktu itu,tapi kalau kita mahu melihat dari positivenya merika menjadi org yg lebih terdidik,lebih berbudi bahasa di bandingkan yg berpeleseran dan jadi bangkai bernayawa..siapa yg komen ,skeptik, yg pernah melawat ke tempat pengajian merika.apa yg sedang merika lakukan dan hasil dari proses yg anak2 itu telah lalui.usah la hantem saja kerana melihat dari satu sudut sahaja.

--- On Wed, 5/4/11, kamal zaman <kamalzaman@gmail.com> wrote:

From: kamal zaman <kamalzaman@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, May 4, 2011, 7:58 AM
















 









Salam..Jumaat malam sabtu 29 april 2011jam 11.30 dikawasan rehat sebelum exit tanjung malimkat rahat agrobazar
semua perniagaan dibazar ni telah ditutup,tetapi pengutip derma macam ni ..2 gadis bawah umur..
bila ditanya..umur 16 tahun..kenapa kutip derma malam2 ni..jawabnya ... hobi saya kutip derma..rasanya nak beri penambar aje kat ustaz yang bawa tu..
malam tadi depan maybank kuantan..jam 8.45..
gadis tu beri salam..dan terus minta derma untuk anak yatim..hiss geram betul..bukan sayang wang tetapi ni sah syndicate kutip derma..patutlah orang islam dipandang rendah oleh orang lain..


2011/5/4 newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>








Pusat Tahfiz Pergunakan
Remaja
By ondscene on
April 24th, 2011








Ampang, Selangor
24 April, 2011
8 malam
Artikel ini mungkin
menimbulkan kontroversi dan mungkin juga membuat beberapa
pihak tidak senang dengannya. Bagaimanapun, demi kebenaran,
saya tetap dengan pendirian saya melalui artikel ini. Artikel
ini bukan merujuk kepada semua Pusat Tahfiz, tetapi beberapa
pusat yang sekaligus telah memburukkan imej Pusat Tahfiz lain.
29 Disember, 2006, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang
amat menyayatkan hati apabila 5 pelajar sebuah pusat tahfiz di
Kedah, maut dalam kemalangan membabitkan van yang dinaiki,
merempuh belakang sebuah lori kontena Pos Malaysia di KM 355.7
Lebuhraya Plus di Sungkai Perak.
Van membawa pelajar Pusat Tahfiz Amal di Km 17 Jalan Yan, Simpang
Empat Kangkong, Kuala Kedah , dalam perjalanan balik dari Kuala
Lumpur.
Antara bahan rujukan yang sempat saya Google:
di sini : Lima pelajar tahfiz maut van rempuh lori
di sini – Murid Tahfiz Disuruh Kumpul Dana
di sini - Mengingati pelajar Pusat Tahfiz Amal
dan blogger Mazidul – Let Us Do It For The Children!
(Saya sendiri membuat liputan kes itu di lokasi kejadian – tetapi
blog ondscene ini masih belum wujud ketika itu)
Kira-kira jam 8 malam sebentar tadi, saya sedang mengisi minyak
di sebuah stesyen minyak di Jalan Lingkaran Tengah 2 di kawasan
Ampang.
Terpandang seorang remaja perempuan (RP) sedang mundar mandir
pergi dari sebuah kereta ke sebuah kereta dengan membawa buku
resit dan beberapa barangan.

Saya amat menantikan remaja itu supaya datang kepada saya.
Saya : Kau buat apa
sini?
RP : Saya kutip derma. Untuk anak-anak yatim.
Saya : Siapa yang hantar kau kat sini? Buat apa kat
sini?
RP : Ustaz hantar. Kutip derma untuk anak yatim.
Saya: Mana ustaz tu?
RP : Dia tinggalkan saya di sini. Dia pergi ke tempat
lain.
Hati saya dah mula panas. terus-terang saya katakan dalam hati ,
'ustaz' itu memang celaka malah kalau sesuai, boleh dipanggil
dayus.
Saya : Kau dari mana? Berapa orang datang? Umur
berapa tahun?
RP : Dari Kedah. datang 4 orang. Semua perempuan ,
ustaz lelaki. Umur saya 16 tahun.
Kenyataan itu menambahkan lagi kadar pembakaran ozon di dalam
hati saya.
Saya : Kau tau tak , apa yang kau buat dan uztaz
bangang kau tu buat, adalah tak betul? Kau ni terang-terang
dah dipergunakan oleh ustaz kau. Kau tu perempuan. Baru 16
tahun, Lepas tu ditinggalkan malam-malam kat sini. Kalau
buatnya ada orang tarik kau masuk van, masuk kereta, kemudian
bawak lari. Apamacam?
Aku ni lelaki, Usahkan lelaki, perempuanpun boleh
buat macam tu, bawak lari kau. Ini Kuala Lumpur. Takkan ustaz
kau tak fikir benda-benda macam tu?
RP : Ini kerja untuk anak yatim. Allah pelihara anak
yatim. Anak yatim akan selamat.
Saya : Kalau macam tu, baguslah ustaz kau ajar ajaran
tu. Tak kisahlah bahaya ke , salah ke, berserah sajalah ye.
Sedangkan pak haji pun boleh mati eksiden, ini kan pulak
perempuan macam kau yang ditinggalkan macam ni. Kau bukan anak
yatim kan? Mana mak ayah? Dia orang tahu tak apa yang kau buat
ni?
RP : Dari Johor. Mak tak marah. Dia tau saya buat
benda ni.
Dakwaan remaja itu yang ibunya tahu dan tidak marah apa yang
dibuatnya, boleh dipertikaikan. Saya rasa, tiada ibubapa waras
yang mahukan anaknya menjadi 'pengemis' setelah dihantar belajar
jauh-jauh, dan akhirnya diajar untuk menebalkan muka meminta derma
dari orangramai – remaja perempuan, ditinggalkan seorang diri dan
di waktu malam dan di tempat yang amat asing baginya.
Jika kenyataan itu pula tidak benar, bermakna Pusat tahfiz itu
yang mengajar anak muridnya berbohong.
Remaja itu mendakwa, pusat tahfiznya mempunyai cawangan di
Damansara. Jika benar ada di Damansara sekalipun, mengapakah
perlunya penuntut dari Kedah dan perempuan pula, dipergunakan
untuk mengutip derma di Kuala Lumpur?
Jika benarlah kutipan itu untuk anak yatim, berapakah
'keuntungan' bersih yang mereka dapat, jika kos minyak, tol dan
makan-minum untuk 3 hari untuk sebuah kereta dinaiki 4 pelajar
perempuan dan seorang ustaz (dakwanya, datang 3 hari lalu dan akan
pulang malam ini ke Kedah)boleh menjangkau RM1,000.
Bagi saya, benar-benar kerja bodoh dengan menggunakan alasan
ugama dan anak yatim.
Saya merakamkan beberapa keping foto remaja itu dan buku resit
yang dibawanya.
RP : Encik ambillah resit tu satu.
Saya agak terkejut dengan
kenyataan remaja itu. Resit itu tertulis RM10 setiap helaian. Jika
saya mengambil sehelai, bermakna dia perlu menggantikan RM10 jika
saya tidak memberikannya RM10.
Ini berkemungkinan boleh diagakkan, bahawa sebenarnya pengutipan
'derma' yang dilakukan memang tiada sebarang audit atau 'check and
balance' kerana resit boleh dibagi sewenang-wenangnya. Tidak
mustahil, kutipan juga boleh diselewengkan.
Oleh kerana saya perlu bergegas ke satu mesyuarat, saya terpaksa
pergi meninggalkan remaja itu yang akhirnya saya lihat hampir
menangis dan sebak.
Mulutnya tidak henti-henti bercakap yang antara dengar dan tidak
– " Cepatlah…cepatlah datang.."
Saya berandaian, dia mengharapkan ustaznya datang untuk
'menyelamatkannya'.
Jam waktu itu 8.15 malam dan menurutnya, uztaznya akan datang
mengambilnya jam 9 malam dan dakwanya mereka akan terus balik ke
Kedah malam ini juga.
Dakwanya juga, 3 lagi rakannya ditinggalkan di lokasi berlainan
dan petang tadi mereka di Sg Buloh mengutip derma di depan premis
bank.
Saya meninggalkan remaja perempuan itu dengan berjuta persoalan.
Di masa sama, hati saya juga sebak dan hampir menitiskan airmata
kerana ada manusia sanggup pergunakan remaja perempuan semuda itu
dengan berlapikkan ugama dan anak yatim.
Cuba anda bayangkan
, jika anak anda sendiri diperlakukan sedemikian.
Usah gunakan hujah ugama atau nas, hadis atau riwayat nabi-nabi
dalam kes begini kerana orang berakal sahaja yang dapat membezakan
betapa ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada
kanak-kanak/remaja.
Perkara begini berlaku di banyak tempat, dan anda sendiri boleh
saksikannya sendiri.
Dan , Pusat Tahfiz tersebut,
langsung tidak mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa
pelajarnya pada 29 Disember 2006 itu.
Lebih tragis lagi, dalam kejadian itu, ibubapa hanya mengetahui
anaknya diperlakukan demikian oleh pusat tahfiz tersebut setelah
tragedi yang menimpa anak mereka.
Secara kebetulan, remaja perempuan yang saya temui itu adalah
dari pusat tahfiz yang sama .
Saya percaya, remaja-remaja ini mungkin telah ditanamkan di dalam
kepala dan hati mereka , apa yang dilakukan adalah jihad, di jalan
Allah, kerja kebajikan, kerja amal dan jika ada apa-apa berlaku,
redha sahaja dan ketentuan tuhan. Sebab itu remaja-remaja ini
begitu tegar dan tidak mepedulikan apa sahaja yang masyarakat
katakan. Malah mungkin mereka juga tidak mengetahui akan natijah
perbuatan ini, mungkin juga tidak didedahkan dengan kes kemalangan
yang pernah berlaku membabitkan rakan mereka suatu ketika dulu
kerana kebayankan mereka ditutup minda dan perhatian akan
perkembangan semasa.
Wahai pihak yang
berwajib, tolonglah lakukan sesuatu . Kasihanilah
remaja-remaja yang dipergunakan itu. Mereka masih mentah dan
mudah terpedaya dan diperdaya. Kita tidak mahu lagi tragedi
seperti 29 Disember 2006 itu berulang lagi.
--









-----------------------------------------#########-----------------------------------------

--------------------------------------Mail
Forwarder-------------------------------------

Formerly Known As Tai_Ci_Master.

Visit:

WWW.PENDEKARBLOGGER
.COM

WWW.GELANGMANIKWANI
TA.BLOGSPOT. COM
(New)


WWW.HARUNYAHYA
.COM


join  : malaysianews- subscribe@
yahoogroups.com

         :
malaysianews+subscribe@ googlegroups.com



-Whomsoever ALLAH
guides, none
can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
































__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment