Tuesday, May 24, 2011

RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Benarkah FELDA Meminjam Dari KWSP?

 

Survey pagi ini aku dikejutkan dengan berita dalam "Detikdaily". Adakah berita ini benar? Jika benar mengapa? Jika tidak, dari mana Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mendapat berita ini? Jika anda hendak tahu, mari kita baca dan fikir-fikirkan.

Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) meminta kerajaan menjelaskan tujuan FELDA membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, ANAK menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

Laporan yang ANAK terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut FELDA telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?

"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan FELDA dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa FELDA sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada FELDA diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.

Laporan FELDA meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab FELDA belum lagi reda.

"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai FELDA merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.

RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru FELDA.

Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.

Pada sidang media sama, Mazlan turut mempersoal status anak peneroka yang belajar di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC).

"Walaupun peluang belajar kejuruteraan kapal terbang suatu langkah yang dialu-alukan, tetapi ia mesti telus. FELDA mesti menjawab nbeberapa persoalan.

"Apakah status terkini program tersebut, berapa kos sebenar untuk seorang pelajar METC?

"Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat, Europen Aviation Safety Agency (EASA) atau British Civil aviation Regulation (BCAR)?

"Adakah benar dakwaan kos yang dibayar oleh FELDA terlalu mahal? Setakat manalkah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh?" soalnya.

Tambahnya, ANAK menerima laporan bahawa sebanyak RM260 ribu diperuntukkan untuk seorang pelajar.


Sumber: Detikdaily

IlyTrolak:

Memikirkan logik atau tidak FELDA meminjam pada KWSP. Kebelakangan ini kenaikan harga getah dan sawit boleh membawa keuntungan kepada FELDA. Tapi...



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/25/2011 06:30:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment