Monday, May 30, 2011

RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] PBSM Sasar 1,000 Sukarelawan Baru Setiap Tahun

 

BACHOK, 30 Mei (Bernama) -- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) menyasarkan pertambahan 1,000 anggota sukarelawan baru setiap tahun bagi menghulurkan bantuan ketika berhadapan dengan malapetaka dalam dan luar negara.

Setiausaha Agungnya Datuk Nordin Razak berkata anggota PBSM akan berkhidmat memberi pertolongan antaranya kepada mangsa tanah runtuh, kebakaran dan bencana ribut.

"Mereka akan dilatih secara profesional supaya mampu memberi pertolongan cemas kepada mangsa yang memerlukan," katanya kepada pemberita sempena perhimpunan PBSM peringkat kebangsaan di Kem Kandis di sini pada Isnin.

Lebih 2,000 peserta termasuk dari 15 buah negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei menyertai perhimpunan itu yang diadakan selama seminggu bermula Ahad.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed merasmikan perhimpunan itu pada Ahad.

Nordin berkata sehingga ini seramai 350,000 sukarelawan sebahagian besarnya daripada golongan belia dari seluruh negara telah menyertai PBSM.

Sumber: BERNAMA


IlyTrolak:

Sejak tahun 2009, PBSM telah menggunakan nama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Satu bidang sukarelawan yang lebih kepada keprihatinan kepada orang awam. Mereka yang berkelayakan setanding dengan para pegawai perubatan.



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/30/2011 03:05:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment