KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkemas semua inisiatifnya dalam mengurangkan kadar jenayah bagi menjayakan program "Crime Awareness Team (CAT)", yang menyasar penglibatan golongan belia dalam aktiviti pencegahan jenayah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata inisiatif seperti mendekatkan polis dengan masyarakat melalui polisi berorientasikan komuniti, pegawai perhubungan sekolah dan Rakan Cop, mampu memberi impak kepada golongan itu agar mereka lebih peka terhadap keperluan untuk bersama menjaga keselamatan serta ketenteraman negara.
"PDRM juga akan turut secara langsung membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan aktiviti yang telah dirangka, termasuklah kursus kepimpinan CAT, 'Info on Wheels', capaian di kawasan panas, CAT@Community dan kem interaktif Kepimpinan CAT peringkat kebangsaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau yang menghargai penubuhan CAT berkata selain inisiatif sedia ada, PDRM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri serta agensi berkaitan, akan merangka strategi dan aktiviti yang bermanfaat kepada lebih 10 juta belia di negara ini.
Katanya, PDRM juga akan memberi tumpuan terhadap strategi pencegahan jenayah di kalangan remaja di kawasan panas dengan memantau trend serta mengambil tindakan mencegah kegiatan itu dan salah laku membabitkan belia.
Selain itu, Ismail berkata kemudahan prasarana terutama teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) PDRM akan dipertingkat serta menjadi platform utama bagi membantu golongan belia menyalurkan maklumat berkaitan pencegahan jenayah.
Sumber: BERNAMA
IlyTrolak:
Satu usaha yang bagus jika dilaksanakan dengan sebaiknya. Golongan muda merupakan golongan yang mudah untuk dipengaruhi. Terpulang sama ada pengaruh positif atau pengaruh negatif yang kuat mempengaruhi. Semoga kadar jenayah dapat dikurangkan dengan tertubuhnya CAT ini.

--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/30/2011 01:59:00 PM
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment