Saturday, May 28, 2011

RG2011... [::::: Aku Budak Trolak :::::] SAPS: Permasalahan Dan Penyelesaiannya

 

  1. Pelajar yang ingin didaftarkan tidak boleh didaftarkan kerana nama pelajar telah terdapat dalam pengkalan data sekolah.

    Punca: Nama pelajar di sekolah lama masih belum dipadamkan namanya oleh SU Peperiksaan.

    Penyelesaian: SU peperiksaan atau guru sekolah perlu memadam nama pelajar yang telah berpindah.


  2. Guru kelas dan guru mata pelajaran terlupa kata laluan dan login ID.

    Penyelesaian: Boleh merujuk kepada SU peperiksaan sekolah untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan.


  3. SU peperiksaan terlupa kata laluan dan login ID.

    Penyelesaian: Boleh merujuk kepada PPD masing-masing untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan.


  4. Tidak boleh mengemaskini data murid untuk Tahun 2011.

    Punca: Data SMM 2010 tidak dapat link ke SAPS.

    Penyelesaian: Tanggungjawab Admin pada tahun ini ialah:

    i. Daftar kelas tahun 2011

    ii. Daftar guru kelas 2011

    iii. Tugas guru kelas ialah mendaftar nama murid untuk kelas masing-masing.

    iv. Tugas guru subjek ialah mendaftar mata pelajaran dan kelas yang diajar.


  5. Tidak boleh memuat naik logo sekolah.

    Punca: Logo tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

    Penyelesaian: Admin SAPS akan menyelesaikan masalah ini.


  6. Guru baru datang tidak boleh didaftarkan.

    Punca: SU di sekolah lama tidak memadam (reset) data guru tersebut.

    Penyelesaian: Boleh meminta bantuan SU tersebut untuk memadamkannya dengan menghubungi talian tertera atau meminta bantuan pihak PPD untuk memadamkan data lama tersebut.


  7. Nama guru tiada dalam pengkalan data dan tidak boleh didaftarkan.

    Punca: Data guru tersebut belum didaftarkan di mana-mana sekolah dan belum wujud dalam pengkalan data.

    Penyelesaian: SU Peperiksaan boleh daftarkan nama guru berkenaan dari menu 'Daftar Guru'.


  8. Seorang murid telah berpindah ke sekolah lain tetapi namanya dan markah ujiannya masih terdapat dalam penkalan data sekolah.

    Punca: Guru kelas/SU belum hapuskan namanya.

    Penyelesaian: Guru Kelas/SU boleh manually delete nama murid dan semua data murid tersebut dan pindahkan murid berkenaan ke sekolah barunya.


  9. Apabila nama seorang guru telah dikeluarkan dari data sekolah ke sekolah lain, data ujian subjeknya turut terhapus.

    Punca: Nama guru dan murid subjeknya tidak boleh dihapuskan terlebih dahulu selagi belum ada guru baru untuk digantikan.

    Penyelesaian: Daftarkan nama guru baru untuk menggantikan kelasnya atau subjeknya.


  10. "The requested URL was not found on this server."

    Punca: Server busy atau kesesakan trafik di server SAPS.

    Penyelesaian: Cuba login selepas 1 minit beberapa kali sehingga dapat masuk server data SAPS. Kalau masih tak boleh, cuba bersihkan 'cookie' di Internet Option Security.


  11. Macam mana dengan subjek yang tiada markah seperti Muzik dan PJK.

    Penyelesaian: Masukan markah seperti berikut:
    A (80-100), B (60-79), C (40-59), D (20-39), E (1-19)
    Guru boleh meletakkan markah dalam linkungan gred tersebut.



  12. Macam dengan murid yang tidak hadir untuk peperiksaan.

    Penyelesaian: Letakkan TH (tidak hadir) untuk murid berkenaan.



  13. Guru hanya taip separuh sahaja dan boleh keluar sistem tak?

    Penyelesaian: Setiap kali selepas daftar murid atau masuk markah murid, pastikan cikgu simpan data. Kalau tak siap pada hari itu, cikgu boleh sambung balik pada hari lain.


Sumber: CikguBlogdotcom





--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 5/29/2011 12:10:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment