Saturday, May 28, 2011

RG2011... ~~~Eset anugerah Allah~~~

 


Setiap manusia  atau  individu  mempunyai  keuniqkan  tersendiri
yang berupa anugerah dari Allah swt. Masing-masing mempunyai
eset sejak  dilahirkan.  Yang mana eset  utama adalah kebebasan.
Kita  boleh mencorak antara kehidupan  yang ada  samada buruk
atau baik. Ini semua  terpulang  kepada individu itu sendiri untuk
menyemai  eset itu. Kita  juga perlu berusaha  dan berikhtiar bagi
mengasah  bakat  yang  ada  pada diri  sendiri, keluarga,  agama.
bangsa  dan negara.  Kita  juga  merupakan  khalifah  di bumi ini
untuk menjalani dan menyebarkan ilmu. 

Namun  dalam  pada itu  kita perlu  menghadapai segala risiko 
dari hasil perbuatan kita. Sekiranya baik dan bermanfaat maka
baiklah hasilnya. Jika buruk maka  akan buruk  juga akibatnya.
Jadi  jangan  mudah  menyalahkan orang lain. Jangan jadikan
sebagai bebanan pada orang lain.

Apa  yang  jelas  jangan jadikan kelebihan  eset  yang  ada bagi
melakukan kerosakan pada manusia dan bumi. Sebagai contoh
sekiranya  mempunyai  kepandaian  dan mahir  dalam  perisian
teknologi maklumat janganlah digunakan bakat alamiah anugerah 
Allah  itu  untuk  memuat  turun  maklumat-maklumat yang tidak
benar, menyebar fitnah, memberi mudarat pada orang lain. Dan
ingatlah kebebasan yang anda pilih bukan tiket untuk anda bagi
menjahanamkan orang lain. 

Apa yang perlu hendaklah mengikut  aliran  hukum hakam yang
telah Allah tetapkan, berpandukan al-quran dan hadith. Dan juga
dengan melakukan amalan yang baik akan menjernihkan minda.
Akal atau fikiran yang terus dibajai  akan berfikiran waras, Islam
adalah agama yang mudah dan senang  diamalkan  oleh setiap
golongan. Umat islam hendaklah sentiasa menyampaikan pada
perkhabaran yang menggembirakan dan  jangan  menimbulkan
yang membawa kepada kesulitan. Dan  berdakwahlah  ke jalan
Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana agar boleh diterima
dengan mudah dan rela.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Apabila  
salah  seorang  dari  kamu mengerjakan  
amal-
amal  yang  membuktikan  keislamannya dengan sebaik-
baiknya (serta  dengan  ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan 
yang 
dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh 
kebajikan
yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda 
dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis 
baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."
(HR Bukhari)
 
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

090416-greatday.gif picture by Bia_kiran_2009

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment