Wednesday, August 3, 2011

Re: RG2011... Cerpen loghat Pahang : Seri Dioh

 

Saya cuba memahami abhasa ni dan menulisnya kembali. Betulkah apa yang saya faham......?
 
hahaha....
Abi, gamoknye org negeri reti dok loghat ni yak...
>Abi, agaknya orang negeri fahamkah loghat ni ya?
 
koi rindu ngat loghat.. dulu anok koi ledoit loghat ni.. keknye masa abih seme cakap loghat saboh dah... waaa...
> Aku rindu pada loghat ni. Dulu anak aku biasa loghat ni. Kini semua bercakap loghat Sabah
 
JO 9 D


 
DERI DIOH
Episoid 13

Ngaeler Dioh mawok ghage ter. Ander masenye cemaih Dioh tersungko.
>Ketika Dioh membawa raga tu, ada masanya hampir tersungkur. Mak sudah jauh kedepan. Dioh sebentar berlari dan sebentar berjalan. Tangan mak memegang besen diatas kepala. Sesekali dia melepaskan kedua-dua pegangan tanganya dan Mak hanya melenggang tangan. Sampai dirumah Mak Uda Yang, Mak berhenti kerana sudah pertengahan perjalanan. Mak menurunkan besen yang dijunjung keatas tanah. Penat kata Mak. Dioh duduk diatas dahan getah yang jatuh ditepi jalan. Dahannya agak lembab sedikit kerana ditimpa embun. Diah duduk dengan caranya sendiri. Penat /mengah juga Dioh. Mak mencangkung ditepi besen. Gulongan kain yang diguna untuk mengalas kepala diletakkan diatas 'bedaghe'. Sekira penat Mak telah hilang, Mak mengajak Dioh meneruskan semula perjalanan. Bimbang jika lambat sangat tidak sempat 'baih'  pagi. Segera Dioh bangun mengekori Mak.
__________________________________________________________________
Ngaeler Dioh mawok ghage ter. Ander masenye cemaih Dioh tersungko. Mok dah laju ke depan. Dioh mentor2 belaghi mentor2 bejalan.Tangan mok begilir megang besen ataih kepala. Sekali sekala lepaih dua2. Melenggang je mok. Sampae engkat ghumoh Mok De Yang, mok beghenti. Bagi dua jalan dah. Mok tughuinkan besen bedaghe letok ataih tanoh. Kohoit. Kabo dak mok. Dioh duduk ataih dahan getoh jatuh tepi jalan. Lembak sikit kayu ter empak dek emboin. Ket Dioh semacang je nenggek. Mengoh jugek Dioh. Mok encangkung dekat besen. Gulung kain ataih kepala mok letok ataih bedaghe. Agok2 dah ilang sikit kohoit mok ajok Dioh bejalan semule. Bimbang kala lambait ngat kaghang tak dan baih pagi. Bingkaih Dioh banguin ngekor mok. (bersambung)


--



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment