Wednesday, August 3, 2011

Re: RG2011... Merah jadi Biru

 



  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam seperti yang dilaporkan di portal Malaysiakini, sebenarnya tidak benar.
                                                           

    Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982. 

    "Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Mismah sudah 29 tahun menetap di Malaysia dan telah mendapat status sebagai warganegara lebih kurang 7 bulan lepas.

    Menurut undang-undang antara syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang memohon taraf kewarganegaraan adalah :

    Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan. 

    Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
    Pemohon berkelakuan baik. 
    Pemohon mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang memadai.
    Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.



    Tahniah juga kepada blogger pembangkang yang telah menjadi beruk kena belacan semalam membawa kita semua tahu bahawa pemimpin mereka Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah.

        
     


    2011/8/3 Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
     
    by kulatlapok


    Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara. Ia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan disini pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya telahpun direkodkan.


    Apakah selama ini rakyat Malaysia benar-benar telah DITIPU? Apakah PENAFIAN SPR kali ini..?? sama-sama kita tunggu...

2011/8/2 yusof muhamad <white4clean@yahoo.com>
As Salam,
 
Jikalau ini benar terjadi.....Tahniah di atas begitu efficient sekali pihak kerajaan melakukan perkara ini.
Mungkin kita semua boleh check semua dgn Indon-Indon, Bangla-Bangla dll pendatang asing, mungkin mereka dah dapat tukar dari MyPR (Merah) ke MayKad (Biru)....Boleh check semua...
 
JPN mengatakan biometrik baik akan meningkatkan tahap pengurusan dalam negara bersangkutan kerakyatan, pendatang asing dll. KP Biru dikatakan bersyarat, mesti ada surat kelahiran asal, nama ibubapa sebagai rakyat Malaysia dll...Tapi jika semata-mata politik utk kekal tadbir negara....wah....ini sangat bahaya kpd rakyat Malaysia semua kerana pendatang asing berkad pengenalan Merah (MyPR) dah bertukar Biru (MyKad - bergelar rakyat Malaysia & boleh mengundi).
 
Jika ini betul...ketika mengundi nanti...mungkin orang belakang atau hadapan kita, muka macam Melayu...tapi bila ditegur tak pandai nak jawab...Rupa-rupanya bangsa Nepal...boleh terjadi jika ini benar dibuat...Muka Indon dgn Jawa Malaysia masih jauh berbeza ....nampaknya kita semua sendiri rajin2lah check....
 
 
Wassalam. 
 
 
 
.................................................................................................................................................................................................................
Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 2, 11
4:05pm
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment