Friday, August 5, 2011

RG2011... Bongkar,tahfiz yg peralat anak2 yatim

Bongkar: Patutlah 'Modus Operandi' Tetap Sama, Rupanya Pusat Tahfiz Amal Juga Di Asaskan Oleh Ustaz Azhar Wahab Al-Mansur Holdings Sdn Bhd!

KUANTAN, 5 Ogos - Biar pun sudah beberapa kali didedahkan oleh media tentang sindiket peralat anak-anak yatim untuk pungut derma. Namun operasi pihak berkenaan dilihat masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang perasaan bersalah dipihak terbabit. Terbaru, tinjauan krew kami ke sebuah stesyen minyak di Indera Mahkota dekat sini hari ini mendapati pelajar yang kononnya bekas penuntut Pusat Tahfiz Amal dari Alor Setar Kedah itu masih terus menjalanan kerja mereka seperti biasa.. Malah, mereka sedikit pun tidak gusar dengan tindakan kerajaan mewar-warkan perkara itu mutakhir ini. Semalam, sebuah akhbar arus perdana menyiarkan secara eksklusif laporan tersebut di muka depan akhbar mereka. Sangkaan kita, dengan penyiaran itu akan menyebabkan operasi anak-anak yatim itu dihentikan. Namun, jangkaan itu meleset malah mereka lebih agreasif menjalankan operasi tanpa mengindahkan tindakan yang bakal dikenakan oleh kerajaan. Modus operandi mereka tetap sama iaitu menjual kalendar, CD dan kurma semperna bulan Ramadan ini. Kita ditanya kepada pihak stesyen minyak terbabit, mereka mengakui sudah beberapa kali menasihatkan anak-anak yatim itu beredar atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Namun, mereka tetap engkar malah meletakkan anak yatim berbeza-beza dan silih berganti pula. Ini adalah bukti yang pihak yang berkenaan langsung tidak takut dengan tindakan kerajaan itu sebenarnya.

Azhar Al-Mansur Rupanya Pengasas Tahfiz Amal

Krew kami cuba mendekati salah seorang anak yatim terbabit dan bertanya tentang kegiatan mereka."Kami datang dari Kedah, dan saya sudah habis belajar di tahfiz itu. Kami buat kerja amal ini dengan sukarela tanpa ada paksaan. Kalau encik nak menyumbang silakan dan kalau tak mahu tak mengapa", katanya tanpa perasaan gusar dan sebagainya. Amatlah mengejutkan bila mana mereka begitu yakin dengan jawapan yang diberikan, sambil memujuk kami membeli barangan yang ditawarkan itu. Persoalannya kenapa mereka ini tidak takut langsung dengan tindakan pihak berkuasa. Siapa mereka sebenarnya?. Ada maklumat yang mengatakan Pusat Tahfiz Amal itu diasaskan oleh Azhar Wahab. Beliau adalah individu yang sama menubuhkan Al-Mansur Holdings Sdn Bhd yang selama ini menjalankan aktiviti yang sama seperti itu. Menjual kalendar dan CD adalah kerja-kerja Al-Manusur selama ini. Azhar Wahab bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan tidak mendapat pendidikan agama secara formal. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Sidim, Kulim, Kedah. menyambung pelajaran sehingga ke tingkatan 3 di Sekolah Menengah Padang Serai, Kulim. Selepas memperolehi SRP, beliau berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit dekat Ladang kelapa Sawit Padang Buloh juga di Kulim Kedah.


Gelagat anak yatim itu ketika gambarnya dirakamkan oleh krew kami

Aksi mereka ketika merayu supaya membeli barangan sambil menderma
Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada Pegawai Eksekutif di Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional Jalan Ampang, Kuala Lumpur. emudian menjawat penjual kereta terpakai, ketika itu sudah berkenalan dengan Ustaz Hanapi, bekas orang kuat Al- Arqam. Mendakwa memimiliki keupayaan mengubat dan mengurut mengikut amalan tradisional, secara bersendirian dan juga berkhidmat untuk bekas ahli Al-Arqam. Dari situ bermula usaha mempengaruhi bekas pengikut Al-Arqam dan menubuhkan syarikatnya sendiri sehingga kini. Dipanggil 'Ayah' oleh pengikut, staff dan kakitangan dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian 'Tuan', 'Yang Amat Mulia', 'Yang berhormat Mulia' dan terakhir sekali 'Yang Teramat Mulia Ayahanda Raja'. Buat masa ini Pusat Tahfiz Amal itu di uruskan seorang individu bernama Cikgu Muslim (HP 019-3893544).

[Jika benar dakwaan ini, maka kerajaan perlu segera menghalang operasi memperalatkan anak-anak yatim untuk tujuan kutip derma ini. Ia jelas sekali menyalah gunakan mereka untuk kepentingan pihak terbabit. Justeru itulah kita tidak hairan mereka tidak malu dan begitu berani melawan bila ajukan soalan-soalan panas tentang aktiviti mereka. Persoalannya, jika benar merek itu dari Pusat Tahfiz maka kenapa mereka tidak berada disitu untuk belajar Al-Quran?. Apa motif pusat tahfiz terbabit menghantar anak-anak yatim berkenaan memungut derma?. Bayangkan, difahamkan sehari ia berjaya mengutip derma hingga mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan resit RM10 yang diberikan kepada pelajar berkenaan. Jika ini caranya, ia jelas sekali tidak wajar sebenarnya dan kerajaan perlu bertegas hal ini. Jangan biarkan mereka terus diperalatkan].
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment