Tuesday, July 31, 2012

Re: RG2011... Fw: PERSENDA SOLAT, PENGHINAAN BESAR!

Tak perlu marah kepada kaum musyrikin ini sebab mereka tidak mengetahui. Harusnya kita menerangkan setiap perincian ibadah kita kepada mereka seperti maksud takbiratul ihram, ruku', sujud dan sebagainya. Ini tidak ada dalam agama mereka. Insya Allah, sekeras-keras hati Omar al Khattab pun akhirnya menerima Nur Islam juga.

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, July 29, 2012 11:34 PM
Subject: RG2011... Fw: PERSENDA SOLAT, PENGHINAAN BESAR!

 

 

PERSENDA SOLAT, PENGHINAAN BESAR!

nizar-coretanku.blogspot
 
ASTAGHFIRULLAH! Begitu teruk dan keji tingkahlaku golongan kafir musyrikin ini menghina dan mempersendakan solat. Solat yang menjadi tunggak keIslaman bagi setiap orang Muslim menjadi bahan ejekan dan gurauan bagi puak-puak kafir laknatullah ini. Di mana nilai untuk menghormati agama lain?

Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." [ Al-Maidah (5):82].
 
Lihat sahaja bagaimana mereka mempersendakan agama Islam dengan meniru cara bersolat dan salah seorang daripada mereka menunjukkan mimik muka ketawa dengan penuh sindiran. Malah pakaian mereka mempamerkan aurat jelas sekali bertentangan dengan cara bersolat orang Islam. Adakah ini satu niat jahat kaum kafir yang jelas mahu menghancurkan dan menjatuhkan nilai Islam di pandangan dunia?

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan bersedia untuk memperlekehkan, menghina dan menjatuhkan maruah Islam pada setiap ketika. Sebahagian besar agenda mereka telah pun berjaya hinggakan tugas-tugas tersebut di ambil alih oleh manusia yang mengaku diri mereka beragama Islam.

Sebagai individu yang mengaku dirinya beragama Islam, amatlah tidak wajar jika kita hanya menganggap bahawa isu ini hanyalah satu isu yang remeh, yang akan pudar ditelan dek peredaran masa. (Palie Pixel).
 
Posted by Nizar
 
 
 

MEREKA INGAT PERBUATAN ITU LAWAK, MEREKA TAK TAHUKAH PERBUATAN ITU MENGGURIS HATI UMMAT ISLAM 

naimnikmat.blogspot

 



sumber:FB

Islam melarang kita mempersendakan agama2 lain......Janganlah kita jadi seperti mereka, Mereka suka mencetuskan kebencian....


No comments:

Post a Comment