Tuesday, July 31, 2012

RG2011... Fw: AlHumaira Contemporary Diboikot

 

 

Kepada Abby Abadi apa kata buka bisnes tudung sendiri lagi OK rasanya..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot


Eishh awat tangan gatai nak sentuh Abby Abadi tak tau..opsss nak mampos....

bukan sentuh dia laaa tapi nak sentuh bab isu dia kena ditamatkan kontrak sebab jadi duta tudung tuu.. he he he

Alaa Abby apa kata hang buka biz tudung pulak.... pie cari rakan2 artis yg dah berhijrah tuuu buat satu konsortium dan ceburi bidang juai juai tudung nie.... rasanya ini yg terbaik.... bab depa nak tamatkan kontrak tu lantak merekalah....takyah dok bising-bising dalam bulan ramadhan nie... kita ampun sahaja ketakutan tokey tudung tu dengan penyertaan Abby dalam politik....

Tudung wardina dah ada jadi lepas nie mana tau Tudung Abby Abadi pulak boleh gempak satu negara.....

 

Gara-gara Tamatkan Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung, AlHumaira Contemporary Diboikot

 
Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.
-mk

Ulasan GB

Karut betul tindakan syarikat tudung (AlHumaira Contemporary) berkenaan.

Apakah PAS sebuah parti tidak berdaftar?

Tidak sedarkah syarikat itu bahawa kini sudah ramai yang menyokong dan menyertai PAS?

Pengeluar tudung bukan satu.

Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar. Kebenaran dan keadilan bakal terjawab nanti.

Ramai yang bakal memboikot membeli tudung dari AlHumaira Contemporary!

kemaskini

Rupa-rupanya baru sebentar tadi, seperti yang GB jangkakan di atas, sudah muncul FB mengajak orangramai memboikot syarikat tudung berkenaan. Baru 1 jam dilancarkan sudah mendapat respons LIKE seramai 705 orang.


 

Anonymous said...

ini adalah sebahagian ujian ALLAH krn
telah dinytakn d KURAAN hamba-hambany
akan diuji keimanan dan ketakwaan....
percayalah barangsiapa berjuang di JALAN ALLAH nescaya akan diberi kemenangan

solo mum said...

apa punya penaja..... otak sempit

Anonymous said...

tudung dari sykt ini akan lebih laku kerana masih ramai yang freehair berminat untuk menutup aurat

pak su said...

pak su nak habaq kat abby........
elok cuba buka syarikat tudung sendiri.....sure meletup....
setiap kejutan pasti ada untungny
namakan saja tudung dengan jenama
A Abadi.......
selamat berusaha.......
kita tengok nanti alhumaira ke atawa A Abady ke nak meletup !!!

Anonymous said...

update terkini...2149 telah like page tersebut

ahmadyani said...

Agaknya syarikat ini menganggap penglibatan Abby dalam PAS sebagai tidak Islamik.

Apapun saya menganggap syarikat ini hanya berniat untuk untung semata-mata bukanlah kerana ingin memastikan syariat Islam kuat diamalkan.

Sepatutnya mereka bangga kerana Abby mahu kekal bertudung bukan bertudung sebagai duta semata-mata seperti seorang artis itu yang hanya bertudung untuk promosi bergambar, selepas itu buka tudung.

Anonymous said...

adik abby tak mengapa dik!!rezeki ada dimana mana allah akan pasti memberi kesenangan dalam kesusahan.nabi saw terlebih dahulu melalui sekatan,diboikot dan diberi tekanan hebat diawal menyeru umat kejalan allah swt.adik abby sedang melalaui jalan ini cuma berbeza zaman akan tetapi manusia yang sama bertabiat jahilliah.cekalkan hati inshaallah allah swt maha mengetahui,melihat serta mendengar doa kita.akak doakan adik abby serta anak anak diberkati dan dirahmati allah swt.amin.

Anonymous said...

Itulah syarikat melayu yang berteraskan politik, campuradukkan perniagaan dgn politik, Hanya berniaga dikalangan ahli suku sakat atau bangsa sendiri saja macam katak bawah tempurung, kona pi kona mai dok tang tu. Bodohhhh...

hairan said...

a ah kita boikot ramai2

biar syarikat tuh promo pada ahli umno aje yg pakai tudung terutama pada kak rosmah kita

nak berniaga pun kena tengok parti politik ke?

Anonymous said...

Elok Admin tinjau2 siapa empunya syarikat tu. Kalau tak tarik tu hari pasti meletup jenama tersebut. Bod.. betul ye.

annisa said...

penamatan pembelian....:)dari salah seorang customer AHC

saya dah pun keluarkan nota penamatan pembelian tudung dari Syarikat AHC utk agihan pelajar pelajar yg mendaftar penginapan saya. Saya tidak gemar penindasan..

Mohamad Asri A. Bakar :
Pengarah Urusan , Asri Cempaka Inn Ent · Feb 2009 to present · Ipoh, Perak
Pengurusan 13 buah Homestay & 60 Rumah Sewa dan Transit
- Kapasiti 220 bilik ( loc IPOH )
http://www.facebook.com/mohamad.a.bakar/info

Anonymous said...

aku pon baru je like page boikot tu..da ramai da yg like sekarang, memang x berapa nak pandai la pengusaha tudung tu, dia fikir umno ke yg bg rezeki utk jualan tudung.bengong.

Anonymous said...

sama-sama kita boikot alHumaira dan air mineral 1 Malaysia

Roza said...

Rezeki di bumi Allah sangat luas.Jika benar syarikat tu nak lakukan penindasan kpd org yg tak bersalah, suatu hari Allah akan tunjukkan jalan keinsafan buat mrk.

 

 

Al-Humaira dan 'mangsa' kepada si'pipi' merah

al-brangionline.blogspot.
 
Kata Ustaz, Humaira adalah nama timangan kepada Siti 'Aishah RadiAllahu anha Ummul Mukminin isteri kepada Nabi Muhammad SAW yang bermakna si-pipi merah.

Di bawah ada dua cerita mangsa kepada 'Al-Humaira'......macam-macamlah pulak.

Ada seorang selebriti yang telah ber'hijrah' dan menjadi ahli PAS sekaligus (seumur hidup) telah ditamatkan kontrak beliau sebagai duta tudung kepada sebuah Syarikat tudung Al-Humaira Cotemporary seperti DI SINI , 4 Julai 2012 yang lalu kerana konon-kononnya perniagaan mereka terjejas teruk setelah selebriti itu ber'hijrah'......alahai.....kesian pada syarikat itu.

Dalam cerita yang lain pula......ada seorang lagi mangsa 'al-Humira sibibir merah' iaitu seorang yang bakal membuat 'fixed-deposit' di negeri bawah bayu merosot sehingga ke'keringan' boleh diikuti DI SINI .

al-brangionline:

Harap bersabar......pasti ada hikmah di sebaliknya kerana yakinlah Allah Maha Pemberi Rezeki.....Ar-Razaq
 
 
Kontrak Duta Tudung Abby Abadi digugur
Wartawan Sinar Harian
sinarharian.com
 
Abby Abadi

NAMA Abby Abadi kembali menjadi sebutan apabila melalui akaun Twitternya, dia mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Laporan Media Hiburan menyebut, melalui akaunnya juga, Abby telah berkongsi kenyataan yang didakwa milik pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia yang menjelaskan bahawa penglibatan Abby dalam politik telah menjejaskan perniagaannya.

Berikutan pembatalan kontrak itu, Abby menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka di samping memohon maaf dengan penglibatannya dalam Pakatan Rakyat.

  • bn Hazim Isma · Top Commenter · Works at Self employed
    para pendokong PR jangan lagi berurusan dengan al-Humaira Contemporary...tindakan yg diambil menggambarkan dia tak percaya kpd rezeki Allah.
     
    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Para Muslimin dan Muslimat, jangan bagi satu undi pun pada PAS kerana, mereka ni memiliki ciri-ciri khawarij. pelihara aqidah anda. Sila buat rujukan kepada ulama di luar negara untuk penelitian yang lebih adil. www.islamqa.com, www.islamweb.com. saya dah hantar, dah dapat pun jawapan. so, saya tidak akan mengundi PAS pada tahun ini. Semoga Allah mengampunkan dosa saya pada 2008. Amin.
    • Mohd Sharil
      Abdullah Yew ape ciri UMNO????
       
  • Hashim Amir Musa · Top Commenter · Sek Tinggi Setapak,Kuala Lumpur 71'
    ini dunia perniagaan, jangan politikkan isu, mmg rezeki Allah beri..tapi jika kita silap langkah dan silap strategi...krana keceluparan mulut kita..rezeki pun buleh melayang,..ramai artis berubah dan bertudung, rezeki bertambah lagi dan masih kekalkan karisma kerana tak sentuh hal2 politik...Muhasabah diri dulu dan belajar dari kesilapan kita....politik tak kotor tapi jika kita silap langkah , banyak buruk dari baiknya...WallhuA'lam...
  • Yakin dengan Rezeki dan Pertolongan Allah.... InsyaAllah, ada yg lebih baik menanti.. :)
      • bukan politik kotor..tpi orng yag kotor..sebab hanya ceburi politik orng batalkan kontraknya..apa maslah dengan politik.itu hak individu.tp yng umairah batalkan kontrak tu sebab apa...sebab hatinya tak senang dengan abby.kalau dia kata sebab perniagaannya terjejas, maknanya dia menafikan rezeki Allah Taala..
      • politik tuh xkotor,yg mengotorkanya adalah manusia tuh sendiri!!!!
    • Rezeki ada di mana-mana. Hanya Allah sahaja yang tahu...
    •  
      •  Roslan Ibrahim · Top Commenter · Klang
        Siapa awak nak nak buat hukum sendiri dan menilai seseorang???
         
    • Suhaimi Omar · Top Commenter · Guru Akademik Tingkatan 6 at Guru
      Tamat kontrak pun tak apa, bayaran untuk ceramah lebih tinggi berbanding bayaran jadi duta
      • Hanapiah Hanapi · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan manir
        Aku setuju boikot saja jenama tudung ini..
      • Abby biarkan la slgi hidup pasti ade rezeki..lpas ni mlimpah2 rezeki dtg abby yg penting hati suci pd agama..
        • Abdullah Othman Abd Ghani · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
          : Nawaitu (niat) kita, Allah saja yg tahu,... mungkin itu salah satu yg tuhan tarik agaknya!
          • Bro Pian · Top Commenter · UITM
            abdullah..lumrah klu nk buat benda yg baik slalunye mghadapi byk cabaran.sepatutnye dibagi semangat dan dorongan.dia nk buat apa2 itu hak masing2 knpa perlu didiskriminasi...hati2 dlm mentafsir org jika tdk mahu allah tarik apa yg kite ada.. 
        • Ada sesetengah orang cuba menghukum Abby akibat menyokong PAS...Cabaran dunia kepada artis2 yang ingin beralih pemikiran politik....Hanya artis yang teguh pemikiran saja yang mampu.
          • Pu Endak Pudin
            patutnya jadikanlah sharizat jalil sebagai duta syarikat mewakili UMNO setelah ABby Abadi mewakili PAS. macam mana ok tak idea tu...... he..he..he. ada dua duta tak peeee..
          • Sharifah Norehan Syed Rozali · Top Commenter
            InsyaAllah ada rezeki yg lebih besar Allah akan bagi..bukan salah syarikat tu pun..tpi masyarakat yg taksub sgt bab2 politik ni...org lain yg terpaksa menanggung nya
          • Rosmaiza Daud · Top Commenter
            SYARIKAT ORANG ISLAM SENDIRI YANG BUAT LEPAS NI JANGAN MARAH KAT ORANG BUKAN ISLAM KALAU BUAT BENDA YANG SAMA.
          • Bro Pian · Top Commenter · UITM
            selaku org baru dlm bidang politik sy nasihatkan abby lebih berhati2 dlm semua perkara apatah lg berada dlm politik malaysia yg suasananye berat sbelah semestinye dugaan dan cabaran amat lah besar..
              Azhar Ibrahim · Top Commenter · Seremban
            • Syorkan Abby buatlah tudung jenamanya sendiri.Isteri saya akan menjadi pelanggannya yg pertama dan selama2nya.Moga Allah swt merahmatinya.
              • Adi Suzuki · Top Commenter
                Rezeki allah dimana2pun ada..
                •  Yang Reti Base · Top Commenter
                • Shaikh Mohd Nordin, kalau aku kata perut mung busuk mung marah! Sepatutnya, mung ucap tahniah kepada Abby kerana menerima hidayah daripada Allah SWT supaya berpakaian menutup aurat. Tutup aurat dapat pahala; pamer aurat dapat dosa.
                  PAS parti Islam. Undi PAS masuk syurga.
                  Kamu bila lagi nak terima hidayah Allah, bertaubat dan terus kembali kepada Allah SWT?
              •  
              • Hijab Sang Pencinta · Top Commenter
                Terlalu kecil sangat dugaan yang Allah beri kalau setakat membatalkan kontrak menjadi duta. Kan hidayah untuk berhijrah itu lebih tinggi darjatnya? Kenapa dalam mengaku menjadi umat Islam kita saling menyalahkan orang lain? Tidakkah kamu yakin dengan rezeki Allah?
                 
              • Farid Samsol · Top Commenter · Johor Bahru
              • Imam Syafie berkata: "Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".
                • rezeki allah taala yang beri bukan parti politik...jadi bangkai lagi baik.
                • Gomo Biar Molek · Top Commenter · Works at JKR Kelantan
                  rezeki tuhan yg bagi.. insyaAllah rezeki akan datang kalau kita di jln yg benar.
                   
                • Leadth Donnick's · Account at Hijauan Bengkoka Plantation Sdn Bhd · 154 subscribers
                  Rezeki terbuka luas pada yg berusaha lebih...
                • Razali Mathassan · Sulb hr m
                  sunnah perjuangan...
                   
                • Zayyadi Salleh · Top Commenter · SMK ROmpiN
                • Ridho ALLLAH yg utama.setiap masaalah ada penyelesaiannya
                •  
                • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
                  Mungkin pengasas Al-Humaira Contemporary menghadapi tekanan dr parti pemerintah... tu sebab terpaksa buat kenyataan mcm ni kot... Apa kata pengasas ni join PR, InsyaAllah bukan setakat rezeki didunia malah rezeki diakhirat nnt bertambah2 gandanya... Amin...
                  • hani elia x kan abby masuk PR perniagaan saudari terjejas cakap saudari ni mcm kurang agama je. rezki ni datang dari allah. umno ajar ahli nya mcm tu ke.
                    • Sam Samsuddin · Top Commenter · Tentera Darat at Kem sri kinabatangan sandakan sabah
                      kan aku dah cakap,klu sokong PAS je mesti ada je halangannya,tp sabar abby ALLAH tu maha adil,ada gak rezeki lain yg akan dtg tu,silap2 pas ni tudung umaira tu plak yg akan lingkup..
                    • bukan salahkan umno tp hakikatnya mmg mcm tu la,klu org nak berubah kearah kebaikan mmg byk sgt halangannya apatah lg klu berubah dan join plak PAS,mmg dah lumrah kat malaysia ni mcm tu,nak senang masuk umno klu, nak susah masuk la PAS,tp ALLAH tau niat dan maksud hambanya,ada hikmah disebaliknya tu...
                       
                  • Memori Lensa · Top Commenter · Cameraman at Memori lensa
                    dan dan rugi... tah tah yg mai beli semuanya org PR... org2 BN/umno kan pakai tudung merah dan biru jer.. hehe... cabootttttt....
                  •  
                  • apa nama butik tudung ni. al Humaira. siap la kena boikot lepas ni.. ha ha ha.
                    • bykan bersabar abby....rezeki ade di mana2.....
                    • jangan pulau Abby dan jangan pulau syarikat tudung tu...Abby jadi mangsa keadaan senario politik negara yang dipimpin UMNO..Syarikat tu pulak terpaksa buat begitu sebab menjaga "ukhuwah perniagaan"...jangan salahkan mereka..tapi salahkan UMNO kerana mencipta senario sedemikian rupa..
                    • Bersabarlah dgn ujian ALLAH S.W.T. usah digusarkan Rezeki hak ALLAH S.W.T, tak perlu dirisaukan. Insyallah saudari akan diber ganjaran yg lebih banyak lagi. Pada muslimin elakkan Isteri, adik dan emak anda menggunakan jenama tersebut, pada muslimat berhijrahlah ke jenama yg lain. Sesiapa yg menolong agama ALLAH, Insyallah ALLAH S.W.T akan menolong mereka. Itu janji-janji ALLAH.
                    • Abdul Muis Hassan · Top Commenter · UiTM Shah Alam
                      Kemerosotan jualan tidak bersangkut paut dengan Abby dan tidak juga sebab dgn penglibatan Abbby dalam politik. Pihak Al-Humaira harus menyahut cabaran supaya membuat ubah suai design mungkin lebih baik.
                    • Abeyo Zul · Top Commenter · Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
                      pastu klau PR menang PRU13.....kontrak nak sambung balik lah dgn abby...sebb umno dah x leh nak bagi duit.....hakikatnya..
                    • Joe Muhd Khaliff Qayyum · Top Commenter
                      hape punya mangkuk pengasas Al-Humaira tuh! terlibat politik, kena batal kontrak? aku xfaham laa dgn kontrak mcm 2..mana dia prinsip keadilan? mana dia prinsip kebebasan bersuara? mana dia prinsip demokrasi?
                    •  
                       

                      __._,_.___
                      Recent Activity:
                      " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

                      " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

                      " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

                      " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

                      " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

                      Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
                      Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

                      .

                      __,_._,___

                      No comments:

                      Post a Comment