Sunday, July 29, 2012

RG2011... RAMADHAN DI ISTANA TOPKAPI ZAMAN UTHMANIAH...BERSEDERHANALAH KITE WEH!

 


Sorang butcher sedang mengojekan dagin yg teman order di Uyum Supermarket


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ni kira dekat seminggu kita pose kan?
Alhamdulillah...
Teman suka jenjalan dalam kedai-kedai, pazar, mall bila nyongket. Kekadang tak beli apa pung...tengok-tengok jer.
Dekat taman kami di Basaksehir, Istanbul, ada 2-3 mini-market, supermarket dan sebiji mall.



Salah satu seksyen yg teman gemor ialah bahagian dagin.
Ater kite ni kan kaum carniverous.
Meh tengok rega dagin di Turki.
Yang paling mahei dagin kamben. Ikut rega sekarang:

36 Turkish Lira x RM1.80 = RM64.80 sekilo!
Yob Ghombau tu mesti banggalah, rega kamben mahei!



Sekali-sekala teman beli beberapa potong dagin lembu: 26 Turkish Lira x RM1.80 = RM46.80 sekilo.
Teman beli ler beberapa kepin buat steak, beli sikit sebab Mr T tak berapa makan dagin.
Dia buleh idup makan roti, sup kekacang, salad dan bahan tenusu!
Yang muroh sayur dan buah-buahan jer!



Di zaman Uthmaniah, dalam istana Topkapi bila bulan Ramadhan ada beberapa aktiviti istimewa. Di bahagian harem, ada 2 sesi tarawikh, satu yg ringkas untuk gadis-gadis remaja, dan satu yg lebih panjang yg dilakukan oleh gundek-gundek dan wanita dewasa.
Sultan dan pelajar medreseh berdekatan akan solat tarawih bersama dan diikuti dgn bacaan Al-Quran sehingga khatam.
Ini menurut pemerhatian Lady Mary Montagu yg pernah melawat Istanbul di awal kurun ke 1700. Di waktu malam juga para ulamak mengajar tentang bab-bab mengenai Ramadhan kepada Sultan dan pelajar medreseh.

Antara menu Ramadhan di Istana Topkapi ialah:

"The sine qua non items at fast-breaking tables during Ramadan were iftar (fast-breaking meal) starters consisting of hoşaf (a stewed fruit compote), şerbet (a traditional nectar), yufka (phyllo pastry) bread and breakfast foods. After consuming these iftar starters, the evening prayer would be performed, and the main dishes would come after the prayer. In addition to soups and dishes containing meat, the favorite of the main dishes was usually fried eggs with pastırma (cured spiced beef) or onions. After the main dishes were consumed, there would be table talk before desserts were served. While desserts were generally pastry-oriented, the most famous dessert was indisputably güllaç (a traditional Ramadan dessert formed by layers of thin cornstarch pastry soaked in rosewater-infused milk). The intervals between courses were intended to prevent potential indigestion."

Jenuh teman nak senaraikan, jadi kome baca ler sendiri.
Mewah sungguh deme masa tuh!
(Sumber sini)



Namun, masa kita ngadap juadah ifftar kita, jangan lupa kenang-kenangkan sedara kita di Somalia...



...buleh bayangkan tak bape lama dia tak makan?
Adoi siannya!
Berpada-padalah kita bukan di bulan Ramadhan ni saja.
Bila-bila masa pun bersederhanalah.
Ewaaahhh pande pulak teman bersyarah!
Tapi teman memang tak makan dan tak masak banyak pun, satu atau dua mater jer.
Hmmmmm....



Huh...tamak punya kucin!



Ramazan pide, menu roti yg lazim dibuat di bulan Ramadhan saja di Turki.
Ada teman rasa sekali, sebab sekali jer teman penah pose di Turki! Lembut rotinya!



Yang ni raksaksa punya Ramazan pide!
Selamat berpose secara sederhana kome!

36 comments:

  1. Betul tu kak Ima, lebih bersederhana, lebih berkat puasa kita. Kalau tgk buffet berbuka kat hotel, terasa betapa sayangnya pd duit dan juga mknan yg dibazirkan apb ada golongan yg tamak, ambil mknan byk2 dan akhirnya tak habis dan terbuang begitu shj.

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong Kaz,
      Keberkatan hilang bila kita bermewah2 tak tentu hala dan membazir. Tak setujulah buffet Ramadhan ni kan.

  2. insya Allah bersederhana sentiasa..

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Pn Eady,
      InsyaAllah...

  3. salam ramadhan kak

    insyallah

    saya sentiasa bersederhana bila berbuka , cukup tamar dan air serta nasi putih je , lum pernah lagi beli kuih kat bazar ramadhan dan tak jejakkan kaki lagi ke hehehe

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yob,
      Itulah yg sepatutnya kan.
      Saya ada gak cari kuih kat param sbb nak buat tak berbaloi dok sorang. Lagipun perlukan ketahanan nafsu yg kuat, silap2 tak kuat iman, dari nak beli seketul dua kuih, terbeli buffet terus!

  4. salam cikgu...selamat berpuasa dan berteraweh...
    terfikir jugak nak berbuka ngan cikgu nanti...:)

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Amy,
      Terfikir jer ke? Esok cikgu ada org jemput berbuka kat rumah dia...

  5. Slmt berpuasa Yong.
    ingatkan kat Cairo harga daging mahal.....di Turki lagi mahal.besar sungguh pide tu....satu famili mknpun tak habis.
    sama2 kita bersederhana semasa berbuka....

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Mamasya,
      di Mesir ada roti istimewa bulan Ramadhan dok?

  6. Salam Ramadhan Hjh Yong

    lame teman tengok gambo orang Samolia tu... Allahuakbar


    Selamat menjalani ibadah puasa

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Tuan Haji,
      saya bayangkan betapa laparnya deme tu sampai tak boleh jalan, kita lapar 8 jam dah bising!
      Selamat berpuasa Tuan Haji jugak!

  7. SubhanAllah, MasyAllah...

    kita bemewah2, sedangkan saudara kita di sana menunggu masa untuk rebah ke tanah! :(

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakcik,
      Tu kadang2 akak sekat diri dr makan tak tentu hala, tahan diri beli benda2 mahal sbb teingatkan org cam deme nilah.

  8. Salam ramadhan kak....
    Kalu bukak pose dapat roti tu hah sekeping rasanya penuh perut tu....


    Siannyer tinggal tulang je....orang malaysia mati sebab terlebih makan....

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Eita,
      kan, kita ramai yg sakit dan mati sbb over makan. Insaf bila tengok deme nih!

  9. Salam Ramdahan kakYong

    mahei benor rege dagin kamben..nk beli pong mmg boleh terpejam2 hulor duet nye..hehehe

    ommak aihh besor benor Ramazan pide tu yong. tak abis makan 1 kampong gitu.hihihih

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong,
      hah gitu ler kos sara hidup di Turki, mahei!

  10. salam ramadhan kak..simpati tengok gambar kat somalia tu..

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong,

      Tak boleh nak cakap, kalau tu anak kita, atau adik-beradik kita...

  11. Kira mahal gak kan daging kat sana..

    betul2 kak, bulan lain pun kena sederhana..selalu pesan kat anak-anak bila depa tengah makan sedap2..."Tautak kat dunia ni, ada yang tak pernah makan pun makanan yang anak-anak makan..kena syukur, jangan membazir..

    Kurusnya anak-anak somalia ni..sampai daging pun takda..sian kat depa..minta2 allah berilah jalan keluar pada depa..beri keampuanan dan hidayah yang banyakknya...

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong,

      Doakan nasib deme berubah ke arah yg lebih baik. Tak lalu tengok gambor2 deme nih!

  12. Di mesia waktu Ramadhan ni lah pesta makan kan....suka tngok orang buka pose kat mekah..makan kurma ngan roti keras tu jer..takde kuih muih kan!!

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong Nek,
      di Malaysia bulan Ramadhan jadi pesta makan, bukan menahan diri, terbalik kot!

  13. salam
    menu kat rumah saya,sama mcm dibulan2 lain ja...biasa2 ja..yg berbeza cuma waktu makan...

    Reply
    Replies
    1. Assalamualaikum Yong,
      patutnya gitu ler...

  14. Assalamualaikum kak hajjah,
    selamat berbuke pose..!

    Reply
    Replies
    1. Waalikumsalam Hajah comey,
      selamat berpuasa jugak kat Hajah dan keluarga!

  15. This comment has been removed by the author.

    Reply
  16. Yong, teman terpikir tak de ke jutawan minyak nak membantu dia org yg kebuluran tu kan... mungkin x bantu @ dah bantu tp x cukup jugak...

    Reply
  17. As-Salam akak..

    Di bulan ramadhan ni biasanya saya berbuka puasa dengan nasik berlaukkan petai muda di cecah bersama budu...rasanya saya sudah cukup bersederhana dihirup bersama ayaq soya sejuk.

    Reply
  18. kat finland ramaiii sangat masyarakat somali yg lari dari negara mereka (diterima oleh kerajaan sini). Kebanyakkan mereka dah berpuluh tahun menetap kat sini. Alhamdulillah rezeki bagi mereka yg dpt lari dari sengsara di negara sendiri. Kat sini hidup mereka senang & kebajikan terjaga.

    p/s: selamat berpuasa akak :-)

    Reply
  19. Bulan puasa di Malaysia adalah bulan pesta makan. Sedap tu roti Ramazan, cicah dgn minyak zaitun! Sedap tuh...

    Reply
  20. Bulan puasa di Malaysia ialah bulan pesta makanan. Roti Ramazan, cicah dengan minyak zaitun sedap tuh! Bawa la balik sikit roti tu kak oii.

    Reply
  21. Salam Yong Halima,

    setuju sangat2 yong..bersederhana, wasatiah...bila makan jangan membazir, kesian ada orang yang kebuluran kan....
    tapi bila kita cakap secara universal ada pulak orang kata dalam malaysia sendiri ramai tak bernasib baik...hmm..pada hemat saya, dalam malaysia ni dah alhamdulillah syukur, takde yang sampai tinggal tulang. ramazan pide tu nampak sedap la yong...kalau yang saiz gergasi tu boleh kenuri ramai2 dengan family..silap2 tak abih..hehe

    Reply
  22. salam ramadhan yong halima....
    mak aiiih, mahainye rege daging @turki. ingatkan lagi murah dr malaya sbb tgk dorg ni selalu juge makan dagingkan. Bersyukurle kita dgn rezeki yang ALLAH bagi walau sedikit @ banyak....Yang penting elakkan pembaziran, insyaallah (ingatan utk diri sendiri jugak ni)

    Reply

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment