Salam alaik,
FYI : Perbelanjaan pelancongan Umat Islam seluruh dunia hampir berjumlah US$200billion setiap tahun.
Malaysia ialah destinasi pelancongan paling popular untuk Umat Islam seluruh dunia kerana 3 perkara :
1. Makanan Halal
2. Masjid Banyak
3. Ramai Muslim
Sila ke link ini : http://news.yahoo.com/global-travel-industry-gears-muslim-tourist-boom-053719183--finance.html
Penyelidikan ini telah dilakukan oleh sebuah syarikat halal travel di Singapura bernama Crescentrating dengan kerjasama sebuah syarikat Amerika bernama DinarStandard.
Malaysia dapat berapa nilai dari US$200billion tu? Agak-agaknya? Anggaran saya ialah 15%, iaitu US$30billion.
Malangnya, majoriti wang yang dibelanjakan oleh para pelancong ke Malaysia pergi kepada perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan oleh bukan Islam - Hotel, Restoran, Logistiks, Translations dan Barangan. Yang Umat Islam di Malaysia nganga saja dan dapatlah tempias sikit-sikit. Ini termasuklah para drebar teksi Melayu yang caj tambang lebih dan tak pakai meter.
Tapi bila kita fikir semula, kebanyakan perniagaan yang dijalankan oleh bukan Islam, sebahagiannya menggunakan petugas dari kalangan orang Islam dan hasil dicukai kerajaan untuk pembangunan dan pendidikan - secara tak langsung dikecapi Umat Islam yang majoriti. Namun tempias menjadi tempias lebih kecil sahaja kerana perlu diselaraskan untuk para kroni politik terlebih dahulu.
Kalau kita fikir lebih dalam lagi timbul persoalan : " MENGAPA UMAT ISLAM TAK IKUT NASIHAT NABI UNTUK BERNIAGA? ".
Jika ikut nasihat Nabi, dah tentu senarionya akan terbalik. Kebanyakannya wang dari pelancong Umat Islam akan pergi kepada Umat Islam sendiri dan yang bertugas juga Umat Islam, lantas tempiasnya pergi kepada bukan Islam dan para kroni. Kan lagi bagus begitu?
Oleh kerana lebih ramai yang ingin bekerja tetap dan berpencen, maka manfaat dan nikmat perniagaan terlepas kepada bukan Islam. Berhempas pulas pagi ke petang, tension, ambil amah jaga anak, bayar hutang kereta dan rumah, namun pada hari lebaran dapatlah bonus setengah bulan. Kecik benor wawasan "tetap dan berpencen" ni, sedangkan cukup banyak peluang dan kesempatan yang ada depan mata. Antara minat dengan tak minat aje dengan nasihat Nabi.
Semoga ibu-bapa mendidik anak-anak mereka dengan akhlak mulia dan menanam berpendirian suka kepada perniagaan.
Inilah masanya untuk Umat Islam ambil kesempatan ekonomi di atas kedudukan istimewa Malaysia ni, sebagai negara majoriti Muslim yang diminati para pelancong.
Jangan tunggu sehingga peluang ekonomi lebih terikat-kuat kepada susunan para kufur dan kafirin.
-------------------------------------------------------------------------------------
--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------
.------------------------- http://pengasih.org
------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------
..--------------- -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment