Friday, November 30, 2012

Re: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI

Ada kawan indon atas kapal mengamalkan minum air timun yang telah disagat dan tapis. 2 batang sekali proses dan 2 kali sehari.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: azurah zainuddin <zuea_babyuts@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 27 Nov 2012 11:48:50 +0800 (SGT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>; Sahabat2<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... MINTAK PETUA : TEKANAN DARAH TINGGI

mintak hide ID yer...

 Salam sahabat sim semua,

baru2 ini bapa saya selalu pening kepala. ingatkan tekanan darah rendah. tapi setelah cek, doktor beritahu punca pening disebabkan tekanan darah tinggi dan bapa saya baru tau ianya penyakit keturunan kerana kedua2 kakak bapa (makcik saya la tuh) pun mempunyai penyakit sama.

Boleh tak sahabat2 tolong, ape petua, or pantang larang untuk pesakit darah tinggi ini. yang saya tahu, x boleh makan daging. itu jer.... n adekah penyakit ini boleh sembuh jika faktor keturunan...?

Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Wang salah masuk ke Akaun Orang lain di Maybank

bg yg dpt duit tu terasa mcm durian runtuh..aleh2 akaun ada 60k..kalau hati budinya bersih tahu ada org tersalah bank in tentu dia pulangkan..tp kalau hati tamak...dia tahu pun buat2 tak tahu dan xmau pulangkan..serupa jugak bila kita jln2 kat supermarket aleh2 org depan seluk saku duit terjatuh..kalau org tahu halal haram mesti dia kutip dan pulangkan..kalau penyangak...wat2 xphm kutip dan masuk poket sendiri.....
hari ni kita ambil duit org walaupun org tersilap bank in.Esok lusa Allah tarik balik dua kali ganda harta kita...

From: Kamal Zaman <kamalzaman@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 27, 2012 7:36 PM
Subject: Re: RG2011... Wang salah masuk ke Akaun Orang lain di Maybank

tipis...sebab salah tuan sendiri..
third party tidak melakukan apa2 jenayah..
hanya budi bicara..
dipejabat saya dulu pernah tersalah masuk gaji..
kerani akaun ganti sendiri sbb salah beliau tidak cermat..
third oarty tak mau kerjasama..

2012/11/26 <kekupumalam@yahoo.com>
 
Kes ni berat. Sbb tu masa mula2 kene btol2 kompem no akaun yg u nak masuk + nama yg punya akaun tu. Kalau buat kat kaunter biasa bole tlg. Tp kalau melalui Cash Deposit mesin mmg xboleh.
Sbb org yg dimasukkan duit tu akan jugak repot polis kata ada duit masuk dan keluar sesuka hati.
Bila bank negara cek pulak kang yg buat tu org bank x ke naya ti org tu nk tlg u tp dia plak kene buang keje sbb ni kes "fraud" ni tau ibarat mencuri duit customer.
Biasalah kes duit. Adik bradik pon boleh gaduh.
So biasanya kalau 3rd party punya org tu xmau kasi duit tu u pandai2lah pujuk.
U xbole totally salahkan bank tu sbb u yg masukkan duit.
Sbb tu org bank tu akan ckp "no akaun ni btol x".. Or mesin tu tulis nama tu kuar btol ke x.
Moral of story u perlu amik tau nama dan pastikan btol ke itu org yg btul.
Kalau nk settle senang je u kne bincang dgn Manager bank + polis.
So nak frezee ke apa ke suma pihak ada. So bila cust x dpt kuar duit ke apa ke dia akan heran? So kat situ bole tgk kenapa dan bila dia g bank baru bole setel.
P/s:. Kes ni pnah blaku gak nasib org 3rd party tu baik hati. So org 1st party tu hadiahkan dia sedikit duit katanya sedekah. Tp org ni xmau sbb dia kata ini mungkin hari u sok mana tau hari saya. Baik sgt org ni.. Moga ramai yg cm ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: SY HEW <syhew7895@gmail.com>
Date: Mon, 26 Nov 2012 09:21:59 +0800
Subject: RG2011... Wang salah masuk ke Akaun Orang lain di Maybank

Hi ! 

Siapa yang boleh beritahu saya macamana nak claim back wang yang saya masuk? Saya dah report di Maybank, mereka dah call third party itu, tetapi contact no dah out of service. Saya dah buat report polis tetapi tak boleh action kepada third party ini? Bank Nagara pun tidak boleh buat bekukan akaun mereka.

HOW ???

Sila tolong saya hoe to solve the problem?

--
SY HEW

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (11)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: Siapa Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini?

sultan berjiwa islam

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, November 23, 2012 11:26 PM
Subject: RG2011... Fw: Siapa Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini?

Siapa Gerangan Yang Berkopiah Putih Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini?

Posted by greenboc

Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah?

Jangan terkejut!

Kerana dia adalah...

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar!

sumber:fb
comments:
Anonymous said...
Sultan macam ni barulah aku rela berkorban nyawa mempertahankan institusi raja. Ini main judi tak ingat dunia akhirat sampai perlu dibail out, minum kencing kuda hari-hari, dah tu keluar berfatwa pasal akidah orang lain.........
Tokwan Pencen said...
Kalimah TAUHID kuat di hati BAGINDA.
Anonymous said...
Inilah rupa pemimpin yg takutkan t/jwb dia di akhirat nanti...
zulk said...
Beruntunglah kamu semua hamba sekalian rakyat kelantan... kerna sultan kalaian berjiwa rakyat dan amat luhur budi perketinya.......cemburunya kita kepada rakyat kelantan kerna mampunyai pemimpin yg sedemikian rupa.... ALLAHUAKBAR!!
Anonymous said...
what else can I say ~ Takbir 3X
Anonymous said...
Takbir 3X
Anonymous said...
Aminnn... Aku berbangga menjadi rakyat Kelantan yg ada Sultan yang kuat kalimah TAUHID di hati Baginda Sultan
Anonymous said...
Alhamdulillah Sultan berjiwa Rakyat....
Anonymous said...
Sultan ini sepatutnya Ada dalam cerita hang tuah

RG2011... Awas-Worldshopperslink.com SCAM

Perghh....nasib la cik kiahh...aku nyaris masuk neh bulan lepas...

Skrg web site ni langsung takleh bukak..semua ahli..Nga Nga...

Kpd yg ter...masuk tu...salam takziah utk anda...

Worldshopperslink.com SCAM

Tahun sudah, di laman blog lain saya tulis tentang Royaltyfx scam. Tetapi ramai pelabur di Royaltyfx tak percaya dengan forecast saya ketika itu malah menghentam saya balik. Klik sini untuk baca. Tapi tidak lama selepas itu, jangkaan saya betul iaitu Royaltyfx scam (klik). Baca juga dua post tersebut berserta komen-komen di blog itu.

Dan, baru tadi ada orang beritahu saya tentang satu laman web buat duit di internet, bernama Worldshopperslink, katanya dia dah buat banyak duit dengan join program ni. Bisnes internet katanya.

Saya decide untuk cek dulu sejauh mana hebat bisnes online Worldshopperslink.com ni. Setelah menggodek internet especially Pak Cik Google, maka saya buat kesimpulan bahawa… yah! BABY SCAMMER SUDAH LAHIR!

Worldshopperslink.com ini masih baru. Panas-panas lagi. Dan golongan kononnya tokey internet bisnes ni sedang giat duk promosi skim jutawang ini lah. Sebab tu ada agen yang rajin duk promosi di internet ni, malah promosi offline pun ada.

Ia bukan sebuah company, malah selepas cek whois domain pun tak ada info pemilik website. Jadi, dengan kata lain… pemilik laman WorldshoppersLINKGUP ni menyembunyikan diri.

Website ini masih baru, sehingga hari ini (5 September 2012), Wordshopperslink baru berusia 171 hari. Masih bayi lagi ni. Dan memang, pemilik website ini menyembunyikan diri. Lihat screenshot dibawah hasil semakan dari Scamadviser.com

Pernah terbaca dalam forum Carigold, seorang lelaki mengaku bahawa:

memang paid… sy join package platinum rm1050 , bulan2 maintain rm350 selama 12 bulan tanpa ada downline pon, keja klik iklan jek, n then nak masuk banyak

Saya tak tahulah macam mana dia maintain 12 bulan paid tu, sebabnya sehingga September 2012 Worldshopperslink baru berusia 171 hari. Pelik bukan. Setahun atau 12 bulan bersamaan 365 hari. Kalau ya pun nak promo skim mengarut ni, janganlah menipu tertonggeng-tonggeng.

Ramai yang duk promosi bahawa syarikat Worldshopperslink ialah sebuah company dari United States (USA). Tapi, dari hasil selidikan saya di Hypestat.com .. yang saya tengok lebih 51% daripada pelawat website bakal lingkup ini ialah dari Malaysia, disusuli dengan Indonesia dan negara-negara Asia lain.

Dan jika betullah ianya berasal dan beribu pejabat di Amerika Syarikat, ADAKAH IANYA SEBUAH PERNIAGAAN BERDAFTAR?

Sama sekali tidak! Anda boleh cek di company search di laman US Securities and Exchange Commission.

Sekadar bertanya, orang Amerika tak join ke syarikat dari USA ni brader? Heh heh

Ianya merupakan sebuah website cikai yang domainnya dibeli dengan Godaddy.com dengan nilai cuma maksimum USD12.99 sahaja.

Bagi golongan Maleis yang suka program cepat kaya macam ni, mereka akan cakap macam-macam bagi menghalalkan “internet bisnes” dia ni. Walaupun hakikatnya, tidak lebih tidak kurang beza dengan skim tah papa tu.

“Peniaga” kononnya membeli pakej silver, gold seumpamanya untuk tengok iklan. Seperti dibawah:

In realiti, tidak ada produk atau servis pun yang dijual. Jadi apa yang dia jual? Tak ada jual apa-apa pun. Jangan kelentong cakap, servis saya ialah menyediakan khidmat klik mengklik. Anda bayar, kemudian klik iklan sendiri? Itu tak betul. Hanya Says dan ChurpChurp sahaja yang valid dan sah di Malaysia buat masa ini.

Berbalik kepada skim tah papa dari Worldshopperslinkup ni, didapati bahawa ianya bukanlah sejenis perniagaan yang sah.

Saya gerenti, selepas pemilik web ini mendapat duit yang banyak hasil menjual pakej karut marut ni, web ini akan ditutup. Ingat lagi Royaltyfx.com? Hari pertama saya tengok pun dah tahu yang ianya scam, tapi ramai yang tak dengar. Sekarang tengok apa dah jadi. Muhaha Maleis yang lapar kaya ni memang mudah kena tipu. Sebab itu scammer ialah bisnes paling menguntungkan. Mula-mula, memang anda sebagai pelabur atau peniaga akan dibayar. Selepas itu, anda bukan lagi pelabur tapi sebaliknya PELEBUR. Tapi after certain time, duit tah ke mana, website pun tutup.

Jadi, kalau ada yang ajak gi seminar Worldshopperslink ni tak payah lah bazirkan masa pergi dengar. Duit nak dapat bukan senang, nak buang je yang senang.

PS: Payment proof pun tak jumpa jugak ni. Tak ada apa-apa yang meyakinkan dengan Worldshopperslink.com ni.

PPS: Baiklah. Jika anda betul-betul nak buat duit di internet ni, teruskan lah baca blog ini selalu. Untuk buat duit yang biasa-biasa tanpa modal di internet, anda boleh baca tentang Fiverr, ChurpChurp, Says, dan seumpamnya.  Atau, buka sahaja online shopping store anda sendiri di internet! Kan senang dan tiada risiko kena scam.

Source:
http://blog.earnic.com/worldshopperslink-com-scam/

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... PROTON SUV BAKAL DILANCARKAN ?

Proton bakal melancarkan SUV first Editon.....hasil kerja sama Lotus & Syarikat Automatif China Youngsman.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: tetap sokong Nizar.

Ini bukti tazkirah ringkas Nizar untuk SB.

sisibukit.blogspot.
Posted by Cikgu Din

Sg Rotan,Trong, 25 November:DS Nizar sedang memberi "TAZKIRAH RINGKAS" kepada SB  ..dari IPD Taiping. DS Nizar menjelaskan,beliau memang menghasut penduduk ,supaya penduduk menolak kerajaan yang zalim yang tidak memberi hak yang sepatutnya kepada rakyat."Memang benar saya hasut pendudu,tapi supaya mereka tolak BN dan sokong Pakatan Rakyat.foto qoorata

Walaupun ada SB,orang India tetap sokong Nizar.

sisibukit.blogspot
Posted by Cikgu Din

25 November,Simpang Halt-Pengerusi LKK Bukit Gantang,Haji Zainudin Hamzah turut meraikan dan menyantuni orang India. SB India,pun turut serta untuk mendengar  DS Nizar menghasut penduduk India supaya menolak BN pada Pru 13 nanti. 

Bersabar untuk mendengar ucapan DS nizar yang ingin membela nasib rakyat tanpa mengira kaum.

DS Nizar menjelaskan kepada penduduk India ,teruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan .DS Nizar menerangkan MIC khususnya tidak mampu lagi menjaga kebaikan masyarakat India. DS Nizar menyatakan demikian sebelum menyampai bantuan untuk 40 orang penduduk miskin.  

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Kadar Jenayah Semakin Meningkat,

MyWATCH : Kadar Jenayah Semakin Meningkat, Kerajaan Perlu Bertindak

NGO Malaysian Crime Watch Task Force (MyWATCH) mendakwa statistik Kerajaan Pusat tidak melambangkan realiti sebenar di mana kes-kes jenayah semakin menular sehingga anggota polis menjadi mangsa.

Pengerusinya, R Sri Sanjaven berkata masyarakat kini dibelenggu rasa ketakutan kerana jenayah boleh berlaku tidak mengira waktu dan tempat.

"Kita sekarang dalam keadaan tidak selamat lagi, kejadian kecurian dan pembunuhan semakin meningkat itupun kerajaan mendakwa bahawa negara masih lagi selamat," katanya di dalam satu sidang media di sini semalam.

Hadir bersama Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang juga penaung MyWatch.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka yang menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu, manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Akan tetapi statistik tersebut dipertikaikan Sanjaven yang merujuk kepada kes berprofil tinggi seperti kecurian kereta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang ketika itu menjawat Ketua Polis Selangor.

Malah juga terdapat cubaan untuk merompak rumah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye turut Oktober lepas.

Ujar beliau, kerajaan perlu memberi penjelasan dan telus dalam mengumumkan indeks statistik jenayah.

Dalam pada itu, Musa berkata pihak polis dan kerajaan sewajarnya melantik pihak ketiga yang bebas seperti universiti untuk memberikan data statistik jenayah.

Katanya semasa beliau menjadi Ketua Polis Negara, pakar-pakar bebas yang mempunyai pengalaman luas dipanggil bersama untuk membuat kajian berkenaan indeks statistik jenayah.

"Semasa menjadi KPN, kita mendapatkan geran daripada kerajaan untuk Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat penyelidikan terhadap statistik kadar jenayah dari pihak polis.

"Kajian itu telah dijalankan oleh Professor Sundramorthy, dan program itu sepatutnya terus berjalan sehingga kini," katanya. -selangorku

comments:

Amuraria said...

KELENTONG & SELEWENG FAKTA TERMASUK FITNAH ADALAH KEPAKARAN PARTI PANDI KUTTI SEKUTU APCO ! ABU !

Anonymous said...

Punca statistik jenayah tinggi..

Katanya ex-KPN "Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas"

Anonymous said...

Sekarang polis sendiri pun boleh jadi penjenayah. Ini you katakan kadar jenayah turun, sehingga Indon mengelar orang kita sebagai penjahat. Nak dikatakan macam mana ini?

Anonymous said...

Mereka bercakap berdasarkan bukti. Rakyat pula boleh menilai, penjara dan pusat serenti ada penurunan tak penghuninya ?. Janji ditepati.

Anonymous said...

KERAJAAN BN PERLU DIGANTI...TUA DAN MUDA DAH TAK SELAMAT...

Anonymous said...

Rakyat hidup dalam ketakutan, penjenayah makin berani, UMNO semakin tak perihatin

Anonymous said...

Jgn smpi kite xth mane 1 polis mane 1 penjenayah,mane 1perogol mane 1 perompak harta negara..tukar sblm terlambat

Menteri KDN Gagal Jawab Siapa & Mengapa Rekod Perjalanan Altantuya Dipadam

Menteri Keselamatan Dalam negeri, Hishamuddin Tun Hussein gagal untuk memberikan penjelasan terhadap soalan ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen mengenai pemadaman rekod perjalanan Altantuya oleh pihak Imigresen.

Ahli Parlimen PKR Gombak di dalam soalan tambahannya kepada soalan asal No. 3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tertentu bagi menghalang warganegara asing daripada memasuki Malaysia semula setelah dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didapati berkelakuan salah; dan

(b) berapa jumlah warganegara asing yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka dan berapakah jumlah yang berjaya ditangkap semula setakat ini sejak 2005.

BERKAITAN:

Siapa padam rekod perjalanan Altantuya?

Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius.Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.

comments:

batu pelangi said...

Jahanam NEGARAKU sekiranya puakx
CELAKA ni masih lagi memerintah!!!

Anonymous said...

Kalau tak padam alamat tak jadilah
pm macam yang ada sekarang sebab itulah pelbagai perkara pelik yang kita boleh lihat hari ini, hantu Altoya dah jelma jadi terpaksalah guna apa cara sekali pun untuk menang PRU13 ni, jangan pangkah lagi UMNO/BN.

Anonymous said...

Agensi lain yang banyak terlibat dengan hal bakar-membakar ialah Pejabat Tanah.Fail2 permohonan tanah org2 kampung dibakar untuk memberi laluan beberapa pegawai dan wakil rakyat Umno memperolehi tanah.Jika siasatan itu telus banyaklah jerung2 boleh diperangkap.

Anonymous said...

deepak dah dedah.
musa dah dedah.
kini tiba pula masanya,
ketua imigresen buat dedahan.

Anonymous said...

musa dah dedahkan
hishamuddin campurtangan
dan melangkaui kerja polis.
elok juga kalau musa
dedahkan siapa pula suruh
imegresen padam rekod
perjalanan altantuya.
tak payah tunggu hishamuddin
buang masa saja.
perkara ini, musa tentu tau...

Anonymous said...

biasalah tu.ingAT orang tak tau.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Menteri paling b-d-h

Inilah Wajah mangsa rogol 5 warga Pakistan dan tempat kerja Pakistan tersebut

erapasca.com
Posted by era pasca
 
Baca berita yang kami suapkan ini dulu mengikut plot plot yang telah sediakan.
INI Menteri paling bodoh dalam malaysia, kes anak sendiri pukul orang tak settle, nak tunjuk hero beri jaminan. 
 
Kuala Lumpur - @erapasca
Pertama kenyataan menteri tidak tahu undang undang merangkap menteri jabatan perdana menteri.
KPN beri jaminan sahaja, tapi tidak berani bertanggungjawab.
 
Kedua, Kenyataan KPN atau ketua Polis Negara
Seperti biasa, jangan di tanya bloger sampah UMNO APCO, jawapannya 1Malaysia masih aman, bersyukurlah, Bersih je yang buat 1Malaysia tak aman!
Ini adalah sedutan berita berkenaan kes rogol bunuh ini.
 
Di bawah adalah gambar mangsa dan kedai suspek, kedai suspek masih buka hingga kini.
INILAH JADINYA BILA RAKYAT ASING DIBERI KERAKYATAN MUDAH, DIBERI IC, BOLEH BERNIAGA DENGAN MUDAH AKHIRNYA RAKYAT SENDIRI JADI MANGSA

Inilah KEDAI PAKISTAN YANG BERKENAAN MASIH DI BUKA HARI INI, di Pekan Goshen Kota Marudu, 5 Orang Warga Pakistan yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan gadis bawah umur di Kota Marudu adalah pekerja di Kedai ini.
Masih teragak agak mahu undi Barisan Nasional yang janji kosong? 
bagus! kerana masih agak agak tapi lebih bagus tumbangkan saja UMNO BN! 
atau dengan ungkapan lebih mesra alam adalah #TumbangBN. kehkehkeh
tunggu dah mati baru bising dan inilah padahnya ambil pengundi import demi kuasa.
@erapasca - 1982-2003 india jadi perdana menteri, 2003-2009 cina jadi perdana menteri, 2009- 2013 monggolia jadi perdana menteri, 2013 dan seterusnya barulah MELAYU kembali berkuasa! Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! 