AES — Janji Ditepati
sigapsiaga.blogspot.
Kita tidak dapat menafikan bahawa apa-apa pun dasar, moto, slogan, dll yang diperkenalkan oleh pihak mana-mana pun dalam negara ini akan menjadi sendaan dan gurauan sebilangan orang. Adakalanya dasar itu memang sekadar menjadi bahan lawak atau lelucon dan hingga demikian tidaklah sampai dipertikaikan orang. "Dasar Pandang ke Timur" yang diperkenalkan pada tahun 1980-an oleh PM pada ketika itu dipersendakan oleh kawan saya yang kini entah di mana. "Sebenarnya tujuan dia mengajak kita memandang ke Timur adalah supaya kita tidak perasan akan perbuatannya hendak menompokkan harta di Barat," kata sahabat yang sudah terputus hubungan dengan saya sejak penghujung 1980-an itu. Saya tertawa oleh leluconnya itu. Slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" yang diperkenalkan oleh PM yang sama pada 1980-an itu pun menjadi bahan sendaan orang juga. "Tak akan jadi apa-apa kerana kepimpinan itu cuma lalu sahaja, tak singgah pun. Oleh sebab itulah hampir tidak ada pemimpin yang dapat kita angkat menjadi suri teladan," kata sahabat yang menjadi sahabat kepada sahabat saya pula.
Tetapi, sepanjang ingatan saya, yang paling banyak menjadi sendaan malah sering menjadi pertikaian orang ialah dasar "1Malaysia" yang berslogankan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" itu. Pada peringkat awal pengenalannya, "1Malaysia" itu tidak difahami orang. "Apakah yang 1Malaysianya?" Demikian orang bertanya. Slogan yang mengikutinya pula — "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" — lebih kerap dipersendakan dan dipertikaikan orang kerana banyak benar dasar, pembaharuan, tindakan, dll yang diperkenalkan oleh pihak yang memperkenalkan dasar dan slogan itu yang berlawanan dengan roh slogan yang murni itu. Yang terbaharu, perkara yang bertentangan dengan slogan itu hingga menjadi bahan pertikaian lalu untuk mewajarkannya dibawa pula masuk ke Parlimen ialah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) itu. Sistem itu bukan ditentang oleh rakyat yang berada di belakang pembangkang sahaja, tetapi turut dibantah oleh rakyat yang berada di belakang kerajaan sendiri. Walaupun rakyat menentang, kerajaan bertegas untuk melaksanakannya! Jadi, yang didahulukan siapa?
Satu lagi slogan kerajaan sekarang yang menjadi bahan persendaan orang ialah slogan "Janji Ditepati" yang menyusul tidak lama selepas kemunculan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" itu. Saya berpendirian bahawa slogan ini sangat ketara retoriknya kerana dengan menjadikan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebagai suatu janji (memang slogan itu merupakan suatu janji pun), kita dapat membuat penilaian tentang sejauh mana slogan "Janji Ditepati" itu dipatuhi dan ditunaikan. Kita tidak perlu berpatah semula untuk menilai hal ini kerana yang ada di depan mata sudah dapat membantu kita untuk membuat penilaian itu — AES. Dalam hal ini, kerajaan berjanji bahawa "Rakyat Didahulukan". Ironinya, dalam hal AES ini, "Rakyat Dikesampingkan" secara terang-terangan. Pada pandangan saya, hal ini berlaku demikian kerana kerajaan sebenarnya telah membuat janji yang lain — membantu kroni. Dalam konteks AES, kroni yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan si pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, bukan Rakyat Malaysia Bhd. Dalam perkataan yang lebih mudah, slogan "Janji Ditepati" itu hanya "valid" untuk kroni, bukan rakyat marhaen.
Untuk pengetahuan pihak kerajaan, perkara yang sangat dikehendaki oleh rakyat yang hingga demikian perlu "Didahulukan" tidak kira dengan cara apa-apa sekalipun ialah KEADILAN selain KEJUJURAN bukannya BR1M yang hanya diperoleh oleh segelintir rakyat apatah lagi AES yang membolehkan orang membuat keuntungan daripada kesalahan yang dilakukan oleh rakyat. Ketahuilah bahawa kewujudan AES tidak sekali-kali menggambarkan bahawa rakyat semakin berdisiplin, sebaliknya yang terlihat daripada kewujudan AES ialah rakyat yang sayang akan wangnya. Kalau berlaku situasi orang yang melanggar kesalahan di bawah pengawalan AES itu semakin berkurang dari tahun ke tahun atau lebih drastik lagi, semua rakyat menjadi sangat kedekut yang hingga demikian ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd tidak dapat memungut apa-apa dalam tempoh tiga empat tahun kemudian, siapakah yang akan membiayai kos pemasangan sistem itu kelak?
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
As salam
Senang saja, tukar kerajaaan dan jika pembangkang pun tak mendengar kita tukar lagi melalui undi,sehingga wujud kerajaan yg benar2 belajar utk 'mendengar pendapat dan belajar menerima teguran'
Wallahualam
Gempar! Barisan Nasional Berdegil Tetap Luluskan AES Di Parlimen!
Kerajaan Malaysia yang di perintah oleh Barisan Nasional yang mana ketuanya adalah Najib
Razak yang bakal di sapina ke perancis kerana di dakwa atas tuduhan rasuah rm 500 juta kapal
selam scorpene yang di beli dari negara ketiga iaitu malta.
Barisan Nasional kini begitu angkuh dan sombong dalam membuat undang undang sendiri,
tim era pasca di fahamkan bahawa sistem AES akan tetap di teruskan dan tidak akan sekali
di batalkan mahupun di mansuhkan, kerana umum tahu 2 syarikat umno telah bersusah payah
membina kamera perangkap wang rakyat ini untuk di laburkan ke parti terbesar yang kononnya
pembela orang orang melayu islam.
berkenaan dengan kelulusan parlimen malaysia beberapa hari lalu mengenai AES ini, menteri
menteri Barisan Nasional tanpa mengira suara rakyat malaysia yang majoritinya menolak
100% akan kamera penindas AES yang beroperasi 24 jam ini, ianya di tolak oleh rakyat malaysia
kerana berdasarkan statistik kelajuan kenderaan di malaysia yang terlibat dalam kemalangan.
hanya 26 kemalangan saja dari 440 ribu kemalangan dalam setahun di bawa selaju 120 kmj dan ke
atas, ini bermakna, kelajuan pemanduan di malaysia tidak menyebabkan kemalangan dan
kematian yang banyak, tetapi kamera AES ini bertindak untuk memerangkap pemandu yang
membawa laju untuk keuntungan kerajaan Barisan Nasional 100%, ya rakyat di dahulukan!
sebagai fakta untuk menguatkan hujah dari tim era pasca, pengarah JPJ telah mengeluarkan
beberapa maklumat yang mana 79 ribu keping gambar telah di tangkap di 36 lokasi AES yang
di kategorikan sebagai kawasan hitam dalam masa 2 minggu saja ia mula beroperasi,
tetapi yang sungguh menghairankan dari 79 ribu keping gambar kereta yang membawa melebihi
had laju itu, 1 repot polis pun tiada dalam laporan polis mereka terlibat dalam kemalangan.
ini bermakna dari segi fakta dan buktinya, KELAJUAN bukan penyebab utama kepada
KEMALANGAN di malaysia.
punca utama kemalangan di malaysia adalah kenderaan yang di bawa terlalu perlahan dan
jalan yang terlalu kecil, kerajaan Barisan Nasional sengaja membuat jalan jalan di malaysia
jalan yang kecil kerana jika sebuah kereta terbabit dalam kemalangan, mereka mendapat
keuntungan dari insuran insuran kereta yang membayar cukai tahunan kepada mereka.
sebenarnya kerajaan Barisan Nasional ini terlalu banyak akta akta RAHSIA yang tidak boleh
di dedahkan kepada rakyat malaysia, adakah pemimpin Barisan Nasional menganggap rakyat
malaysia bodoh dan hanya bersetuju saja dengan segala tindak tanduk angkuh lagi sombong
mereka dalam membuat undang undang syok sendiri?
lihat sendiri jawapan jawapan bijak pandai menteri menteri Barisan Nasional.
by @tiewnama - Menteri BN ingat anak muda bodoh, pru 13 jawapannya! kahkahkahkah
AES mudahkan BN kalah PRU-13