Wednesday, November 28, 2012

RG2011... Fw: Hairan Masjid Ar-Rahman UM ditutup

 



Hairan Masjid Ar-Rahman UM ditutup

penpasksgb.blogspot.
KL TODAY

 
Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai kesal dengan arahan penutupan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang dibuat oleh pihak JAWI atas alasan untuk dibaik pulih.Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Mohd Nasaie Ismail berkata, ia suatu tindakan yang aneh apabila notis diberikan hanya seminggu untuk mengosongkan masjid dan tidak ada sebarang papan tanda cadangan projek baik pulih atau pembangunan semula didirikan di kawasan masjid.

Lebih pelik lagi katanya, semua pegawai masjid dan jemaah diarahkan berpindah ke Masjid Tun Rahah Kg Kerinchi yang baru siap dibina.

"Masjid tersebut jauh dari jalan utama dan tidak ada sebarang penghuni yang mendiami sekitar Masjid Tun Rahah tersebut.

"Kami bimbang tindakan ini sengaja dibuat untuk menutup masjid Ar-Rahman untuk jangka masa yang panjang kerana kegagalan Umno untuk menguasai masjid tersebut walaupun dipengerusikan pimpinan Umno bahagian Lembah Pantai," katanya.

Menurutnya, sebelum ini umum mengetahui bagaimana jemaah kariah Masjid Ar-Rahman selama ini memboikot jawatankuasa masjid yang dilantik JAWI tersebut kerana majoritinya bukan anak kariah dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terkenal dengan pengajian ilmu yang pesat diadakan saban malam dan ini dikhuatiri membimbangkan parti pemerintah, kata Nasaie lagi.

"Kita memberi amaran kepada pihak berkenaan samada JAWI atau yang berkaitan supaya menghentikan tindakan untuk menutup dan mengganggu perjalanan masjid Arrahman atau bersedia untuk menerima tentangan daripada kami.

"Pemuda PAS Lembah Pantai bersama dengan ahli kariah tidak akan teragak-agak untuk mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya notis pengosongan masjid tidak ditarik balik," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment