Thursday, November 29, 2012

RG2011... Fw: Ahli Parlimen Nyaris Kena Baling

 



 

Ahli Parlimen BN Nyaris Kena Baling Dengan Batu Nisan

kijang59.blogspot.

Banyak sangat duk sembang bodoh dalam parlimen, Ahli Parlimen BN Sri Gading nyaris dibaling dengan batu nisan. Biasa orang pergi cari batu nisan tapi beliau mendapat batu nisan yang tidak diundang. Gua dengar lepas kena baling, beliau menggiggil dan terus berhenti berceramah. Nak tau, baca la kat sini ye

Batu nisan cari orang BN.. Klik

GEMPAR: Ahli Parlimen "dihadiahkan" batu nisan ketika ceramah di pentas sendiri

 

Heboh dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila seorang ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad lepas dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang lelaki diatas pentas ceramah.

Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek.

Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.

Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.

Ahli parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam tambatan bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti ceramah seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau datang kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu nisan di depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan penyokong-penyokong UMNO/BN.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan oleh ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah berlaku dalam sejarah di Melaka ini. Tiada sesiapa mengenali lelaki terbabit, mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran supaya jangan makan sembarang makan.

Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz. 

Mungkin juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan UMNO sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah pemerintahan UMNO/BN.

Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.

Lelaki tersebut tidak dikenali tersbut telah dibawa oleh polis untuk disoal siasat. Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di ahkbarnya.
Keratan Harian Metro semalam

Di tapak inilah Ahli Parlimen tersebut "dihadiahkan" batu nisan

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment