Wednesday, November 28, 2012

RG2011... Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya

 

Deepak ditekan letakkan jawatan 26 syarikatnya

Harakahdaily,28 Nov 2012

(Deepak mengadakan sidang media khas dengan pakaian kasual di sebuah hotel)

 

KUALA LUMPUR: Selepas membuat pelbagai pendedahan tentang hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya.

Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara bersama beberapa media khasnya Harakahdaily berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


"Saya ditekan sebaik saja saya selesaikan wawancara saya semalam, khasnya wawancara saya dengan Harakah (daily), dan saya telah diminta meletakkan jawatan dari semua 26 syarikat," kata Deepak.

 

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya di samping beberapa pihak lain.

Beliau bagaimanapun berkata, beliau akan terus membuat pendedahan kerana yakin Altantuya tidak mendapat keadilan sewajarnya.

"Kita semua tahu Altantuya tidak mendapat pembelaan. Kes ini tidak mampu untuk disenyapkan lagi," katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel lewat petang semalam.

 

Ke mahkamah

 

Dalam pada itu, Deepak akan ke mahkamah pagi ini dalam kes saman yang difailkan oleh syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd ke atas seorang pemimpin Wanita Umno.

Kes tersebut berhubung pembelian 3 petak tanah di Bukit Raja, Selangor yang tidak diselesaikan prosesnya walaupun bayaran tertentu telah dibuat.

"Saya sendiri yang akan memabawa semua dokumen ke mahkamah kerana saya percaya mahkamah kita adil kecuali jika ada campur tangan politik," kata beliau pada sidang media itu.

Kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, jam sembilan pagi ini.

Tanah seluas 233 ekar yang dijual kerajaan kepada pemimpin Wanita Umno itu harga RM72 juta itu, kemudiannya dijual semula olehnya kepada syarikat milik Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM120 juta.

Pemimpin Wanita Umno itu kemudiannya menjual tanah itu (atau sebahagian daripadanya) kepada sebuah syarikat lain pula, Guppyunip Sdn Bhd dengan harga melebihi RM150 juta.

Justeru, Deepak mencabar pemimpin Wanita Umno itu untuk hadir di mahkamah bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

"Jika dia tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya, beliau tidak perlu menunggu untuk disapina. Datang ke mahkamah esok jika dia berani," kata Deepak.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment