Monday, December 9, 2013

Re: RG2011... Fw: gembira disediakan khemah walaupun menteri kata tak perlu

Relevan klu khemah tersusun rapi cmni..



Barulah kemas teratur dan cantik..

Sent from my iPad

On 9 Dec, 2013, at 11:02 pm, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

 



 

TV 3 SUKU Sempat Fitnah Konon Mangsa Banjir Beli Khamah Sendiri !!

malaysiaberih.blogspot
atsixty-zakriali.blogspot

<1086976_130297847169482_1586248818_q.jpg>


Macam DI JEPUN! hasil sumbangan orang ramai & inisiatif wakil rakyat PAS Dungun

TV3 smpat lagi spin cakap mangsa beli khemah sendiri.

 

Ada rakyat gembira disediakan khemah walaupun menteri kata tak perlu

kedahlanie.info
 
Kawat sumbang 50 khemah untuk mangsa banjir

DUNGUN - Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) turut tampil memberi sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di sini dengan menyediakan 50 buah khemah.

Presidennya, Ayob Mamat berkata pihaknya berasa terpanggil memberi bantuan khemah itu memandangkan ia keperluan mendesak ramai mangsa banjir terutama wanita dan warga emas di pusat pemindahan.

"Kami menghulurkan sumbangan ini sejak tiga hari lepas dan maklum balas yang diterima sangat baik kerana mangsa banjir sangat memerlukan khemah ketika ini bagi memastikan keselesaan terutama untuk tidur di waktu malam.

"Keutamaan diberi kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan, ibu menyusu, bayi dan warga emas," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan khemah di pusat pemindahan Gong Pasir di sini hari ini.

Sebanyak 1,087 mangsa daripada 267 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan itu sejak 4 Disember lepas.

Ayob berkata bantuan khemah itu adalah hasil sumbangan beberapa pihak dengan kerjasama Kawat, yang prihatin dengan nasib mangsa banjir dan berharap lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.

Sementara itu, penerima sumbangan, Marzaiasra Mohd Rohmi, 25, berkata dengan adanya khemah itu, beliau dapat menyusukan anaknya Nor Masha Emelda yang berusia lapan bulan dengan lebih selesa.

"Sebelum ni, saya kena lindung dengan kain...malu juga, tapi nak buat macam mana, saya cuba susukan anak sembunyi-sembunyi di sebalik kain yang dibuat tirai.

"Namun, saya gembira bila dapat khemah ni, nak tidur pun selesa dan berharap lebih ramai mangsa banjir mendapat khemah," katanya yang tinggal di sini sejak Rabu lepas.

Noor Afiza Sahak, 35, berkata beliau gembira mendapat sumbangan khemah itu kerana memudahkannya menjaga batas aurat sepanjang berada di pusat pemindahan itu.

"Lega sikit sebab kita ni kalau tidur memang tak selesa kalau di tempat terbuka begini, jadi dah pasang khemah ni boleh tidur selesa sikit," kata ibu kepada tiga anak itu. - Bernama

 

No comments:

Post a Comment